Bermula jun 2020, Ordersini telah perkenalkan checkout form dengan versi yang lebih cantik, moden dan high conversion. Ianya dibuat untuk memudahkan pembeli anda membuat tempahan dengan lebih mudah
Selepas berhempas pulas sebulan, akhirnya dapat juga tengok checkout form yang lebih dinamik & modern look. Kelebihan checkout form baru:
8 Kelebihan Dalam Less Touch Checkout Form Ordersini
1. KUANTITI AUTO SELECT
Kuantiti dah auto select, jadi buyer tak perlu lagi kena klik atau pilih kuantiti. So dah kurang 1 sentuhan yang perlu dibuat oleh buyer
—
2. PAPARAN BAKI STOK
Sebelum ni buyer tak tahu berapa baki stok yang masih available. Jadi kami dah pun masukkan paparan baki stok di setiap variation produk.
—
3. ADD BUTTON
Sebelum ni dropdown, sekarang dah jadi button tambah tolak. Fungsi masih sama tapi nampak lebih cantik.Ini semua poyo!
—
4. ACCORDIAN BY SECTION
Setiap section kami dah asingkan supaya lebih mudah pelanggan anda nampak bahagian yang dia perlu isi. So ada section yang automatik select, ada yang dia kena isi & select sendiri.
Untuk bahagian info, dia kena isi sendiri. Untuk section shipping dia kena pilih sendiri juga. Yang section lain mostly dah auto select first option, tapi buyer boleh tukar jika dia nak tukar.
—
5. MODERN PAYMENT METHOD SELECTION
Kita letak logo siap2 bagi mudah orang pilih. Kadang2 buyer ni tak kenal nama, tapi dia cam logo gateway yang dia pernah guna. So logo ni membantu untuk mudahkan buyer pilih gateway yang dia nak guna.
Gateway juga auto select yang paling atas sekali. Jika anda hanya enable satu je, maka step ni memang seamless sebab buyer tak perlu buat apa-apa dah.
—
7. HIDE COUPON SECTION
Kotak untuk kod diskaun dah ditutup by default. Kalau sebelum ni default terbuka orang nak minta kupon, sekarang dah tutup.
BIla ada kupon, baru mereka klik & masukkan kod diskaun di situ.
—
8. MESRA MOBILE
Checkout form ini juga dah dibuat untuk mesra mobile. Tak kisah la pelanggan anda guna gajet apa sekalipun, mereka akan dapat buat tempahan dengan mudah
—
Kurang Sentuhan, lebih conversion
Semua kelebihan dan flow dalam checkout form yang baru ni dijangka dapat meningkatkan conversion rate anda nanti. Kalau ada sebarang isu berkaitan, sila inform di bahagian komen atau berikan feedback di borang feedback.
Ps: Jika anda ada setup purchase pixel, sila setup sekali lagi untuk pilihan button purchase.
Pps: Lepas ni kita try buat supaya boleh upload image untuk setiap variation pula. Baru nampak sempoi gitu~
Pada awal bulan ini, Ordersini telah menambah satu fungsi baru untuk membantu pemilik produk digital menjual panduan video secara atas talian dengan lebih mudah. Fungsi yang dimaksudkan ialah LMS.
Penambahan fungsi baru ni mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada pengguna Ordersini terutama pemilik produk digital. Rata-rata memberikan maklumbalas positif dan rasa teruja untuk mencuba fungsi terkini daripada Ordersini.
Apa sebenarnya yang membuatkan mereka ini teruja? Bagaimana LMS berfungsi? Macam mana nak gunakan LMS untuk bisnes anda walaupun anda bukan dalam niche produk digital?
Dalam artikel ini, kami akan kongsikan kepada anda apa itu LMS dan bagaimana ia dapat membantu bisnes anda.
LMS pertama telah dibangunkan oleh Sidney Pressey pada tahun 1924. Ia menyerupai mesin taip yang mempunyai tingkap yang dapat mengajukan soalan jenis MCQ (multiple choice question). Lima tahun kemudian, pencipta M.E. Lazerte membuat silinder masalah.
Selama hampir 100 tahun, LMS banyak berevolusi, penambahbaikan demi penambahbaikan dilalkukan. Pada awalnya LMS hanya digunakan dalam skala kecil, perlahan-lahan ia berkembang menjadi platform pembelajaran digital seperti yang kita lihat pada hari ini.
Susur masa penting evolusi LMS ialah pada dua tahun ini. Pertama, pada tahun 1970, Hewlett-Packard telah memperkenalkan komputer peribadi pertama kepada orang awam. Ini telah membuka jalan kepada e-learning atau pembelajaran elektornik dengan lebih meluas. Yang kedua ialah pada tahun 1982 di mana TCP/IP diperkenalkan, inilah detik lahirnya world wide web, yang telah membolehkan pembelajaran elektronik dibuat secara atas talian.
Pada asasnya, LMS adalah satu sistem pengurusan pembelajaran. Ia dicipta untuk memudahkan proses mengatur, mengurus dan menyampaikan sesuatu topik.
Ciri-ciri utama LMS boleh dihuraikan seperti berikut:
L – Learning (Pembelajaran)
Menyampaikan kursus dan program latihan secara atas talian kepada peserta.
M – Management (Pengurusan)
Mengatur silibus kursus dan program latihan, memantau kemajuan peserta, memeriksa keberkesanan kursus atau latihan.
S – System (Sistem)
Satu perisian untuk memudahkan menguruskan pembelajaran secara digital.
Siapa yang menggunakan LMS?
LMS dapat digunakan untuk semua jenis kegiatan pembelajaran. Sesiapa saja yang terlibat dengan e-learning adalah pengguna LMS.
Contoh pengguna LMS:
Institusi pendidikan tradisional seperti sekolah, kolej, universiti.
Institusi pendidikan secara atas talian seperti Udemy, Teachable, Skillshare, Lynda.
Perniagaan dari industri kecil dan sederhana sehinggalah ke perusahaan multinasional.
Organisasi bukan kerajaan dan bukan berasaskan keuntungan dari koperasi tempatan sehinggalah ke peringkat antarabangsa.
Agensi kerajaan.
Seperti yang disenaraikan di atas, LMS tidak hanya tertumpu kepada institusi pendidikan, ia juga adalah alat yang sangat berguna kepada perusahaan dan organisasi sama ada kecil atau besar.
Kita tidak akan membincangkan penggunaan LMS dalam institusi pendidikan pada kali ni. Fokus artikel ini lebih kepada aplikasi LMS dalam perniagaan berskala kecil.
LMS sangat sinonim dengan produk digital. Seperti yang disebut pada awal artikel ini, pemilik produk digital adalah golongan yang paling teruja dengan fungsi baru LMS dalam sistem Ordersini. Tambahan pula Ordersini tidak mengenakan sebarang caj tambahan selain daripada caj transaksi apabila menggunakan fungsi LMS.
Bagaimana pula dengan mereka yang bukan di dalam niche produk digital? Bagaimana mereka boleh memanfaatkan fungsi LMS ini di dalam perniagaan mereka?
Seringkali apabila topik LMS dibincangkan, ramai yang menganggap ia adalah topik yang berat dan kompleks. Sebenarnya ia tidaklah serumit yang disangka. Ya, ia mungkin rumit, sangat rumit dan memerlukan kos yang tinggi jika anda mahu membina dan menyelenggara sendiri platform LMS untuk perniagaan anda.
Tetapi dengan adanya fungsi LMS di dalam sistem Ordersini, anda tidak perlu peningkan kepala memikirkan soal teknikal dan kos. Anda hanya perlu daftar akaun Ordersini dan sudah boleh mula muat naik video course anda untuk jualan.
Sebelum kita pergi lebih mendalam dalam topik ini, apa kita kita buat sedikit ulangkaji tentang video course terlebih dahulu.
Video course adalah kursus dalam bentuk video. Anda buat rakaman video untuk menjelaskan tentang sesuatu perkara. Anda hasilkan panduan video yang membantu orang menguasai sesuatu kemahiran. Ia sama seperti seorang guru, pensyarah atau tutor sedang mengajar di dalam kelas. Bezanya semua sesi pembelajaran disampaikan melalui video.
Baik, berbalik semula kepada objektif artikel ini, bagaimana anda boleh mengaplikasikan LMS dalam perniagaan anda?
#1 – Proses Onboarding
Adakah anda menggunakan sistem ejen?
Jika ya, anda pasti tahu bagaimana keadaanya semasa menerima ejen-ejen baru. Kekeliruan, pertanyaan tanpa henti, soalan yang sama berulang-kali.. Sebelum mereka boleh mula menjual, mereka perlu terlebih dahulu mendapatkan gambaran umum cara bisnes anda beroperasi, dan lebih penting lagi memahami produk apa yang mereka akan jual. Proses ini dikenali sebagai ‘onboarding’.
Cara konvensional yang biasa digunakan untuk proses obboarding ini ialah melalui WhatsApp group, Telegram group atau Facebook group. Walaupun cara ini nampak mudah dan murah, it gets the job done bak kata mat salleh tetapi ia sbenarnya tidak efisien.
Daripada anda menggajikan admin atau fasilitator untuk menguruskan group onboarding ini 24/7 untuk tempoh yang anda sendiri tidak pasti, adalah lebih baik anda mengupah video editor untuk menukar semua material onboarding kepada video yang menarik dan mudah difahami.
Ejen-ejen baru boleh menonton video-video onboarding ini pada bila-bila masa, berulang-kali, mengikut rentak sendiri, sehingga mereka benar-benar faham.
#2 – Program Latihan (Training)
Apa beza training dan onboarding? Bukankah sama sahaja?
Kedua-duanya bertujuan untuk memberi maklumat kepada ejen, untuk melatih ejen. Proses onboarding khusus untuk mengalu-alukan kemasukan ejen baru, seperti program orientasi. Manakala program latihan pula lebih tertumpu kepada siri pembelajaran dan latihan yang merangkumi semua aspek berkaitan bisnes.
Bagaimana program latihan ini dijalankan? Cara yang sama seperti proses onboarding, WhatsApp group, Telegram group dan Facebook group adalah cara popular yang digunakan sebagai medium menyampaikan bahan latihan. Dan ya, cara begini tidak efisien.
#3 – Pengekalan Pengetahuan (Knowledge Retention)
Pernahkah anda menghadapai situasi di mana ada perkara yang tidak dapat disempurnakan, kerja yang yang tidak dapat disiapkan, proses tertentu tersekat dan tidak dapat diteruskan kerana orang yang bertanggungjawab (person in charge) tidak dapat dihubungi atau tidak dapat bekerja pada ketika itu?
Inilah yang berlaku apabila pengetahuan kritikal mengenai sesuatu perkara hanya diketahui dan dikuasai oleh orang tertentu, tiada sebarang rekod untuk rujukan, tidak diajar kepada orang lain. Jika ada rekod sekalipun, menggunakan medium yang tidak efisien. Ya, sangkaan anda tepat. WhatsApp group, Telegram group, Facebook group sekali lagi menjadi pilihan.
Kami faham kenapa ramai memilih untuk menggunakan WhatsApp group, Telegram group dan Facebook group untuk ketiga-tiga perkara di atas. Ianya percuma, walaupun leceh tetapi ia masih dapat memenuhi keperluan bisnes.
Persoalannya sampai bila?
Kini dengan adanya fungsi LMS dalam sistem Ordersini, sudah sampai msanya untuk beralih kepada cara yang lebih efektif. Anda tidak perlu risau soal kos dan teknikal, support team kami sentiasa komited untuk membantu anda.
Kebanyakan peniaga online mengalami kesukaran untuk melakukan promosi kerana ketiadaan website terutamanya kepada ejen affiliate & dropship. Oleh itu Ordersini mengambil inisiatif memberikan ruang untuk mereka menulis blog & masukkan content tanpa perlu ada website.
Anda hanya perlu daftar akaun di Ordersini dan mula hasilkan penulisan anda di sana tanpa perlu bayar apa-apa.
Jadi ini ialah huraian ringkas mengenai fungsi tersebut.
#1 Anda boleh tulis apa sahaja
Anda buka menu Blog > post > add new untuk mula masukkan content. Anda boleh menulis perkataan, masukkan gambar & masukkan video dari youtube dengan mudah.
Selepas selesai menulis, anda boleh upload featured image di bawahnya. Featured image akan menjadi gambar meta yang akan ditunjukkan apabila anda sebarkan link blog di media sosial & chat app.
#2 Fungsi Password Protected Page
Bagi pemilik produk digital yang mahu berikan akses digital kepada pembeli, anda boleh gunakan fungsi password protected page ini bagi memudahkan anda memberi ebook.
Anda hanya perlu masukkan produk anda ke Google Drive dan letakkan link di blog post, kemudian letakkan password yang anda mahu di kotak password.
Kemudian anda boleh berikan link halaman tersebut berserta password kepada pembeli produk anda. Mereka perlu masukkan password untuk akses ke halaman download.
Anda tidak lagi perlu ada password untuk hasilkan funnel anda selepas ini. Semuanya boleh dilakukan dengan fungsi blog post ini sahaja.
#3 BONUS PAGE AFFILIATE & EJEN DROPSHIP
Sebagai ejen affiliate & dropship, anda memerlukan laman bonus untuk memudahkan anda membuat promosi & jualan. Jadi anda boleh hasilkan halaman bonus menggunakan fungsi Blog ini.
Anda boleh letakkan senarai bonus yang anda akan berikan & letakkan link affiliate anda di situ. Berikut ialah contoh halaman bonus yang saya sediakan.
Fungsi ini akan memudahkan anda memberikan bonus kepada prospek anda walaupun anda tidak ada laman web sendiri.
Untuk dapatkan lebih pemahaman mengenai fungsi ini, anda boleh lihat video ini
Jangan lupa share artikel ni kepada rakan anda yang mempunyai bisnes online. Ianya fungsi yang akan membantu mereka mendapatkan jualan serta naikkan branding dengan mudah.
Lagi beberapa hari kita mendekati ramadhan untuk tahun 2020, namun disebabkan peperangan Covid-19 yang masih berlarutan, ianya adalah perkara baru bagi rakyat seluruh dunia mengharungi Ramadhan dengan serba sederhana.
Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula, kebanyakan peniaga jalanan dan peniaga pasar malam mula menerima tamparan hebat kerana kedai tidak boleh dibuka sepanjang 28 hari sehingga 14 April. Mereka tiada pendapatan.
Malah lebih teruk lagi apabila kerajaan mula mengumumkan bahawa tahun ini tiada bazar ramadhan.
Bazar ramadhan memberikan pendapatan 4 kali ganda kepada peniaga makanan. Jika berniaga di pasar malam boleh menjana Rm1000 sehari, maka mereka boleh menjana Rm4000 sehari di bazar ramadhan.
Jika tiada bazar, bagaimana golongan peniaga ini nak jana pendapatan? Jika tiada pendapatan, bagaimana dengan sambutan hari raya mereka?
Berikut ialah beberapa langkah untuk peniaga bazar ramadhan menjana jualan sepanjang bulan ramadhan nanti.
#1 ORDER & HANTAR
Tiada pilihan lain yang boleh digunakan oleh peniaga kecuali menggunakan cara order dan hantar makanan. Cara ini sama seperti buka gerai di Bazar juga , cuma kali ini peniaga yang pergi menghantar makanan ke rumah pembeli.
Namun untuk lakukan proses ini, ianya memerlukan Standard Operation Procedure (SOP) yang ketat untuk mengelakkan kerugian. Ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian terutamanya cara pembayaran, tempoh tempahan dan cara penghantaran dibuat.
#2 MULA SEKARANG & ATUR JADUAL
Jangan tunggu bazar bermula baru nak mula buat. Anda perlu buat sekarang untuk buat SOP sendiri.
Untuk perniagaan online, anda perlukan jadual pembelian barang mentah, jadual tempahan, sistem tempahan dan jadual penghantaran yang teratur untuk pastikan semua proses ini berjalan lancar.
Jika anda tunggu ramadhan bermula, ianya sudah terlambat. Anda perlu bermula hari ini dan biasakan diri dengan suasana perniagaan baru sebelum tiba Ramadhan. Pastikan anda buat catatan dan sediakan jadual serta SOP dari pagi sampai penghantaran makanan kepada pembeli.
#3 ORDER SEHARI AWAL
Untuk memudahkan anda menyediakan bekalan bahan mentah serta mengelakkan kerugian, anda perlu ambil order sehari awal. Tempahan yang dibuat sepanjang hari ini akan dihantar pada keesokan hari. Jika makanan anda mudah untuk disediakan, anda boleh buka tempahan sehingga jam 3 petang dan penghantaran dibuat pada hari yang sama.
Ianya terpulang kepada jenis makanan yang anda jual. Jika ianya mudah untuk disiapkan, anda boleh buka sehingga tengahari hari yang sama. Jika makanan tersebut sukar untuk disiapkan, maka anda perlu buka tempahan sehari awal.
Jika tempahan dibuat sehari awal, anda lebih kurang risiko untuk kerugian. Berapa jumlah order yang anda terima, anda boleh masak mengikut jumlah tersebut & hantar pada petangnya.
#4 BAYAR TERUS
Jangan buat pembayaran tunai semasa penghantaran (Cash on delivery). Ianya berisiko untuk anda dan perniagaan anda kerana jika pembeli tidak muncul semasa penghantaran atau batalkan tempahan secara tiba-tiba, anda tidak akan menerima bayaran jika anda mahu mereka bayar secara cash.
Pembayaran atas talian lebih mudah. Mereka buat tempahan dan terus kepilkan resit untuk anda. Jika anda boleh sediakan payment gateway, lebih mudah. Pembayaran dijamin 100% dibuat untuk makanan anda.
Anda perlukan sistem untuk memudahkan pengurusan tempahan yang diterima. Pembeli boleh bayar dengan mudah, anda boleh uruskannya dengan mudah.
Dalam sistem Ordersini, anda boleh masukkan produk makanan anda tanpa had. Dan pembeli juga boleh beli tanpa had. Mereka boleh beli sebanyak mana yang mereka mahu dan anda juga boleh jual sebanyak mana produk yang anda mahu.
Sistem Ordersini akan memudahkan anda untuk membuat penghantaran kepada alamat yang telah dimasukkan. Selepas anda menghantar makanan, anda hanya perlu tandakan tempahan tersebut sebagai ‘selesai’ atau ‘dihantar’.
Setiap hari, anda boleh lihat laporan jualan yang anda telah buat. Setiap duit yang masuk akan dicatat ke dalam sistem secara automatik dan ianya memudahkan anda untuk menyediakan makanan yang ditempah.
Resit juga akan dihantar terus kepada pembeli melalui email. Notifikasi whatsapp juga dihantar kepada pembeli berkenaan tempahan yang dibuat. Tak perlu lagi buat secara manual, semuanya automatik.
#6 BUAT GROUP PEMBELI
Anda boleh sediakan group whatsapp khas untuk pembeli anda. Setiap kali ada tempahan baru, masukkan mereka ke dalam group pembeli. Orang yang pernah membeli dan sukakan produk anda, mereka cenderung untuk membeli di tempat yang sama sahaja.
Itu ialah lumrah psikologi dalam jual beli. Sekali mereka suka, mereka akan terus sukakannya. Perkara ini juga berlaku di bazar ramadhan. Orang akan pergi ke kedai yang pernah mereka beli sahaja.
Group whatsapp menjadi satu medan terbaik untuk anda menerima tempahan tanpa perlu promosikan produk makanan anda secara keterlaluan. Anda boleh berikan link group whatsapp tersebut di dalam group komuniti facebook dan sebagainya. Ajak lebih ramai orang masuk ke group whatsapp dan tunjukkan makanan anda di situ.
Semua tempahan perlu dibuat dan dibayar terus secara online menggunakan Ordersini. Ianya lebih memudahkan anda untuk uruskan semua tempahan berbanding buat secara manual.
#7 BANTUAN ORANG MUDA
Bagi peniaga yang sudah berumur, mereka pastinya kurang gunakan sistem dan tidak pandai uruskan perniagaan atas talian. Maka mereka perlukan bantuan orang muda. Jika ada anak-anak yang pandai gunakan teknologi, gunakan kemahiran mereka untuk uruskan perniagaan.
Jika anda mempunyai ibu bapa yang berniaga di bazar, bantulah mereka. Gunakan segala kelebihan teknologi yang anda tahu untuk bantu mereka hasilkan pendapatan sepanjang bulan ramadhan.
Akhir kata
Peniaga makanan bazar ramadhan perlu bijak bertindak. Jangan pula disebabkan pengumuman tiada bazar tahun ini membuatkan anda lemah semangat. Anda juga perlukan wang untuk menyambut hari raya nanti. Gunakan cadangan yang diberi di atas untuk mula jana pendapatan atas talian.
Jika ianya berjalan lancar, anda mungkin tak perlu lagi buka gerai di tepi jalan dan pasar malam. Semuanya dijalankan secara online dari rumah sahaja. Ianya lebih menguntungkan & tidak terlalu memenatkan badan.
Jangan tunggu inisiatif dari kerajaan atau badan berwajib, keuntungan dalam perniagaan tidak akan menunggu anda ke saat itu. Siapa yang mula lebih awal, mereka akan dapat lebih banyak keuntungan.
Jangan takut untuk mulakan bisnes makanan atas talian. Mula hari ini untuk kemudahan hari esok.
Daftar akaun percuma anda di Ordersini dah lihat tutorial berikut untuk masukkan makanan anda ke dalam sistem.
Kita kembali lagi dengan penambahan beberapa perkara baru dalam Ordersini. Sejak 1 Mac, kami giat menambah beberapa fungsi baru dalam sistem Ordersini bagi memudahkan peniaga online yang menjual produk digital & produk fizikal dapat menggunakan Ordersini sebaik mungkin bagi meningkatkan jualan.
Beberapa fungsi terbaru ini juga diharap mampu memberikan impak yang besar kepada pengguna Ordersini
.
1. PAY PER TRANSACTION
Kami dah pun buka pakej baru Pay Per Transaction. Pakej ni khusus untuk anda yang tak nak bayar pakej bulanan tetapi boleh guna seperti orang bayar bulanan.
Semua fungsi boleh digunakan seperti biasa , cuma tidak boleh setup payment gateway sendiri. Pakej pay per transaction akan gunakan gateway yang disediakan oleh pihak Ordersini sahaja.
Dalam product list, kami dah masukkan button untuk social share. Anda boleh terus share product anda dari dashboard terus ke social media pada bila-bila masa sahaja tanpa perlu copy paste link produk tersebut.
Button social share juga ada di ada di setiap product setting page selepas anda berjaya create product.
.
3. MENU SUPPORT BUTTON
Menu ni kami tambah untuk mudahkan anda setup support button di form. Jadi kalau ada orang nak tanya soalan, mereka boleh hubungi anda melalui button tu untuk bertanya soalan.
So far support whatsapp, messenger & telegram. Selebihnya kami akan tambah nanti jika perlu.
.
4. IOS APPS
Apps untuk pengguna apple dah ada di Appstore. Selepas berhempas pulas beberapa minggu, akhirnya berjaya juga dapat approval daripada mereka. Boleh terus masuk apps store & search Ordersini untuk download.
—
APA LAGI AKAN DATANG?
Ada beberapa feature kami akan selesaikan bulan Mac ni. Banyak, tapi yang paling best ialah:
1. PDF STAMPING
Lepas ni penjual produk digital dah boleh edarkan ebook dengan lebih selamat. Setiap ebook yang dibeli oleh pembeli akan ada maklumat mereka di muka surat pertama. Sempoi kan? Wait for it!
2. ALL GATEWAY
Gateway apa yang ada di Malaysia, kami cuba masukkan ikut populariti & jumlah pengguna. Beberapa gateway yang dalam list ialah Raudhahpay, Bizappay, Kiplepay, Stripe & Paypal.
.
Ada cadangan gateway lain yang anda gunakan? Tinggalkan komen di bawah.
.
Ps: Bermula bulan Mac 2020, kami sudah pun berada dalam fasa growth & sudah ada developer tetap bekerja sepenuh masa. Jadi semakin banyak feature boleh ditambah dengan cepat selepas ini.