fbpx
Kini Semua Orang Mampu Guna Sistem Pengurusan Bisnes Ordersini Tanpa Bayaran Bulanan

Kini Semua Orang Mampu Guna Sistem Pengurusan Bisnes Ordersini Tanpa Bayaran Bulanan

Hi guys!

Kami baru sahaja release pakej baru dalam Ordersini dikenali sebagai Pay Per Transaction (PPT)

Pakej ni memudahkan peniaga online gunakan sistem tanpa bayar bulanan, tetapi anda hanya perlu bayar apa yang anda guna. Setiap transaksi yang berlaku dalam sistem melalui pakej ini, anda akan dikenakan caj RM2 untuk handling & bank fee.

Tak kira berapa harga produk anda, hanya Rm2 akan dikenakan (FPX sahaja). Anda jual produk Rm3000 pun, anda hanya dikenakan caj Rm2 sahaja.

** Nanti kami akan masukkan payment method credit & debit card serta ewallet.

Settlement akan dibuat selepas pembeli sahkan penerimaan barang yang mereka beli. Ianya akan menyukarkan penjual tetapi kami juga harus menjaga keselamatan pembeli (buyer security) supaya tidak ditipu oleh penjual yang tidak bertanggungjawab.

Flow mudah dalam pakej ini ialah:
  1. Penjual masukkan produk
  2. Pembeli buat pembelian
  3. Penjual hantar produk
  4. Pembeli kena sahkan penerimaan produk
  5. Penjual terima duit (settlement)
Siapa yang sesuai gunakan pakej ini?

Ada beberapa golongan yang sesuai nak gunakan pakej pay per transaction ni.

  1. Peniaga yang baru bermula & belum mampu nak bayar bulanan
  2. Peniaga yang ada kurang 10 produk untuk dijual setiap bulan
  3. Peniaga yang nak guna sistem sekali sahaja bagi satu transaksi jual beli sahaja
  4. Peniaga yang dah mantap tetapi masih tak mahu bayar bulanan
  5. Peniaga yang tak mahu setup / urus payment gateway sendiri
Apa yang tak ada dalam pakej PPT?

Pakej PPT ialah pakej bayaran mengikut transaksi, oleh itu ada beberapa feature disembunyikan untuk kegunaan penjual seperti berikut:

  1. Auto approved order – payment yang dibuat oleh pembeli sememangnya sudah berjaya dan diterima oleh pihak Ordersini, tetapi anda tidak boleh buat auto approve dalam sistem. Anda perlu check setiap order & tukar status secara manual.
  2. OS Rotator – link rotator ini hanya diaktifkan di pakej AdvanceOS sahaja buat masa ini. Bagi pengguna pakej PPT, anda tidak ada sistem rotator.
  3. Free Product – Anda tidak boleh beri produk secara percuma kerana anda akan dikenakan caj Rm2 bagi setiap transaksi. Pemberian produk percuma tidak boleh dimasukkan kerana tiada transaksi akan berlaku di sistem.
  4. Dropship system – Buat masa ni hanya sistem affiliate sahaja yang dibuka dalam Pakej PPT. Sistem dropship tidak dibuka buat masa ini untuk pengguna PPT.

 

PENTING !

Anda perlu ingat bahawa bayaran settlement yang dibuat ke akaun penjual akan mengambil masa beberapa hari. Sila baca dan fahamkan setiap fasal dalam Term Of Service di pakej PPT. Anda perlu fahamkan semuanya terlebih dahulu sebelum mula subscribe pakej PPT.

Sebarang cadangan & aduan boleh diberikan terus dalam menu feedback di dashboard anda.  Kami mendengar feedback anda dan bertindak mengikut kesesuaian.

Jika anda nak ubah cara pakej PPT ini dijalankan , sila berikan cadangan anda di sana.

Berikut ialah video tutorial cara subscribe pakej PPT dalam Ordersini.

 

 

Jangan lupa share dengan kawan lain!

Cara Gunakan Fungsi Launch Countdown Dalam Ordersini

Cara Gunakan Fungsi Launch Countdown Dalam Ordersini

Pada Disember 2019, kami telah menambah satu fungsi baharu iaitu launch countdown.

Fungsi ni dibuat untuk memudahkan urusan pemilik produk menyediakan link awal dan berikan kepada prospek. Prospek akan menunggu sehingga countdown selesai.

Berikut ialah video tutorial cara untuk setup launch countdown dan ada tunjukkan live countdown pada pertengahan video. Anda boleh lihat sendiri apa yang akan berlaku selepas angka countdown tamat.

 

Semoga membantu!

Cara Masukkan Produk Ke Dalam Ordersini

Cara Masukkan Produk Ke Dalam Ordersini

Bagi tahun 2020, UI UX Ordersini telah berubah sepenuhnya. Jadi kami sediakan tutorial baharu kepada user untuk pastikan anda tidak keliru dengan tutorial yang lama.

Ada 2 bahagian tutorial ni

Video 1: Cara add product simple tanpa variasi

Video 2 : Cara add product variasi

Untuk kategori lain, nanti kami akan update dari semasa ke semasa. Jangan lupa subscribe channel Youtube Ordersini untuk video terbaru.

VIDEO 1:

 

VIDEO 2:

 

Goodluck!

Offer Black Friday Cyber Monday Ordersini Lifetime

Offer Black Friday Cyber Monday Ordersini Lifetime

Offer Ordersini lifetime kini kembali lagi dengan harga yang sangat rendah dan ini merupakan kali terakhir akses lifetime dibuka kepada umum. Bermula 2020, tiada lagi akses lifetime dibuka kepada mana-mana pihak, harap maklum.

Jadi sempena Black Friday & Cyber Monday pada bulan November, Ordersini membuka peluang kepada pengguna sedia ada untuk mendapatkan pakej lifetime & juga pakej 2 tahun pada harga yang kompetitif.

Harga lifetime untuk tahun 2019 ialah Rm5000, namun untuk tawaran istimewa anda boleh dapatkannya dengan diskaun sehingga 62%.

Manakala bagi harga 2 tahun, harga asal setahun ialah Rm490 & Rm990. Untuk 2 tahun RM980 & RM1980. Melalui tawaran ini, anda boleh dapatkannya dengan harga yang sangat berbaloi.

Berikut ialah carta harga untuk tawaran Black friday & Cyber Monday 2019

Setiap pembelian akan diberikan FREE tshirt & hoodie. Hoodie hanya untuk lifetime sahaja.

Anda boleh buat pembelian pakej yang anda mahu di link berikut bermula pada 19hb November 2019. Sekarang harga masih harga asal.

TAWARAN BFCM 2019

 

Jana Income Bulanan (recurring) Dengan Memperkenalkan Sistem Ordersini

Jana Income Bulanan (recurring) Dengan Memperkenalkan Sistem Ordersini

Tak banyak sistem atau produk yang memberikan komisen recurring (bulanan) di Malaysia. Sekarang Ordersini memberikan pilihan tersebut kepada anda. Pihak Ordersini sudah pun memperkenalkan User Interface terbaru pada 15 April 2019 berserta dengan harga bulanan yang baharu.

Sebelum ni pakej Ordersini mempunyai variasi dari Rm10 sehingga RM69 sebulan. Namun sekarang hanya ada 2 variasi harga iaitu RM49 sebulan untuk sistem asas. Satu lagi pakej ialah untuk pengguna advance dengan harga Rm99 sebulan yang mempunyai sistem email autoresponder (email marketing)

Yang paling menarik ialah, sempena dengan pakej terbaru ni, anda boleh menerima komisen sebanyak 30% setiap bulan selagi client anda kekal menggunakannya setiap bulan.

RM49/sebulan = RM14.7

RM99/sebulan = Rm29.7

Jika client anda melanggan pakej 6 bulan atau 12 bulan, maka komisen anda akan jadi lebih besar (30% juga).

Jadi berikut ialah step by step untuk anda mula memperkenalkan sistem Ordersini kepada rakan atau pelanggan anda.

1. DAFTAR AKAUN / LOGIN

Perkara pertama anda perlu lakukan ialah daftar akaun Ordersini. Anda hanya perlukan pakej percuma untuk mula menerima pendapatan daripada sistem ini. Tak perlu langgan mana-mana pakej Ordersini.

REGISTER AKAUN OS

LOGIN AKAUN OS

 

2. VERIFY AKAUN

Selepas daftar, anda perlu verify akaun ordersini anda. Anda akan menerima satu email daripada pihak ordersini seperti berikut.

Proses verify ialah untuk menentukan email yang digunakan ialah email yang betul. Kesilapan ejaan email akan menyebabkan anda tidak menerima notifikasi pembelian daripada pelanggan anda.

 

3. AMBIL LINK AFFILIATE

Buka menu affiliate, kemudian pergi ke menu Ordersini Package.

Anda akan dapat lihat link affiliate anda di bahagian atas. Anda perlu simpan link tersebut dan berikan kepada pelanggan anda. Nilai komisen anda akan dikemaskini secara live apabila ada pelanggan membuat langganan pakej ordersini.

4. PENDEKKAN LINK

Anda boleh gunakan perkhidmatan link shortener seperti Goo.gl, tinyurl atau bit.ly untuk menutup link affiliate anda. Pastikan anda simpan link affiliate anda yang sudah dipendekkan tu untuk kegunaan masa hadapan.

5. SEBARKAN

Anda boleh mula sebarkan link anda kepada pelanggan atau rakan bisnes yang lain. Satu pelanggan yang mendaftar akaun melalui link anda dan buat langganan pakej, akan melayakkan anda menerima komisen sebanyak 30% daripada harga langganan yang dibuat.

Berikut ialah apa yang akan keluar selepas anda mula mendapat pelanggan affiliate

 

POTENSI PENDAPATAN

Anda hanya perlu buat promosi kepada orang yang betul untuk mula dapatkan komisen. Komisen yang anda akan terima ialah recurring iaitu secara bulanan selagi pelanggan anda kekal membuat langganan pakej.

Andaikan sebulan anda boleh dapatkan 10 orang yang membuat langganan, anda sudah mendapat RM147 (atau Rm297 untuk pakej advance).

Setiap bulan, fokus untuk mendapatkan pelanggan baru sebanyak mungkin. Semakin banyak orang yang mendaftar melalui link anda, pendapatan anda juga akan bertambah banyak. Lihat ejen sebelum ni yang dah buat referral mereka

PEMBAYARAN KOMISEN & MINIMUM

Pembayaran komisen akan dibuat pada setiap hujung bulan secara automatik, tak perlu buat request pengeluaran. Sampai masa, duit akan dipindahkan ke akaun anda.

Had minimum untuk komisen mula dibayar ialah selepas anda mendapat 2 orang pelanggan yang melanggan pakej. Limit ini diletakkan untuk mengelakkan individu tertentu yang salahguna link affiliate untuk mendaftar diri sendiri dan menerima komisen.

Bagi ejen yang sudah mendapatkan 2 pelanggan pertama, komisen akan dibayar terus pada bulan tersebut. Pada bulan seterusnya, limit tersebut sudah tiada, walaupun anda hanya mendapat Rm14.70, ianya akan tetap dibayar. Limit minimum tersebut hanya untuk pembayran komisen kali pertama sahaja.

Goodluck !

Saya menyediakan group facebook khas untuk anda yang berminat nak hasilkan pendapatan melalui affiliate sistem Ordersini.

Boleh join di sini  JOIN GROUP FB