Selepas sebulan bertarung dalam coding, akhirnya Ordersini muncul dengan Version 3.0.
Dalam Version 3, kami telah masukkan beberapa fungsi baru yang boleh membantu anda buat jualan dengan lebih masyuk.
Berikut ialah perkara yang telah dimasukkan dalam sistem Ordersini:
a) Ecommerce product type
b) Add to cart
c) Abandoned Cart Follow Up
Namun pada peringkat permulaan ini, fungsi ini adalah terhad dan hanya beta version telah dimasukkan dalam sistem ordersini. Kami masih dalam proses pemantauan & peningkatan mutu fungsi tersebut.
Add to cart ini juga hanya untuk type add to cart sahaja buat masa ini. Produk type lain tidak boleh menggunakan add to cart lagi, namun dijangka akan boleh dimasukkan ke dalam cart pada hujung Disember 2020 (atau lebih lewat).
SETTING & FUNGSI MENARIK
Berikut ialah fungsi dan setting yang menarik untuk anda tahu.
ENABLE JIKA PERLU
Anda perlu masuk ke menu Account setting, kemudian klik menu E-commerce. Anda perlu enable terlebih dahulu fungsi ini sebelum boleh gunakannya. Jika anda tidak perlukan fungsi ini, biarkan disable secara default.
ABANDONED CART FOLLOW UP
Fungsi ini adalah fungsi yang paling menarik. Anda boleh follow up pelanggan yang tidak selesai membuat pembelian melalui 3 cara iaitu sms, whatsapp & email. Bagi whatsapp & sms, anda perlu tambah kredit untuk gunakannya. Bagi email, anda tidak dikenakan caj buat masa ini.
Anda perlu enable follow up yang anda mahu guna & set berapa hari follow up akan berlaku.
Anda juga perlu tulis ayat follow up yang ringkas untuk dihantar kepada prospek anda.
PAYMENT METHOD & CUSTOM FIELD
Anda boleh set payment method yang anda mahu enable di checkout page. Pastikan anda buat integration dengan payment gateway terlebih dahulu di menu Account setting > Integration > Payment gateway
Jika pakej Percuma, anda hanya akan ada pilihan untuk toyyibpay sahaja.
Seandainya bisnes anda perlukan maklumat tambahan daripada pembeli, anda boleh create custom field untuk anda minta maklumat tambahan. Boleh masukkan sehingga maksimum 5 custom field. Gunakan jika perlu sahaja.
SHIPPING SETTING
Anda boleh pilih shipping yang anda mahu enable di checkout form. Semua shipping yang anda create dalam menu shipping akan dipaparkan di sini. Kemudian anda boleh pilih yang perlu digunakan sahaja.
KUPON DISKAUN ECOMMERCE
Kupon ini hanya digunakan untuk sistem add to cart & checkout ecommerce sahaja. Ada 3 jenis kupon yang boleh dibuat iaitu One Time Use, Early Bird & Validity A-B.
CONVERSION PIXEL
Anda boleh masukkan conversion pixel untuk jejak conversion dalam Fb ads atau Google Ads. Pixel yang diletakkan di sini akan automatik berada pada success page. Anda juga boleh gunakan Tag Info yang disediakan untuk letak dalam pixel.
CREATE KATEGORI & SUB-KATEGORI
Dalam Versi 3 juga, anda boleh create kategori & sub kategori anda sendiri. Kedua-dua ini akan keluar di front store anda nanti.
TYPE ECOMMERCE
Type ini ialah yang terbaru dalam versi 3. Ianya khusus untuk produk yang ada pelbagai variasi sahaja.
Masukkan maklumat produk seperti biasa. Isi sahaja tempat kosong.
LANDING PAGE & SHIPPING
Anda boleh buat landing page di bahagian description product. Pastikan anda enable shipping & letakkan berat serta dimensi postage anda.
VARIASI 1
Dalam versi 3, kami sudah masukkan fungsi variasi yang lebih dynamic. Lebih mudah untuk anda buat setting variation menggunakan fungsi ini. Anda boleh create 2 variasi sahaja, setiap variasi boleh masukkan maksimum 15 option.
VARIATION SWITCHES
Anda juga boleh buat variation switches dengan memuat naik gambar bagi setiap option yang anda masukkan. Gambar produk akan bertukar mengikut option yang dipilih oleh pembeli.
SET HARGA & STOK IKUT VARIASI
Selepas anda masukkan variasi, anda boleh set kuantiti stok & juga harga mengikut variasi.
PAPARAN EKSKLUSIF ECOMMERCE
Ordersini menggunakan konsep simplified untuk bahagian product page. Pembeli boleh buat pilihan option & terus klik butang add to cart.
CHECKOUT KHAS UNTUK ECOMMERCE
Versi 3 juga menyaksikan kewujudan checkout page khusus untuk ecommerce sahaja. Semua produk yang dipilih oleh pembeli akan ada dalam checkoout ini
TUTORIAL VIDEO
Anda juga boleh lihat tutorial video ini untuk lebih faham tentang fungsi terbaru dalam Ordersini.
BAHAGIAN 1 : SETTING ECOMMERCE
BAHAGIAN 2 : MASUKKAN PRODUK
Sebarang masalah berkaitan sistem Ordersini & fungsi terbaru boleh terus laporkan kepada pihak admin melalui menu Feedback.
Akhirnya kami dah berjaya masukkan Sendparcel ke dalam Ordersini.
Sendparcel by Poslaju mendapat permintaan yang tinggi dari pengguna, maka kami masukkan ke dalam sistem untuk membantu pengguna membuat pengeposan dengan lebih mudah.
Ordersini mengambil satu langkah lagi untuk menggabungkan hasil usaha anak watan, Securepay ke dalam sistem untuk membantu pengguna memudahkan proses penerimaan pembayaran daripada pelanggan.
Securepay ialah satu payment gateway terbaru yang dicipta oleh anak jati Malaysia dan mempunyai kelebihan yang menarik untuk digunakan.
Tak dinafikan SMS mempunyai open rate yang sangat tinggi kerana setiap sms mesti masuk ke telefon, tak ada saringan walaupun ianya spam. Jadi sms marketing dah jadi channel yang kembali popular selepas sekian lama teknologi mendahului melalui whatsapp & telegram.
Ordersini dah ada fungsi SMS Marketing untuk memudahkan pengguna Ordersini membuat promosi kepada prospek & pembeli. Dalam sistem SMS Marketing Ordersini ini mempunyai beberapa fungsi yang pastinya membuat anda teruja mahu menggunakannya
1. BRAND NAME
Dalam sms anda akan disertakan sekali brand anda supaya penerima tahu dari siapa mereka terima sms tersebut. Anda boleh set dan tukar brand anda pada bila-bila masa sahaja tetapi ianya adalah compulsory (wajib). Jika tak ada brand name, anda tak boleh jalankan sms marketing.
2. AUTOMATION
Fungsi automation digunakan untuk buat follow up secara automatik kepada prospek atau pembeli anda. Dalam automation, anda boleh set beberapa flow yang boleh ditetapkan selang hari. Anda juga boleh set masa untuk dihantar sms seterusnya.
3. LEAD FORM UNTUK KUMPUL PROSPEK & SYNCHRONIZE
Dalam sms marketing di Ordersini, fungsi lead form adalah fungsi yang paling penting kerana ia melibatkan beberapa integration dan synchronization. Dalam menu lead form, anda boleh hasilkan landing page & juga letakkan fb pixel untuk retargeting semula prospek yang masuk ke form.
Dalam setting lead form, anda boleh pilih sama ada nak kutip database melalui borang atau nak synchronize dengan produk anda yang sedia ada dalam Ordersini. Jika sync dengan produk, maka setiap database pembeli akan automatik masuk ke dalam form tersebut.
SYNC DENGAN AUTOMATION
Semasa create lead form, anda juga boleh connect dengan automation yang anda sudah buat sebelum ini. Jadi, setiap prospek yang mengisi borang akan terus menerima sms berperingkat (drip sms) mengikut flow yg anda dah tetapkan dalam automation.
AUTO SYNC AUTORESPONDER
Perkara yang membuatkan sms marketing dalam Ordersini sebagai sistem yang menarik ialah ada fungsi autoresponder integration. Anda boleh synchronize database prospek anda yang dikumpul melalui form terus masuk ke autoresponder popular seperti Mailchimp, Mailerlite, Sendfox, Moosend & getresponse (buat masa ini 5 sahaja, akan ditambah pada masa hadapan)
4. SEND BULK / SMS BLASTER
Fungsi ini adalah fungsi yang menjadi tarikan utama dalam SMS marketing di Ordersini kerana anda boleh hantar promosi melalui SMS kepada prospek & pembeli anda dengan mudah. Ada 3 pilihan untuk anda buat sms blast iaitu:
a) Add new contact
Klik butang hijau, kemudian kotak database akan keluar. Anda boleh isi nama & no phone secara manual di dalam kotak tersebut.
b) Upload CSV
Anda boleh upload CSV yang ada nama & phone penerima.
c) Import database (dari form)
Anda hanya perlu pilih database form mana yang anda nak import untuk dihantar sms.
TUTORIAL:
Berikut ialah tutorial video yang akan memudahkan anda memahami fungsi & cara penggunaan yang betul.
video 1 : Pengenalan Fungsi
Video 2 : Tutorial Automation
Video 3 : Tutorial Lead Form
Video 4 : Tutorial Send Bulk
TUNGGU APA LAGI?
Sekarang anda dah pun jumpa sistem sms blaster yang paling power dengan harga kredit yang sangat murah berbanding platform lain. Daftar akaun anda sekarang & mula gunakan sms marketing untuk letupkan jualan bisnes anda.
Goodluck!
Jangan lupa share artikel ni supaya lebih ramai orang boleh gunakan fungsi sms marketing ini untuk bisnes mereka.
Easyparcel ialah jenama yang tidak asing lagi dalam industri courier. Mereka menjadi orang tengah yang membantu peniaga online mendapatkan rate terendah untuk setiap parcel yang dihantar.
Bermula Julai 2020, Ordersini juga telah membuat integrasi dengan Easyparcel dan integrasi ini bakal memudahkan proses penghantaran produk bagi pengguna Ordersini.
Berikut ialah tutorial bergambar & video untuk integrasi easyparcel ke dalam Ordersini
#1 Buka menu Account Setting > Shipment Integration
Kemudian pilih Easyparcel
#2 Login akaun Easyparcel. Pergi kepada menu Integration > Add new store
#3 Pilih Ordersini
#4 Isikan maklumat kedai anda dan klik submit
#5 Masuk ke menu You Store, copy ID yang diberikan
#6 Masukkan ke dalam Ordersini & update
#7 Pergi ke menu Product Setting > Order List
Setiap produk yang anda terima akan ada button Easyparcel di column action. Klik butang tersebut untuk buat tempahan parcel.
Untuk butang ini muncul, produk anda perlu memenuhi kriteria berikut:
a) Mesti required address
b) Mesti enable shipping & masukkan saiz produk
#8 Pilih courier yang anda mahu & buat tempahan parcel mengikut tarikh
#9 Video tutorial
Untuk lebih mudah, anda boleh lihat video tutorial berikut
Jom daftar akaun ordersini & mula gunakan integrasi Easyparcel ini untuk mudahkan urusan penghantaran produk kepada pelanggan anda.
Berita baik untuk pengguna email autoresponder Sendfox, Moosend & Getresponse. Sekarang anda dah boleh automatic synchronize semua pembeli anda terus ke mailing list yang anda mahukan.
Sebelum ini, Ordersini hanya sekadar menerima & urus tempahan online, sekarang anda boleh lakukan lebih daripada itu. Setiap kali anda approved order, email pembeli akan automatik masuk ke dalam mailing list yang anda create dalam autoresponder. Jika ada automation sudah ditetapkan pada list tersebut, semuanya akan berjalan secara automatik.
Anda boleh juga lakukan email blast kepada mereka jika anda mempunyai promosi kepada produk tersebut. Conversion rate untuk mereka buat pembelian juga lebih tinggi kerana mereka sudah pun membuat pembelian sebelum ini.
Jika anda nak jadikan ordersini sebagai tempat untuk kumpul list juga boleh dilakukan dengan mudah. Anda hanya perlu create satu product percuma dan jadikannya synchronize dengan mailing list anda. Anda boleh hantar email kepada mereka untuk menjual produk pada masa hadapan.
SYNCHRONIZE LIST
Bagi yang telah aktifkan integarasi autoresponder, anda boleh aktifkan list mengikut produk yang anda jual. Anda create satu list baru di dalam autoresponder & boleh pilih untuk sync produk tersebut kepada list tertentu.
MULTIPLE SYNC
Ordersini juga memberikan kelebihan kepada pemain tegar email marketing kerana anda boleh buat synchronize kepada beberapa autoresponder serentak untuk satu produk yang anda jual.
Namun anda perlu pastikan hanya 1 sahaja yang berfungsi untuk hantar email promosi, manakala yang lain hanya bertindak sebagai backup sahaja. Jika anda jadikan semuanya untuk hantar email, berkemungkinan pembeli akan menyampah setiap kali terima email daripada anda.
AKTIFKAN INTEGRASI
Anda boleh masuk ke menu Account Setting > Autoresponder untuk mula lakukan integrasi. Anda boleh aktifkan semua autoresponder sekaligus jika anda ada akaun di setiap platform.
Jika akaun anda kena block oleh penyedia platform, maka anda boleh create akaun baru & tukar api key sahaja.