fbpx
Pakej Lifetime Ordersini Akan Ditutup Selamanya

Pakej Lifetime Ordersini Akan Ditutup Selamanya

Dengan kapasiti 35 orang pengguna pakej lifetime sejak dari tahun 2016, maka bulan mac 2023 akan menjadi tarikh akhir pakej ini dibuka kepada umum.

Kenapa pakej lifetime akan ditutup?

Sebab kami rugi jika ramai guna pakej lifetime

  • Server bayar bulanan
  • Kos email bayar bulanan
  • Kos whatsapp bayar bulanan
  • Kos sms bayar bulanan

Memang pakej lifetime ni buatkan pihak ordersini mengalami kerugian yang teruk.

Jadi, sempena harga baru yang akan dilancarkan nanti pada 1 mac, ianya juga mempengaruhi harga pakej lifetime, akan dibuang terus untuk selamanya.

===

Soalan biasa untuk pakej lifetime.

Boleh bertahan lama ke sistem ni?

Soalan ni kami sudah terima sejak tahun 2016 ketika kali pertama pakej lifetime diperkenalkan. Masa tu pakej lifetime hanya RM1500 sahaja. Ramai kata mahal dan ramai yang takut nak labur duit dengan nilai tu untuk satu sistem yang tak tahu prestasinya.

Tapi ternyata, selepas 6 tahun, sistem ordersini bukan sahaja boleh bertahan tetapi dipenuhi dengan upgrade pelbagai fungsi.

Berapa harga pakej?

Maaf, kami bukan sistem lain yang jual lifetime harga ratus-ratus. Kalau rasa nak labur ratus-ratus untuk sistem yang tak pasti performance level, boleh la pergi beli sistem lain.

Mungkin anda akan lebih jimat hari ini tetapi sistem tu pun mungkin akan mati tahun depan (innalillah)

Ketika tahun 2016, harga pakej lifetime ialah RM1500 (masa tu orang kata mahal sangat)

Pada tahun 2018, harga pakej lifetime ialah RM3000 (pun orang kata mahal, tapi ramai je beli lifetime masa tu)

Pada tahun 2019-2020, harga pakej lifetime ialah RM5000 (pun orang kata mahal, tapi ada yang beli pakej lifetime ketika itu)

Kemudian harga dinaikkan menjadi RM10,000 untuk pakej lifetime. Ya, harga terakhir tu memang mahal. Kami letak harga tu pun supaya orang tak beli pakej lifetime. (kami rugi beb kalau orang ambil pakej lifetime)

Sekarang, sekali lagi kami buka pakej lifetime buat kali terakhir untuk orang yang dah lama simpan duit untuk beli pakej lifetime ordersini ni. Jadi harga pun takkan jadi RM10,000

Bila pakej ni akan dibuka?

Harga akan dibuka pada 1 mac 2023 dan ditutup pada 2 mac 2023.

Ya, 2 hari sahaja kami buka.

3 mac kami akan buang pakej lifetime buat selamanya. Kalau ada pun mungkin RM20,000 harganya

Jika anda berminat dengan pakej lifetime ordersini, sila join group whatsapp di bawah (klik gambar)

 

Setup Custom Domain Dalam Ordersini

Setup Custom Domain Dalam Ordersini

Sekarang pengguna Ordersini dah boleh gunakan domain sendiri untuk menjual produk melalui sistem Ordersini
 
✅ Tukar logo
✅ Upload banner
✅ Masukkan custom domain
 
Sempoi, semua nampak macam kedai sendiri dah.
 

UNTUK SIAPA?

 
Buat masa ni custom domain hanya untuk pengguna pakej basic & advance sahaja. Pakej free kalau nak guna kena upgrade pakej juga la.
 

TUTORIAL

 
Tutorial custom domain boleh tengok di ordersini.com/tutorial
Kalau ada isu, boleh pergi ke menu support untuk bantuan segera.
 
Sekian, tq for your support!
Ecommerce, Add To Cart & Automatic Follow Up Dalam Ordersini

Ecommerce, Add To Cart & Automatic Follow Up Dalam Ordersini

Selepas sebulan bertarung dalam coding, akhirnya Ordersini muncul dengan Version 3.0.

Dalam Version 3, kami telah masukkan beberapa fungsi baru yang boleh membantu anda buat jualan dengan lebih masyuk.

Berikut ialah perkara yang telah dimasukkan dalam sistem Ordersini:

a) Ecommerce product type

b) Add to cart

c) Abandoned Cart Follow Up

Namun pada peringkat permulaan ini, fungsi ini adalah terhad dan hanya beta version telah dimasukkan dalam sistem ordersini. Kami masih dalam proses pemantauan & peningkatan mutu fungsi tersebut.

Add to cart ini juga hanya untuk type add to cart sahaja buat masa ini. Produk type lain tidak boleh menggunakan add to cart lagi, namun dijangka akan boleh dimasukkan ke dalam cart pada hujung Disember 2020 (atau lebih lewat).

SETTING & FUNGSI MENARIK

Berikut ialah fungsi dan setting yang menarik untuk anda tahu.

ENABLE JIKA PERLU

Anda perlu masuk ke menu Account setting, kemudian klik menu E-commerce. Anda perlu enable terlebih dahulu fungsi ini sebelum boleh gunakannya. Jika anda tidak perlukan fungsi ini, biarkan disable secara default.

ABANDONED CART FOLLOW UP

Fungsi ini adalah fungsi yang paling menarik. Anda boleh follow up pelanggan yang tidak selesai membuat pembelian melalui 3 cara iaitu sms, whatsapp & email. Bagi whatsapp & sms, anda perlu tambah kredit untuk gunakannya. Bagi email, anda tidak dikenakan caj buat masa ini.

Anda perlu enable follow up yang anda mahu guna & set berapa hari follow up akan berlaku.

Anda juga perlu tulis ayat follow up yang ringkas untuk dihantar kepada prospek anda.

PAYMENT METHOD & CUSTOM FIELD

Anda boleh set payment method yang anda mahu enable di checkout page. Pastikan anda buat integration dengan payment gateway terlebih dahulu di menu Account setting > Integration > Payment gateway

Jika pakej Percuma, anda hanya akan ada pilihan untuk toyyibpay sahaja.

Seandainya bisnes anda perlukan maklumat tambahan daripada pembeli, anda boleh create custom field untuk anda minta maklumat tambahan. Boleh masukkan sehingga maksimum 5 custom field. Gunakan jika perlu sahaja.

 

SHIPPING SETTING

Anda boleh pilih shipping yang anda mahu enable di checkout form. Semua shipping yang anda create dalam menu shipping akan dipaparkan di sini. Kemudian anda boleh pilih yang perlu digunakan sahaja.

 

KUPON DISKAUN ECOMMERCE

Kupon ini hanya digunakan untuk sistem add to cart & checkout ecommerce sahaja. Ada 3 jenis kupon yang boleh dibuat iaitu One Time Use, Early Bird & Validity A-B.

 

 

CONVERSION PIXEL

Anda boleh masukkan conversion pixel untuk jejak conversion dalam Fb ads atau Google Ads. Pixel yang diletakkan di sini akan automatik berada pada success page. Anda juga boleh gunakan Tag Info yang disediakan untuk letak dalam pixel.

 

CREATE KATEGORI & SUB-KATEGORI

Dalam Versi 3 juga, anda boleh create kategori & sub kategori anda sendiri. Kedua-dua ini akan keluar di front store anda nanti.

 

TYPE ECOMMERCE

Type ini ialah yang terbaru dalam versi 3. Ianya khusus untuk produk yang ada pelbagai variasi sahaja.

 

Masukkan maklumat produk seperti biasa. Isi sahaja tempat kosong.

 

 

LANDING PAGE & SHIPPING

Anda boleh buat landing page di bahagian description product. Pastikan anda enable shipping & letakkan berat serta dimensi postage anda.

 

VARIASI 1

Dalam versi 3, kami sudah masukkan fungsi variasi yang lebih dynamic. Lebih mudah untuk anda buat setting variation menggunakan fungsi ini. Anda boleh create 2 variasi sahaja, setiap variasi boleh masukkan maksimum 15 option.

 

 

VARIATION SWITCHES

Anda juga boleh buat variation switches dengan memuat naik gambar bagi setiap option yang anda masukkan. Gambar produk akan bertukar mengikut option yang dipilih oleh pembeli.

 

SET HARGA & STOK IKUT VARIASI

Selepas anda masukkan variasi, anda boleh set kuantiti stok & juga harga mengikut variasi.

 

PAPARAN EKSKLUSIF ECOMMERCE

Ordersini menggunakan konsep simplified untuk bahagian product page. Pembeli boleh buat pilihan option & terus klik butang add to cart.

 

CHECKOUT KHAS UNTUK ECOMMERCE

Versi 3 juga menyaksikan kewujudan checkout page khusus untuk ecommerce sahaja. Semua produk yang dipilih oleh pembeli akan ada dalam checkoout ini

 

TUTORIAL VIDEO

Anda juga boleh lihat tutorial video ini untuk lebih faham tentang fungsi terbaru dalam Ordersini.

BAHAGIAN 1 : SETTING ECOMMERCE

BAHAGIAN 2 : MASUKKAN PRODUK

 

Sebarang masalah berkaitan sistem Ordersini & fungsi terbaru boleh terus laporkan kepada pihak admin melalui menu Feedback.

Goodluck!