Dengan kapasiti 35 orang pengguna pakej lifetime sejak dari tahun 2016, maka bulan mac 2023 akan menjadi tarikh akhir pakej ini dibuka kepada umum.
Kenapa pakej lifetime akan ditutup?
Sebab kami rugi jika ramai guna pakej lifetime
Server bayar bulanan
Kos email bayar bulanan
Kos whatsapp bayar bulanan
Kos sms bayar bulanan
Memang pakej lifetime ni buatkan pihak ordersini mengalami kerugian yang teruk.
Jadi, sempena harga baru yang akan dilancarkan nanti pada 1 mac, ianya juga mempengaruhi harga pakej lifetime, akan dibuang terus untuk selamanya.
===
Soalan biasa untuk pakej lifetime.
Boleh bertahan lama ke sistem ni?
Soalan ni kami sudah terima sejak tahun 2016 ketika kali pertama pakej lifetime diperkenalkan. Masa tu pakej lifetime hanya RM1500 sahaja. Ramai kata mahal dan ramai yang takut nak labur duit dengan nilai tu untuk satu sistem yang tak tahu prestasinya.
Tapi ternyata, selepas 6 tahun, sistem ordersini bukan sahaja boleh bertahan tetapi dipenuhi dengan upgrade pelbagai fungsi.
Berapa harga pakej?
Maaf, kami bukan sistem lain yang jual lifetime harga ratus-ratus. Kalau rasa nak labur ratus-ratus untuk sistem yang tak pasti performance level, boleh la pergi beli sistem lain.
Mungkin anda akan lebih jimat hari ini tetapi sistem tu pun mungkin akan mati tahun depan (innalillah)
Ketika tahun 2016, harga pakej lifetime ialah RM1500 (masa tu orang kata mahal sangat)
Pada tahun 2018, harga pakej lifetime ialah RM3000 (pun orang kata mahal, tapi ramai je beli lifetime masa tu)
Pada tahun 2019-2020, harga pakej lifetime ialah RM5000 (pun orang kata mahal, tapi ada yang beli pakej lifetime ketika itu)
Kemudian harga dinaikkan menjadi RM10,000 untuk pakej lifetime. Ya, harga terakhir tu memang mahal. Kami letak harga tu pun supaya orang tak beli pakej lifetime. (kami rugi beb kalau orang ambil pakej lifetime)
Sekarang, sekali lagi kami buka pakej lifetime buat kali terakhir untuk orang yang dah lama simpan duit untuk beli pakej lifetime ordersini ni. Jadi harga pun takkan jadi RM10,000
Bila pakej ni akan dibuka?
Harga akan dibuka pada 1 mac 2023 dan ditutup pada 2 mac 2023.
Ya, 2 hari sahaja kami buka.
3 mac kami akan buang pakej lifetime buat selamanya. Kalau ada pun mungkin RM20,000 harganya
Jika anda berminat dengan pakej lifetime ordersini, sila join group whatsapp di bawah (klik gambar)
Hari ini kami buat penambahbaikan kepada layout frontstore Ordersini supaya kelihatan lebih dinamik & moden. Ada beberapa penambahbaikn yang telah dibuat antaranya:
✅ Search box di bahagian header
Fungsi ini untuk memudahkan pelanggan anda mencari produk yang mereka nak beli dari kedai anda. Disertakan juga dengan fungsi history yang memudahkan pelanggan membuat carian berdasarkan carian lepas.
✅ Hamburger dropdown menu
Menu dikecilkan menjadi hamburger di mobile & desktop view supaya jimat ruang
✅ Logo company di bahagian header
Logo company boleh ditukar di header dengan logo sendiri menggantikan logo ordersini supaya kedai anda kelihatan seperti milik anda sepenuhnya.
✅ Logo company di footer
Logo company juga dipaparkan di footer untuk menaikkan branding anda di setiap page carian produk
✅ About us di footer
Section about us telah diwujudkan di footer untuk memberi penerangan mengenai perniagaan yang anda jalankan. Ini juga memainkan peranan ketika pelanggan membuat carian di Google.
✅ Contact us di footer (email & phone)
Section ini adalah untuk memudahkan pelanggan menghubungi anda jika memerlukan bantuan teknikal berkenaan produk.
✅ Follow us di footer
Section ini untuk memudahkan anda menerima lebih banyak followers di setiap social media. Ianya juga bagus untuk menaikkan branding anda selepas anda menerima banyak pelawat ke frontstore.
✅ Unit sold
Jumlah unit sold dipaparkan di setiap produk untuk menunjukkan populariti produk berkenaan. Setiap produk akan disertakan dengan jumlah unit terjual dan ianya akan automatik dikemaskini setiap 24 jam.
✅ Star rating
Buat masa ini, semua produk menerima 5 star rating dan dipaparkan di frontstore untuk meningkatkan keyakinan pelanggan. Sistem rating produk belum wujud dalam ordersini ketika ini dan ianya diletakkan sebagai 5 bintang kepada semua produk secara default. Sistem star rating akan dikemaskini dari semasa ke semasa
✅ Promo slider
Fungsi yang paling berguna dalam kemaskini kali ini ialah frontstore sudah mempunyai slider. Anda boleh masukkan maksimum 5 slider yang boleh digunakan untuk membuat promosi dan hebahan. Setiap slider juga boleh disertakan link untuk pelanggan klik.
—
FEEDBACK & TUTORIAL
Semua fungsi dan layout baru ini boleh mula digunakan bermula 9 September 2020. Segala feedback daripada pengguna akan diambil perhatian. Sebarang penambahbaikan & isu error boleh report terus kepada pihak Ordersini melalui menu Feedback.
Anda boleh lihat tutorial untuk setup frontstore anda sehingga lengkap di sini:
Sudah mesti perkara normal kalau kita pergi pasar raya ataupun sedang ‘online shopping’ ada tawaran untuk panjangkan tempoh waranti dengan sedikit bayaran tambahan.
Contoh mudah dia begini. Biasanya kalau kita hendak nak beli tv lcd 32 inci akan diberikan jaminan waranti selama 1 tahun.Tapi jika kita bayar extra RM50 kita akan dapat 2 tahun tambahan waranti. Jadi kita dapat total 1+2 tahun waranti.
Inilah yang dipanggil tawaran secara upsell.
Ramai owner bisnes dah amalkan teknik upsell dalam bisnes tanpa mereka sedar pun sebenarnya. Contohnya dengan bagi pakej kombo ataupun extra caj bagi perkhidmatan premium yang disediakan.
Tambahan pula, anda sangatlah rugi jika anda yang dah lama jalankan bisnes tapi jarang aplikasi kan teknik upsell dalam strategi perniagaan anda.
Amazon dah lama tahu rahsia upsell
Sejak tahun 2012 lagi Amazon dah share bahawa ada peningkatan sebanyak 29% bila mereka gunakan strategi upsell dalam website mereka.
Mereka mula dengan perkenalkan tab , “Frequently bought together” sebagai cara untuk tarik pelanggan berbelanja lebih. Anda boleh mula tiru strategi ini dan apply dalam pelbagai bentuk bisnes terutamanya yang sudah ada website sendiri.
Ordersini pun ada sediakan features upsell sebagai pelengkap kepada bisnes online anda. Apply teknik upsell dengan menyediakan pakej yang pelbagai kepada pembeli bagi meningkatkan keuntungan jualan.
Sebelum saya share teknik upsell yang boleh anda tiru. Suka saya nak terangkan apa perbezaan diantara upsell dan cross sell. Sebab kedua-dua strategi ini digunakan untuk naikkan jualan tetapi cara kita nak apply teknik ini sedikit berbeza.
Apa beza upsell dan cross-sell?
Upsell ialah cara goda pelanggan supaya membeli sesuatu barang pada harga premium. Sebab apa saya kata premium adalah kerana jika pakej biasa berharga RM150.
Kita akan cuba upsell dengan pujuk pelanggan supaya dapatkan pakej premium yang berharga RM200. Jadi sini kita dapat naikkan jualan sebanyak 25% jika pelanggan tadi ambil pakej premium yang kita tawarkan tanpa perlu keluarkan kos tambahan.
Contoh upsell lain:
Kedai kasut yang berjenama terkenal biasa akan buat jualan gudang pada setiap hujung tahun.Mereka biasanya akan tawarkan beli satu kasut pada harga biasa.Tapi, jika anda nak beli kasut kedua,anda hanya perlu tambah RM1.
Mudah macam tu jer teknik upsell?
Ya,sebab target anda adalah nak naikkan jualan tanpa perlu keluarkan kos yang lebih. Semakin banyak sales bermakna semakin banyak untung.Itulah sifir mudah target bisnes kita.
Apa itu cross-sell?
Cross-sell ialah teknik untuk menawarkan kepada pelanggan produk atau servis yang berkaitan dengan pembelian yang sudah dibuat sebelum ini.
Antara contoh mudah cross sell adalah sewaktu kita henda membeli telefon pintar yang baru.Jurujual di kedai telefon akan berikan cadangan untuk kita beli juga screen protector dan phone case sebagai perlindungan tambahan kepada telefon yang baru kita beli.
Inilah yang dipanggil sebagai teknik cross sell dengan berikan tawaran produk lain dan berkaitan dengan produk yang sedang pelanggan anda beli.
Kunci kejayaan kepada cross sell adalah bila kita berjaya berikan nilai kepada pelanggan tentang kelebihan tawaran yang kita sedang berikan. Kita sebut bahawa produk yang sedang ditawarkan sebagai pelengkap kepada produk utama yang sedang dibeli oleh pelanggan.
5 Teknik upsell yang anda boleh tiru
Ada banyak strategi upsell yang boleh anda cuba dan gunakan sekarang tanpa perlu pening kepala. Saya listkan dibawah beberapa teknik yang proven dan popular digunakan oleh pemilik bisnes yang sudah berjaya.
1.Pandai susun tawaran harga
Ramai yang rasa seperti ditipu bila offer yang sedang diberikan bersyarat. Perkara ini akan membantutkan tahap kepercayaan pelanggan kepada produk yang sedang anda jual.
Sebab itu penting susun harga dengan betul tanpa berselindung dibalik tawaran diskaun yang banyak tetapi ada kontrak untuk tempoh yang lama seperti 24 bulan.
Saya tunjukkan contoh teknik upsell bersyarat yang digunakan oleh https://www.hostinger.com/. Mereka tawarkan untuk langgan hosting pada kadar 2.89 usd tetapi pelanggan perlu langgan bagi tempoh 4 tahun terus.
Risau juga kan jika terjadi sesuatu nanti di masa akan datang. Sekirannya website bermasalah tetapi kita susah nak pindah hosting lain dan pasti akan rugi sebab kita sudah bayar untuk 4 tahun terus.
Bagi saya, lebih baik kita susun tawaran harga pada cara yang betul. Buat beberapa pakej dan susun harga mengikut pakej yang sedang ditawarkan.Lebih mudah untuk kita upsell kepada pelanggan.
2. Jangan letak harga terlampau mahal
Saya bagi formula mudah untuk letakkan harga produk dan harga untuk anda upsell.
Contoh cara kiranya seperti ini:
Pakej A = RM120 ( untung bersih RM30)
Pakej B = RM150 ( untung bersih RM50)
Pakej C = RM 200 ( untung bersih RM60)
Anda perlu susun pakej tersebut dengan kira berapa untung yang anda dapat. Ini supaya lebih mudah untuk anda dapatkan harga tepat yang perlu anda letakkan.
Selain itu, pastikan pakej B kelihatan lebih untung berbanding pakej A supaya lebih mudah proses anda nak upsell pelanggan anda tadi. Pakej C hanya sekadar umpan sekiranya ada pelanggan yang berminat untuk dapatkan pakej yang paling mahal daripada anda.
Strategi letak harga adalah dengan pastikan beza pakej asal dengan pakej premium tidak terlampau jauh.
Contohnya, jika kita mahu suggest pelanggan yang hendak beli iphone 7 supaya terus beli Iphone XR kerana lebih banyak kelebihan. Upsell seperti ini sangatlah tak sesuai dan relevan kepada segmen pelanggan anda.
Malah, range harga yang terlampau dan melebihi bajet asal pelanggan tersebut. Cukup sekadar kita suggest dia beli iphone 7 tapi pilih storage yang lebih besar atau extend apple warranty.
3.Mudahkan proses upsell
Pelanggan perlu mudah untuk buat pilihan ketika mereka hendak membeli.Terutamanya jika anda memiliki website ecommerce yang menjual pelbagai jenis produk.
Guna ordersini dan anda boleh listkan pakej yang anda jual beserta harga.Mudah untuk pelanggan anda nampak dengan jelas jenis pakej dan harga yang perlu dibayar nanti.
4. Offer produk secara pakej bundle
Buat 1 tawaran secara bundle dengan gabungkan produk yang anda jual pada 1 harga.Contohnya ialah anda jual produk A dan produk B pada satu harga istimewa.Bermakna pelanggan akan rugi jika mereka beli produk anda secara loose item.
Macam yang saya ada share sebelum ini. Pastikan pakej bundle anda tadi mempunyai permintaan dari pelanggan dan bukan sekadar syok sendiri.
5. Promosikan produk yang paling laku sebagai upsell
Ramai yang masih kurang jelas nak gunakan produk yang mana satu untuk digunakan dalam teknik upsell.
Cadangan saya adalah kita kumpul data daripada jualan sepanjang 3 bulan yang lepas dan buat satu analisa ringkas.Produk apa yang paling banyak pelanggan nak beli tapi tak jadi.
Buat satu senarai semak ringkas dan nyatakan sebab apa pelanggan gagal untuk dapatkan produk tersebut walaupun kita sudah berikan info yang cukup.
Adakah sebab harga terlampau mahal?
Tiada sebarang freegift?
Pakej yang dijual tidak berbaloi?
Sekiranya anda sudah kenal pasti apa masalah produk anda. Maka, anda hanya perlu buat satu tawaran baru dan follow up semula kepada semua database yang berminat.
Saya yakin pasti ramai yang akan grab offer baru anda ini jika anda benar-benar kenal apa permintaan pelanggan dalam bisnes anda.
Ramai owner bisnes gagal bila cuba nak jual produk dekat customer yang sedia ada.Takut customer lari bila cuba menjual berulang kali pada orang yang sama. Risau dianggap seller yang kerap menjual ataupun kita panggil hard selling.
Menurut data dari optin monster. Secara purata, bila kita menjual kepada pelanggan baru, bilangan yang akan convert hanya sebanyak 5%-20%. Namun,Bilangan sales ini boleh meningkat sehingga 60%-70% bila kita menjual pada pelangan sedia ada. Jadi apakah sebabnya pelanggan mahu membeli dari kita berulang kali?
Jawapannya adalah kerana Pelanggan membeli bukan disebabkan offer semata-mata tapi disebabkan mereka sudah membina ‘trust’ atau kepercayaan kepada anda.Secara mudahnya begini, kalau kita sudah ada follower 5000 orang dan kita hendak jual produk terbaru dilancarkan.
Mestilah kita akan promote dahulu pada database pelanggan yang sedia ada sebab mereka inilah ‘fans’ yang akan sentiasa setia membeli produk kita.Kita jual lah apa sekalipun pasti mereka akan tergila-gila untuk membeli sebab mereka sudah percaya dan yakin dengan servis yang kita tawarkan.
Salah ker jual dekat orang ataupun customer yang sama berulangkali?
Jawapannya tak salah pun jika kita jual dengan gunakan teknik yang betul dan beretika. Antara cara mudah untuk kita jual adalah dengan gunakan Teknik jualan secara upsell.
Apa itu upsell?
Upsell ialah teknik atau strategi jualan yang digunakan untuk pujuk pelanggan supaya grab sesuatu produk yang lebih mahal berbanding tawaran asal. Ataupun kita nak offer sesuatu upgrade kepada produk atau servis yang kita tawarkan.
Sebagai contohnya, kita adalah pengusaha kepada bisnes jenis perhotelan ataupun homestay. Ada pelanggan mahu menginap tidur di homestay kita selama satu malam dengan kadar RM120/malam.Kita bagi tawaran kepada pelanggan untuk tambah lagi RM30 dan mereka boleh dapat makan sarapan pagi secara buffet dan dapat kupon diskaun 15%.
Biasanya pelanggan akan memilih untuk dapatkan tawaran RM150 berbanding tawaran asal RM120 kerana ianya lebih berbaloi dan hanya perlu spend lebih sedikit berbanding biasa. Inilah yang dipanggil win-win situation.
Kita sebagai pengusaha homestay dapat buat extra jualan tanpa perlu berikan diskaun.Manakala, pelanggan dapat makan sarapan pagi secara buffet tanpa perlu spend lebih duit minyak mencari kedai di luar kawasan hotel.
Contoh cara upsell yang boleh anda tiru
Pakej umrah ditawarkan kepada 2 jenis iaitu pakej platinum dan pakej biasa. Beza utama biasanya adalah jarak hotel dengan kawasan masjid. Jika pelanggan ambil pakej platinum yang kebih mahal mereka akan dapat jarak lebih dekat dengan kawasan masjid.
Restoran McDonald’s biasanya akan offer kepada pelanggan untuk upgrade order kepada set besar (Large Set) dengan hanya tambah RM1.50. Biasanya pelanggan akan terus bersetuju kerana harga yang tidak jauh beza dengan set biasa.
Bakal pembeli kereta akan diberikan tawaran istimewa oleh penjual kereta untuk upgrade pilihan kereta mereka dengan pilihan kereta yang ada sarung tempat duduk kulit dan pelbagai aksesori lain pada harga yang jauh lebih menguntungkan.
Produk kosmetik dijual dalam bentuk pakej bundle seperti foundation, eye liner dan facial wash dalam satu pakej dengan diskaun extra 20%. Hal ini disebabkan secara psikologinya wanita lebih gemar membeli barang pada kuantiti yang banyak.
Sebab apa Upsell Penting untuk bisnes online?
Peniaga online perlu sentiasa mencari pelanggan baharu disebabkan mereka tiada kedai fizikal seperti peniaga offline. Bisnes online sangat bergantung kepada pelanggan yang kerap repeat order dan perlu sentiasa aktif mencari pelanggan baru. Jadi, mereka perlu kawal kos duit untuk mencari pelanggan baru dan dalam masa yang sama menaikkan jumlah jualan.
1. Lebih mudah beri upsell kepada pelanggan sedia ada
Kos untuk mendapatkan pelanggan baru kadang kala boleh menjadi terlalu mahal sehingga kita gagal mendapatkan balik kos modal. Sebab itu lebih mudah menjual kepada pelanggan yang sudah kenal jenama produk kita dan pernah membeli salah satu produk yang kita tawarkan sebelum ini.
Sebagimana yang saya maklumkan sebelum ini bahawa anda ada peluang 60%-70% jualan terhasil jika menjual pada database pelanggan sedia ada.
2. Upsell membantu meningkatkan LTV pelanggan (Lifetime Time Value)
LTV adalah nilai bersih atau keuntungan bersih yang dihasilkan dari seorang pelanggan kepada bisnes anda. Anda boleh kategorikan pelanggan kepada 3 jenis iaitu tidak menguntungkan, menguntungkan dan sangat mengutungkan.
Bila LTV semakin tinggi bermakna setiap pelanggan membawa pulangan jualan yang tinggi kepada syarikat tanpa perlu keluarkan kos tambahan. Ini akan membantu memberikan syarikat lebih banyak duit untuk mendapatkan pelanggan baru.
Semua ini boleh dilakukan hanya dengan teknik Upsell yang betul. Tukarkan pelanggan sedia ada untuk berbelanja lebih tanpa perlu dipaksa.
3. Pelanggan lebih berminat untuk order
Upsell bantu kita berikan pakej yang lebih fleksibel. Pelanggan suka bila kita tawarkan satu tawaran yang tidak boleh ditolak. Contohnya, kita berikan pelanggan diskaun 30% jika mereka repeat order pada masa akan datang.
Ini pasti akan dapat bantu pastikan mereka sentiasa jadi pelanggan setia. Namun, jangan lupa juga untuk pastikan produk anda betul menepati kualiti seperti yang dijanjikan. Risau juga daripada pelanggan boleh jadi ‘haters’ sepenuh masa nanti.
Tips sebelum nak mula upsell
Ada beberapa perkara penting yang perlu anda catat dan perhatikan sebelum mula apply teknik upsell dalam bisnes anda.
1. Elakkan promosi produk yang lebih mahal daripada produk yang sudah dibeli oleh pelanggan anda.
Sebagai contohnya, jika pelanggan pernah membeli baju bola beharga RM100. Elakkan promosikan kasut bola yang berharga RM250. Cuba promosikan produk lain yang berharga bawah daripada RM100 seperti topi.
2. Jangan terlalu memaksa untuk menjual
Bila kita hendak cuba menjual kepada pelanggan pasti akan ada yang menolak tawaran yang kita beri. Jangan paksa mereka untuk membeli dengan buat follow up yang terlampau kerap sehingga mereka rasa tidak selesa.
3. Fokus pada permintaan dan apa yang pelanggan perlukan
Cuba hubungi pelanggan anda dan buat satu senarai survey ringkas.Tanya kepada mereka bagaimana kita boleh bantu selesaikan masalah pelanggan dan dalam masa yang sama naikkan prestasi produk yang kita jual. Perkara ini sangat penting supaya kita takde dalam mood ‘syok sendiri’ sampai terlupa tujuan asal kita berbisnes.
4. Tunjuk nilai produk yang anda nak upsell
Ramai yang lupa nak tunjukkan nilai bagi produk yang sedang ditawarkan. Pelanggan menolak tawaran anda mungkin bukan sebab harga tapi sebab anda gagal tawarkan nilai yang setara dengan harga.
Cuba kita pergi ke kedai kek secret recipe. Pasti kita terkejut tengok kek yang dijual semuanya pada harga yang premium. Tiada kek yang dijual bawah pada harga RM70 malah mereka bungkus kek dengan bungkusan kotak yang kemas. Ini menjadikan nilai kek tadi tampak mahal dan istimewa.
Sebagai penutupnya, strategi upsell perlukan masa untuk anda belajar dan sesuaikan dengan jenis bisnes yang anda sedang jalankan. Jangan terburu-buru hendak menjual produk semata-mata.Tapi, tawarkanlah satu tawaran nilai dan solusi kepada masalah yang pelanggan anda sedang hadapi.
Ada banyak lagi strategi jualan yang akan saya kongsikan. Apa kata anda follow terlebih dahulu teknik upsell ini dan apply dalam bisnes anda. Moga berjaya tingkatkan jualan bisnes anda dengan strategi mudah ini.
Dalam sesuatu perniagaan, meletakkan harga yang tepat bagi sesuatu barang yang dijual sangatlah penting. Ia memerlukan beberapa strategi dan peniaga perlulah membuat banyak kajian dan melihat daripada pelbagai sudut.
Beberapa perkara juga perlulah dipertimbangkan. Antaranya ialah dari sudut ikut harga pasaran semasa barang tersebut. Pastikan harga yang kita letakkan tidak terlampau tinggi daripada harga yang ada di pasaran. Kena buat perbandingan harga dengan peniaga yang lain dan keuntungan yang bakal diperolehi.
Oleh itu, strategi yang betul perlulah digunakan agar perniagaan yang dijalankan dapat berjalan dengan baik. Buat bisnes bukan sahaja fokus untuk memperoleh keuntungan tetapi untuk bantu menyelesaikan masalah banyak pihak.
Ada pelbagai jenis teknik untuk letakkan harga sesuatu barang.Tetapi, untuk perkongsian kali ini saya akan fokuskan kepada 3 jenis teknik utama yang seharursnya anda pelajari.
Pertama sekali adalah strategi premium pricing.
Di bawah strategi ini, peniaga akan meletakkan harga yang paling maksimum iaitu harga yang paling tinggi kepada produk mereka. Jika difikirkan secara logik, sekiranya peniaga meletakkan harga yang tinggi kepada produk mereka, kemungkinan yang akan berlaku ialah tiada siapa yang akan membeli produk mereka.
Namun, dalam menjalankan strategi ini, sebenarnya banyak kebaikan yang bakal diperolehi oleh peniaga. Antaranya ialah, sekiranya peniaga meletakkan harga yang paling tinggi pada sesuatu produk, ia akan memberikan tanggapan kualiti yang bagus dan tinggi.
Apabila pembeli melihat sesuatu produk itu dengan harga yang tinggi, pastinya mereka mempunyai tanggapan bahawa ia pastinya produk yang berkualiti tinggi dan sangat eksklusif.Inia akan menjadikan lebih mudah untuk kita jual dengan pada segmen audience yang betul-betul ada duit.
Tambahan pula, Ia juga akan menjadikan sesuatu produk itu sebagai satu produk yang hanya mampu dimiliki oleh sesetengah orang sahaja dan pastinya ramai pembeli yang akan berebut untuk membeli produk ini kerana mereka tidak mahu ketinggalan.
Part paling best dengan menggunakan teknik ini, margin keuntungan juga akan menjadi besar dan peniaga dapat memperoleh keuntungan yang lebih tinggi.
Melalui cara ini, peniaga bukan sahaja memperoleh keuntungan yang banyak tetapi juga dapat memuaskan hati pelanggan.
Namun, peniaga harus beringat bahawa strategi ini memerlukan mereka untuk memastikan kualiti barang mereka sentiasa terjaga.
Contoh produk yang menggunakan premium pricing yang dapat dilihat adalah seperti Sketchers yang menjual kasut dengan harga yang tinggi tetapi masih digilai ramai. Kedai kasut terkenal ini sangat jarang bagi diskaun pada kasut yang dijual melainkan pada jualan hujung tahun
Strategi yang kedua ialah strategi penetration pricing.
Penetration pricing ialah apabila peniaga meletakkan harga yang rendah pada awal pengeluaran produk tetapi akan menaikkan harga produk tersebut dari semasa ke semasa.
Strategi ini juga merupakan salah satu strategi yang baik bagi menarik ramai pelanggan untuk menggunakan produk dan perkhidmatan mereka. Jika sesuatu produk itu diletakkan dengan harga yang rendah, pasti dapat menarik ramai pelanggan untuk membeli dan menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh peniaga.
Apabila sudah ada ramai pelanggan, kemudian peniaga akan menaikkan harga barang tersebut dari semasa ke semasa. Namun, peniaga harus bijak memilih waktu yang sesuai untuk menaikkan harga barang mereka.
Harga yang dinaikkan tidak boleh secara mendadak dan perlulah sedikit demi sedikit apabila telah mendapat pelanggan yang ramai.
Melalui cara ini, pelanggan yang sedia ada tidak akan rasa terbeban dan akan terus menggunakan perkhidmatan ataupun sesuatu produk itu.
Antara produk ataupun perkhidmatan yang dapat dilihat menggunakan strategi ini ialah perkhidmatan siaran TV dari pihak Astro. Jika dulu kita boleh langgan pelbagai siaran rancangan pada kadar harga yang sangat murah.
Tetapi, sekarang harganya agak mahal dan tidak berbaloi untuk dilanggan.Hal ini juga disebabkan pelanggan mula ada pilihan lain seperti siaran berbayar lain seperti Netflix,Viu dan sebagainya pada kadar harga yang jauh lebih murah.
Strategi yang ketiga ialah strategi economy pricing
Strategi ini merupakan strategi yang paling popular dan diminati oleh kalangan usahawan. Hal ini kerana, peniaga yang menggunakan strategi ini akan meletakkan harga yang rendah terhadap produk dan perkhidmatan.
Tujuan menggunakan strategi ini ialah bertujuan untuk menarik pelanggan untuk membeli produk mereka dan menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan.
Strategi mudah ini mampu menarik ramai orang kerana harganya yang mampu milik. Peniaga menggunakan strategi ini juga bertujuan untuk bersaing dengan peniaga peniaga yang lain dengan menawarkan harga yang lebih murah berbanding syarikat dan produk yang lain.
Namun, keburukan menggunakan strategi ini ialah peniaga haruslah bijak dalam mengawal kos pemasaran dan kos untuk menghasilkan sesuatu produk. Tersilap percaturan harga boleh menyebabkan peniaga tidak mendapat sebarang untung akibat harga yang terlampau murah.
Satu perkara yang harus dititikberatkan oleh peniaga yang menggunakan strategi ini ialah mereka harus pastikan produk dan perkhidmatan mereka menawarkan kualiti yang baik supaya agar pelanggan tidak memandang rendah untuk menggunakan produk dan perkhidmatan mereka lagi.
Antara syarikat yang menggunakan strategi ini ialah syarikat AirAsia dimana mereka menawarkan harga penerbangan yang rendah dan mampu milik. Pekara ini dapt diihat melalui tagline mereka iaitu, ‘Now everyone can fly’, dimana harga penerbangan yang murah namun tidak dapat dinafikan juga, mereka turut menjaga kualiti perkhidmatan mereka.
Disebabkan itulah, dapat dilihat syarikat AirAsia masih mampu menawarkan harga-harga yang rendah dan menarik ramai pelanggan memilih perkhidmatan mereka.
Strategi yang keempat ialah strategi price skimming.
Strategi price skimming ini ialah apabila peniaga meletakkan harga yang tinggi terhadap produk mereka di awal pelancaran mereka dan kemudian akan menurunkan harga produk tersebut sedikit demi sedikit.
Antara sebab peniaga meletakkan yang tinggi di awal kelancaran adalah kerana produk tersebut mempunyai keunikannya yang tersendiri dan mempunyai persaingan yang hebat di awal pelancaran dan kebiasaannya ditunggu-tunggu oleh pembeli.
Contoh strategi ini digunakan ialah pada produk telefon pintar. Pengeluaran telefon pintar berevolusi dan sangat ditunggu-tunggu pengeluarannya terutama syarikat telefon pintar yang popular seperti produk Apple.
Apabila keluar sahaja iklan daripada Apple untuk mengeluarkan IPhone 11, ramai orang sudah bersedia untuk memiliki telefon tersebut. Namun dari semasa ke semasa, Iphone tersebut akan turun harga dari semasa ke semasa namun keuntungan yang maksimum sudah pun diperolehi oleh peniaga di awal pengeluarannya.
Kesimpulannya, peniaga yang ingin memulakan perniagaan mereka ataupun peniaga yang sudahpun mempunyai perniagaan mereka, harus sentiasa membuat kajian dan haruslah bijak dalam memilih strategi yang betul untuk meletakkan harga pada barang mereka.
Mereka yang berniaga harus pastikan produk mereka terjual dengan laku dan mereka mampu memperoleh keuntungan yang besar.
Selain itu, mereka jua perlu memastikan produk mereka mempunyai kualiti yang bagus agar dapat bersaing dengan peniaga yang lain. Orang bisnes haruslah bijak mengatur langkah strategi perniagaan mereka kerana setiap pembeli mempunyai cirinya yang tersendiri.Tugas peniaga adalah untuk mencari dan menyelesaikan masalah pelanggan dengan produk yang ditawarkan oleh mereka.
Mesti anda dah penat nak perah otak fikirkan idea untuk tulis konten kan? Yelah, bukan sahaja perlu tulis konten tapi anda juga kena sesuaikan dengan bisnes yang anda jalankan.
Jika kita tak kerap promosikan bisnes yang kita tengah buat. Mesti kita akan ketinggalan jauh dengan pesaing kita nanti. Tapi, sebelum saya kongsikan dengan anda cara tulis konten yang betul.
Sebenarnya saya ada 2 berita penting yang perlu saya kongsikan dulu kepada anda.
Sisi Gelap Konten marketing
Sebagaimana yang kita tahu konten memainkan peranan yang sangat penting kepada bisnes untuk berkembang maju.Selain itu, anda harus merancang dan menyusun konten hampir setiap minggu.
Ini adalah satu kerja yang sangat memenatkan dan hampir sukar sekali disiapkan kerana ada ribuan jenis konten yang anda nak hasilkan.Persoalannya adakah teknik tulis konten 2 kali seminggu ini benar-benar berkesan ataupun ianya hanyalah mitos?
Berita gembira untuk anda yang baru mula
Rahsia sebenar yang tak ramai owner bisnes tahu adalah konten yang dihasilkan perlulah berkualiti dan relevant dengan pelanggan anda.Bukan sekadar hasilkan konten tidak berkualiti dan post kan di media sosial.
Anda sebenarnya tak perlu tulis konten terlampau banyak dan hanya sekadar nak isi keperluan ‘marketing’ anda. Contohnya, anda upah penulis artikel hanya sekadar mahu tarik trafik dan kononnya naikkan ranking SEO di website.
Hal ini kerana hanya konten yang berkualiti akan jadi ramuan utama dalam bina trafik, jaga database dan mula bina trust kepada bisnes anda.
Inilah 3 langkah tulis konten berkualiti:
1.Rancang 6 jenis konten yang sesuai dengan pelanggan anda.
2.Bina lead magnet mengikut konten yang sudah anda rancang.
3.Mula promote konten yang anda hasilkan guna iklan berbayar dan di media sosial.
Anda jalankan kempen ini selama 3 bulan dan lihat hasilnya lead masuk menderu-deru secara konsisten.
Langkah Pertama – Apa konten yang anda harus tulis?
Sebelum mula menulis anda perlu kenal dulu avatar pelanggan anda. Sebagai contohnya, jika anda sedang menjual produk jenis kosmetik yang berkaitan foundation muka.
Sudah semestinya target market kita adalah golongan wanita yang berumur dari range 30 – 50 tahun.Status mereka sama ada sudah berkahwin ataupun yang masih bekerja.
Jadi sudah tentu topik yang bakal anda sentuh mestilah berkaitan kosmetik dan penjagaan muka wanita.
Seterusnya, anda boleh mula gunakan ‘Google Keyword Tool’ ataupun ‘ubersuggest’ untuk dapatkan data. Adakah topik yang bakal anda hasilkan ada permintaan atau ‘volume search’ yang tinggi.
Isi penting untuk topik yang bakal anda hasilkan boleh diambil dari idea penulisan orang lain. Bukan bermakna kita boleh tiru bulat-bulat tapi kita tiruvasi dan kumpulkan seberapa banyak isi penting.
Selepas itu, barulah kita pilih isi yang kita rasa penting dan bagus untuk bakal pelanggan anda baca nanti.Pastikan ianya sangat berkualiti dan memberi manfaat kepada mereka yang sedang membaca.
Langkah Kedua – Bina ‘content upgrade’ dari topik yang dihasilkan
Lead magnet biasa dihasilkan dalam bentuk ebook atau video panduan. Sekiranya sesiapa ingin download ebook tersebut perlulah isi borang dengan berikan terlebih dahulu nama dan email.
Anda mesti sudah biasa tengok cara marketing sebegini bukan?
Bagi sesuatu dengan harapan dapat kumpul database email dan nama pelanggan. Cuma yang menjadi masalah adalah teknik ini mula tak berapa berkesan disebabkan ramai orang salah guna teknik ‘umpan’ dengan bagi sesuatu yang tidak berkualiti.
Ebook yang diberikan pula begitu susah nak di muat turun dan adakalanya memang tidak boleh dibuka langsung.
Teknik advanced untuk atasi masalah ini adalah anda berikan konten dulu barulah anda minta database pelanggan anda.
Inilah yang dipanggil sebagai ‘content upgrade’ untuk menukar pengunjung yang sedang baca konten yang dihasilkan sebagai lead dan disimpan sebagai database.
Secara asasnya begini.Anda hanya pelu tulis satu artikel yang gempak dan bermanfaat. Dekat hujung artikel tersebut anda offer ‘upgrade’ kepada konten tersebut dalam bentuk checklist, video atau pun konten tambahan.Mereka yang berminat untuk dapatkan konten upgrade tersebut perlu isi terlebih dahulu borang yang kita sediakan. Pastikan anda berjaya dapatkan nama dan email mereka.
Kurang memaksa, tapi beri lebih value
Menurut Brian dean, teknik konten upgrade sangatlah effektif sehingga dia semakin jarang menulis tetapi semakin banyak lead yang masuk. Dia focus menghasilkan konten yang betul-betul berkualiti sehingga website dia jadi rujukan utama dalam topik berkaitan SEO.
Antara contoh, posting yang beliau hasilkan adalah https://backlinko.com/off-page-seo-guide . Anda boleh baca dan lihat sendiri betapa panjang info yang beliau berikan. Malah, siap dengan tutorial yang boleh terus digunakan oleh pembaca yang sedang mencari teknik seo yang betul.
Apa contoh konten uprade yang bagus?
Ada pelbagai bentuk konten yang anda boleh hasilkan tanpa perlu tulis ebook berpuluh muka surat. Trik mudahnya adalah anda cuba hasilkan konten yang lebih simple dan tak terlalu kompleks untuk dihadam. Saya senaraikan beberapa contoh konten upgrade yang boleh anda tiru:
1. Hasilkan checklist berdasarkan konten jenis tutorial yang anda buat.
Contohnya, anda tulis satu konten tentang tutorial penggunaan foundation. Cuba hasilkan checklist penjagaan muka secara daily routine.
2. Anda share teknik/ tutorial
Share cara untuk jaga kucing agar sihat. Dan anda offer pula 10 teknik tambahan penjagaan bulu kucing sebagai upgrade.Mesti ramai yang suka nanti.
3.Berikan swipe file sebagai upgrade
Berikan skrip istimewa closing sales yang anda gunakan. Khususnya anda yang sedang menjual produk digital sebagai umpan untuk tarik pembaca anda.
4.Sediakan video tutorial selama 5 minit
Anda boleh bercerita lebih lanjut berdasarkan konten percuma yang anda sudah berikan.
5.Template yang boleh digunakan secara copy and paste.
Contohnya, template kira-kira bajet marketing, template landing page ataupun template iklan.
Setelah anda siapkan step yang kedua ini. Anda dah bersedia untuk laksanakan step terakhir bagi pastikan konten yang anda hasilkan berjaya.
Langkah Ketiga – Mula promosikan di media sosial
Siapkan jadual penuh perancangan anda untuk mula promosikan konten anda di media sosial. Awal bulan anda mulakan dengan bahagikan 6 konten tadi sama ada secara iklan berbayar ataupun share secara percuma.
1.Iklan berbayar
Buat satu posting khas dan letakkan caption yang bersesuaian. Pastikan jangan anda terlupa untuk letakkan link kepada konten yang sudah anda tulis tadi.
2.Free Marketing
Buat satu posting di account media sosial anda.Mulakan share posting tersebut di group yang ada di facebook.Malah, boleh juga share link konten tersebut di whatsapp, twitter dan pelbagai lagi media sosial yang anda ada.
Ordersini ada platform untuk anda promosikan konten yang anda dah hasilkan tadi.Daftar akaun percuma jer dan anda dah boleh mula gunakan features ini.
Promosikan konten anda perlu berjalan dengan konsisten dan berterusan. Jangan tergesa-gesa nak dapatkan hasil daripada konten yang anda sudah hasilkan. Fokus kepada 6 topik utama yang anda ingin sentuh dan jangn lupa juga sediakan konten upgrade sekali.
Jadi, itu sahaja 3 langkah mudah untuk anda hasilkan konten yang berkualiti dan boleh digunakan banyak kali untuk anda tetap mendapatkan database pelangan anda.