fbpx
Pakej Lifetime Ordersini Akan Ditutup Selamanya

Pakej Lifetime Ordersini Akan Ditutup Selamanya

Dengan kapasiti 35 orang pengguna pakej lifetime sejak dari tahun 2016, maka bulan mac 2023 akan menjadi tarikh akhir pakej ini dibuka kepada umum.

Kenapa pakej lifetime akan ditutup?

Sebab kami rugi jika ramai guna pakej lifetime

  • Server bayar bulanan
  • Kos email bayar bulanan
  • Kos whatsapp bayar bulanan
  • Kos sms bayar bulanan

Memang pakej lifetime ni buatkan pihak ordersini mengalami kerugian yang teruk.

Jadi, sempena harga baru yang akan dilancarkan nanti pada 1 mac, ianya juga mempengaruhi harga pakej lifetime, akan dibuang terus untuk selamanya.

===

Soalan biasa untuk pakej lifetime.

Boleh bertahan lama ke sistem ni?

Soalan ni kami sudah terima sejak tahun 2016 ketika kali pertama pakej lifetime diperkenalkan. Masa tu pakej lifetime hanya RM1500 sahaja. Ramai kata mahal dan ramai yang takut nak labur duit dengan nilai tu untuk satu sistem yang tak tahu prestasinya.

Tapi ternyata, selepas 6 tahun, sistem ordersini bukan sahaja boleh bertahan tetapi dipenuhi dengan upgrade pelbagai fungsi.

Berapa harga pakej?

Maaf, kami bukan sistem lain yang jual lifetime harga ratus-ratus. Kalau rasa nak labur ratus-ratus untuk sistem yang tak pasti performance level, boleh la pergi beli sistem lain.

Mungkin anda akan lebih jimat hari ini tetapi sistem tu pun mungkin akan mati tahun depan (innalillah)

Ketika tahun 2016, harga pakej lifetime ialah RM1500 (masa tu orang kata mahal sangat)

Pada tahun 2018, harga pakej lifetime ialah RM3000 (pun orang kata mahal, tapi ramai je beli lifetime masa tu)

Pada tahun 2019-2020, harga pakej lifetime ialah RM5000 (pun orang kata mahal, tapi ada yang beli pakej lifetime ketika itu)

Kemudian harga dinaikkan menjadi RM10,000 untuk pakej lifetime. Ya, harga terakhir tu memang mahal. Kami letak harga tu pun supaya orang tak beli pakej lifetime. (kami rugi beb kalau orang ambil pakej lifetime)

Sekarang, sekali lagi kami buka pakej lifetime buat kali terakhir untuk orang yang dah lama simpan duit untuk beli pakej lifetime ordersini ni. Jadi harga pun takkan jadi RM10,000

Bila pakej ni akan dibuka?

Harga akan dibuka pada 1 mac 2023 dan ditutup pada 2 mac 2023.

Ya, 2 hari sahaja kami buka.

3 mac kami akan buang pakej lifetime buat selamanya. Kalau ada pun mungkin RM20,000 harganya

Jika anda berminat dengan pakej lifetime ordersini, sila join group whatsapp di bawah (klik gambar)

 

Setup Custom Domain Dalam Ordersini

Setup Custom Domain Dalam Ordersini

Sekarang pengguna Ordersini dah boleh gunakan domain sendiri untuk menjual produk melalui sistem Ordersini
 
✅ Tukar logo
✅ Upload banner
✅ Masukkan custom domain
 
Sempoi, semua nampak macam kedai sendiri dah.
 

UNTUK SIAPA?

 
Buat masa ni custom domain hanya untuk pengguna pakej basic & advance sahaja. Pakej free kalau nak guna kena upgrade pakej juga la.
 

TUTORIAL

 
Tutorial custom domain boleh tengok di ordersini.com/tutorial
Kalau ada isu, boleh pergi ke menu support untuk bantuan segera.
 
Sekian, tq for your support!
Ordersini Dah Support Pembayaran Cara COD (Cash On Delivery) Untuk Semua Logistic

Ordersini Dah Support Pembayaran Cara COD (Cash On Delivery) Untuk Semua Logistic

Jika anda seorang pengguna teknik COD, maka ini berita gembira untuk anda.

Anda boleh gunakan ordersini untuk terima tempahan melalui cara ini. Pembeli tidak perlu bayar buat pembayaran semasa tempahan dibuat, mereka akan diberikan notis supaya membuat bayaran semasa penghantaran dibuat.

Anda boleh lihat tutorial setup COD method di sini:

 

Jangan lupa share!

Tak Perlu Ada Website, Kini Anda Boleh Menulis Blog & Buat Content Di Ordersini

Tak Perlu Ada Website, Kini Anda Boleh Menulis Blog & Buat Content Di Ordersini

Kebanyakan peniaga online mengalami kesukaran untuk melakukan promosi kerana ketiadaan website terutamanya kepada ejen affiliate & dropship. Oleh itu Ordersini mengambil inisiatif memberikan ruang untuk mereka menulis blog & masukkan content tanpa perlu ada website.

Anda hanya perlu daftar akaun di Ordersini dan mula hasilkan penulisan anda di sana tanpa perlu bayar apa-apa.

Jadi ini ialah huraian ringkas mengenai fungsi tersebut.

#1 Anda boleh tulis apa sahaja

Anda buka menu Blog > post > add new untuk mula masukkan content. Anda boleh menulis perkataan, masukkan gambar & masukkan video dari youtube dengan mudah.

 

 

Selepas selesai menulis, anda boleh upload featured image di bawahnya. Featured image akan menjadi gambar meta yang akan ditunjukkan apabila anda sebarkan link blog di media sosial & chat app.

 

#2 Fungsi Password Protected Page

Bagi pemilik produk digital yang mahu berikan akses digital kepada pembeli, anda boleh gunakan fungsi password protected page ini bagi memudahkan anda memberi ebook.

Anda hanya perlu masukkan produk anda ke Google Drive dan letakkan link di blog post, kemudian letakkan password yang anda mahu di kotak password.

Kemudian anda boleh berikan link halaman tersebut berserta password kepada pembeli produk anda. Mereka perlu masukkan password untuk akses ke halaman download.

Anda tidak lagi perlu ada password untuk hasilkan funnel anda selepas ini. Semuanya boleh dilakukan dengan fungsi blog post ini sahaja.

 

#3 BONUS PAGE AFFILIATE & EJEN DROPSHIP

Sebagai ejen affiliate & dropship, anda memerlukan laman bonus untuk memudahkan anda membuat promosi & jualan. Jadi anda boleh hasilkan halaman bonus menggunakan fungsi Blog ini.

Anda boleh letakkan senarai bonus yang anda akan berikan & letakkan link affiliate anda di situ. Berikut ialah contoh halaman bonus yang saya sediakan.

Fungsi ini akan memudahkan anda memberikan bonus kepada prospek anda walaupun anda tidak ada laman web sendiri.

 

Untuk dapatkan lebih pemahaman mengenai fungsi ini, anda boleh lihat video ini

 

Jangan lupa share artikel ni kepada rakan anda yang mempunyai bisnes online. Ianya fungsi yang akan membantu mereka mendapatkan jualan serta naikkan branding dengan mudah.

Buka akaun Orderdini di sini & mula tulis artikel anda tanpa sebarang bayaran.

5 Perbezaan Utama Ejen vs Dropship

5 Perbezaan Utama Ejen vs Dropship

Musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini kita dapat lihat kemunculan peniaga-peniaga kecil online bak cendawan tumbuh selepas hujan. Ramai yang jadi ‘peniaga bidan terjun’. Ada yang sekadar suka-suka ikut trend semasa, ada yang terdesak demi kelangsungan hidup.

Walau apa pun tujuan memulakan bisnes online semasa tempoh PKP, satu persamaan di antara majoriti mereka ini ialah mereka bermula dengan modal yang sangat rendah atau tiada modal langsung.

Bagaimana nak mulakan perniagaan dengan segera tanpa modal yang besar?

Caranya ialah dengan menjual produk orang lain, sebagai ejen atau secara dropship.

Pada asasnya, ejen dan dropshipper (orang yang membuat bisnes secara dropship) kedua-duanya tidak menjual produk sendiri, tetapi menjual produk yang dihasilkan oleh orang lain. Inilah sebabnya mereka boleh memulakan bisnes dengan modal minima atau tiada langsung kerana semuanya telah diuruskan oleh pengasas produk, mereka hanya perlu promosikan produk kepada orang ramai.

Persoalan seterusnya, mana satu yang lebih bagus? Macam mana nak pilih?

Jom kita lihat 5 perbezaan utama antara ejen dan dropship.

PERBEZAAN #1 – PENDAFTARAN

Sebagai permulaan, untuk mendaftar sebagai ejen, anda perlu membayar yuran pendaftaran dalam lingkungan puluhan hingga ratusan ringgit di mana anda akan mendapat ‘starter kit’ seperti produk dalam kuantiti tertentu dan bahan promosi untuk memulakan jualan.

Manakala bagi dropship pula, selalunya tiada yuran pedaftaran dikenakan tetapi ada juga pengasas produk yang masih mengenakan yuran pendaftaran yang rendah RM20-RM50 sebagai tanda komitmen.

PERBEZAAN #2 – STOK

Selain daripada membayar yuran pendaftaran, ejen perlu membeli stok daripada HQ sebelum boleh mula menjual. Ada sesetengah HQ mewajibkan belian stok minimum yang ejen perlu buat pada setiap bulan. Kegagalan untuk mencapai belian minimum ini boleh menyebabkan ejen disingkirkan daripada senarai ejen.

Berbeza dengan ejen, dropshipper tidak perlu keluarkan modal untuk membeli stok daripada HQ, tidak perlu simpan dan urus stok sendiri. Dropshipper boleh terus mula menjual dan hanya perlu rujuk HQ untuk status stok semasa produk.

PERBEZAAN #3 – PENGHANTARAN

Ejen perlu uruskan sendiri penghantaran produk kepada pelanggan. Dari ambil tempahan, terima bayaran sampailah kepada pembungkusan dan penghantaran, semuanya ejen uruskan sendiri.

Dropshipper hanya perlu ambil tempahan daripada pelanggan, beri butiran tempahan kepada HQ dan HQ akan uruskan penghantaran produk kepada pelanggan.

PERBEZAAN #4 – KEUNTUNGAN

Biasanya margin keuntungan ejen adalah sekitar 40%-50%, adakalanya boleh mencecah sehingga 60%-70%, bergantung kepada ‘pricing structure’ yang dibuat oleh pihak HQ.

Komisen daripada jualan dropship pula adalah pada sekitar 10%-20%. Walaupun nampak sedikit, tetapi ianya berpatutan dengan kerja-kerja dropshipper yang hanya berperanan seperti ‘promoter’.

PERBEZAAN #5 – RISIKO

Walaupun keuntungan menjual sebagai ejen adalah lebih tinggi berbanding secara dropship, namun risiko sebagai ejen juga adalah lebih tinggi kerana ejen perlu menyimpan stok serta menguruskan tempahan dan penghantaran sendiri kepada pelanggan. Ejen berdepan  dengan risiko produk tidak terjual, penghantaran yang lambat, pelanggan yang tidak puas hati dan bermacam-macam lagi risiko lain.

Kesimpulannya, anda tidak perlu hasilkan produk sendiri untuk mula buat bisnes online. Anda boleh bermula dengan menjual produk orang lain. Antara ejen dan dropship, sukar untuk dinyatakan yang mana satu lebih baik kerana ia bergantung kepada apa yang anda mampu beri komitmen sama ada dari segi modal atau cara kerja. Pilihan di tangan anda.