fbpx
Tips Jual Produk Harga Rendah Margin Tipis Online

Tips Jual Produk Harga Rendah Margin Tipis Online

“Buat bisnes online memang bagus ada website sendiri tapi kalau jual barang murah tidak berbaloi dengan kos bina website yang tinggi.”

Sejauh manakah kebenaran pernyataan ini?

Ramai yang tahu peranan penting website dalam mengautomasikan bisnes online tetapi masih memilih untuk tidak mempunyai website sendiri kerana risau ianya tidak berbaloi dengan modal yang dilaburkan, terutama mereka yang menjalankan bisnes kecil-kecilan atau menjual produk harga rendah, margin untung kecil.

Ya, memang benar kos untuk bina website tinggi, apatah lagi jika website yang ada fungsi menjual, boleh buat bayaran on the spot seperti website jenis ecommerce. Sekilas pandang, ada benarnya pernyataan di atas ini.

Walaupun begitu, anda tidak perlu ketepikan terus soal website ini anya kerana isu tidak berbaloi ini. Masih ada cara lain untuk automasikan bisnes anda tanpa kos yang tinggi, termasuklah jika anda menjual produk harga rendah, margin untung kecil sekalipun.

Apakah caranya?

Katakan Makcik Senah, sepupu kepada Makcik Kiah, mempunyai sebuah kedai menjual aksesori mesin jahit dan aneka barang jahitan seperti jarum, benang, gunting, tapak mesin, pita pegukur dan bermacam-macam lagi barang berkaitan dunia jahitan yang lain.

Sebelum PKP, Makcik Senah memperolehi jualan daripada pelanggan yang datang ke kedai dan juga daripada tempahan online. Apabila kedai terpaksa ditutup untuk mematuhi arahan PKP, Makcik Senah tiada pilihan lain melainkan menjual sepenuhnya secara online.

Jika sebelum ini pelanggan boleh datang ke kedai hanya untuk membeli beberapa batang jarum atau gelung benang, apabila beroperasi 100% online, belian jarum atau benang dalam kuantiti yang sedikit terasa mahal kerana penambahan kos penghantaran. Ini membuatkan jualan kedai makcik Senah jatuh merundum. Makcik Senah juga penat melayan pertanyaan-pertanyaan pelanggan di WhatsApp.

Apa yang Makcik Senah boleh buat dalam situasi ini?

Pertama sekali, Makcik Senah boleh perkenalkan jualan aksesori mesin jahit dan barang jahitan dalam bentuk pakej. Teknik ini dipanggil Bundle Pricing Strategy di mana Makcik Senah gabungkan beberapa produk untuk dijual dalam satu pakej. Contohnya pakej jarum + benang + penggulung benang (bobbin) dan tetapkan harga jualan yang lebih rendah berbanding jika membeli ketiga-tiga produk ini secara berasingan.

Kedua, Makcik Senah boleh menggunakan servis penyedia perkhidmatan pos, kurier dan penghantaran barang berkonsepkan one-stop center yang menggabungkan beberapa syarikat kurier di bawah satu bumbung seperti EasyParcel, Delyva dan Shippop. Caj penghantaran yang dikenakan di website ini lebih murah daripada jika berurusan langsung dengan pihak kurier. Servis pick up juga disediakan secara percuma.

Ketiga, Makcik Senah boleh upah seorang pembantu khas untuk menjawab pertanyaan-pertanyaan pelanggan di WhatsApp dan seorang lagi untuk uruskan pembungkusan dan pengeposan tempahan.

Keempat, Makcik Senah boleh guna sistem menguruskan tempahan seperti Ordersini. Masukkan pakej-pakej yang Makcik Senah mahu jual, tuliskan detail pakej sejelas-jelas yang mungkin. Makcik Senah tidak perlu risau soal terima bayaran dan penghantaran kerana kedua-duanya sudah diintegrasikan di dalam sistem Ordersini.

Makcik Senah juga boleh rujuk rekod jualan untuk melihat pakej mana yang banyak terjual dan boleh sesuaikan inventori stok mengikut data rekod jualan. Selain daripada itu, Makcik Senah boleh buka peluang perniagaan dengan menawarkan program affiliate dan dropship.

Yang paling penting sekali, Makcik Senah tidak perlu keluarkan modal awal untuk semua kemudahan ini, ianya percuma. Makcik Senah hanya dikenakan caj apabila berlaku transaksi. Jadi Makcik Senah sudah tidak perlu pembantu khas, atau mungkin hanya perlu staf untuk buat kerja membungkus tempahan.

Jika anda juga seperti Makcik Senah, jual produk harga rendah, margin untung kecil, anda boleh cuba tips yang kami kongsikan di atas. Semoga urusan bisnes anda dipermudahkan.

Pembelian Tak Selesai? Follow Up Jer Guna Whatsapp Dalam Ordersini

Pembelian Tak Selesai? Follow Up Jer Guna Whatsapp Dalam Ordersini

Dalam sistem Ordersini, kami sudah letakkan butang khas untuk anda buat follow up kepada pembeli yang tidak selesaikan pembelian.

Tak semua orang akan buat pembelian selepas mereka klik butang buy now, mungkin ada yang terlupa, mungkin ada kerja lain semasa nak buat payment, TAC tak terima, phone terpadam dan sebagainya.

Jadi menjadi tugas anda untuk follow up semula pembayaran yang gagal itu. Dalam Ordersini, kami jadikan proses follow up kepada pelanggan menjadi lebih mudah. Hanya perlu klik butang whatsapp follow up dan 1 mesej whatsapp akan dihantar kepada pelanggan.

STEP 1: Buka Pending List

Anda pergi ke menu product setting > pending list

 

Anda akan dapat lihat senarai pembeli yang masih pending & rejected. Anda buat semakan terlebih dahulu pembeli mana yang anda perlu follow up. Jangan follow up semua, berkemungkinan ada yang sudah bayar dengan buat tempahan semula. Jadi pastikan dahulu senarai yang anda perlu follow up.

 

STEP 2: Klik Butang Whatsapp Follow Up

Anda klik butang whatsapp di hujung sekali untuk hantar mesej whatsapp kepada pelanggan tersebut.

STEP 3: Terima Whatsapp Follow Up

Pelanggan anda akan menerima 1 mesej whatsapp yang mengandungi nama produk & juga link pembayaran. Jika mereka masih berminat, mereka akan terus buat pembelian melalui link tersebut.

 

Tutorial video anda boleh lihat di bawah ni:

 

Jangan lupa share fungsi ni kepda rakan peniaga yang lain. Kami perlukan feedback daripada anda untuk kami tambahbaik sistem whatsapp follow up ni.

Jom buka akaun di Ordersini

Pindahkan Data Pembeli Secara Automatik Ke Google Sheet Dengan Fungsi Webhook

Pindahkan Data Pembeli Secara Automatik Ke Google Sheet Dengan Fungsi Webhook

Bagi pengguna Ordersini, anda boleh pindahkan maklumat pembeli dari Ordersini ke google sheet secara automatik dengan menggunakan fungsi webhook yang telah disediakan.

Webhook ialah satu fungsi yang berperanan untuk memindahkan maklumat dari Ordersini ke luar. Jika anda nak kumpul data tersebut masuk ke google sheet, anda boleh gunakan webhook ni.

Boleh lihat penerangan mengenai webhook yang disediakan oleh Zakaria Ghazali :

 

Berikut ialah step by step yang anda perlu buat untuk integrate webhook Ordersini & pindahkan ke dalam Google Sheet. Sangat mudah, anda perlu setup sekali sahaja dan ianya akan berjalan secara automatik selepas ini.

 

 

Webhook dalam Ordersini mempunyai lebih banyak fungsi.

Ianya tidak terhad kepada google sheet sahaja, tetapi boleh digabung & pindahkan data ke pelbagai jenis platform lain seperti autoresponder (Aweber, getresponse, mailerlite dll), social media (Facebook, instagram, twitter dll), messaging app (whatsapp, telegram, sms dll) dan banyak lagi sistem lain yang disediakan dalam Integromat , zapier dan sebagainya.

Dengan adanya fungsi begini, anda boleh buat apa sahaja (yang penting anda kena faham dahulu cara guna sistem integromat & zapier).

Tips Tulis Ebook: Teknik Pilih Tajuk & Topik Ebook

Tips Tulis Ebook: Teknik Pilih Tajuk & Topik Ebook

Laptop
Microsoft Word
Adobe Acrobat Reader
Pembaca sasaran

Persiapan awal sudah dilakukan, masa untuk mula menulis tapi nak tulis pasal apa?

Berjam-jam memikirkan tajuk ebook tetapi idea tidak muncul-muncul. Anda tutup laptop, pergi minum kopi, rehat santai, sambung esok sajalah bisik anda kepada diri sendiri. Datang hari esok, anda termangu merenung skrin laptop. Begitu juga pada hari lusa, tulat.. minggu depan.. sedar tak sedar, sudah berminggu-minggu anda masih tersekat memikirkan topik apa yang mahu ditulis.

Inilah masalah yang biasa dialami oleh penulis ebook, terutama mereka yang baru mula berjinak-jinak dengan penulisan ebook. Walaupun kemahiran menulis adalah penting dalam proses penulisan ebook, namun yang selalu menjadi penghalang untuk memulakan bisnes ebook ini adalah proses memilih topik dan tajuk, bukannya kemahiran menulis.

Poin utama yang anda perlu faham tentang bisnes ebook ialah orang ramai membeli ebook kerana mereka mahukan maklumat yang ada di dalam ebook. Anda sudah kenal siapa pembaca sasaran anda, anda sudah tahu apa yang mereka mahu jadi tulis saja apa yang mereka mahu baca.

Jika artikel sebelum ini kami telah jelaskan apa itu ebook, apa yang anda perlu buat buat sebelum mula menulis ebook, kali ini kami mahu kongsi dengan anda 4 teknik mencari idea topik ebook.

Teknik #1 – Mahir dan Minat

Setiap orang ada kemahiran dan minat masing-masing.

Cuba anda senaraikan sekurang-kurangnya 10 perkara yang anda mahir dan minat dalam kehidupan anda. Daripada senarai itu, pilih 3 perkara yang anda rasa anda tahu secara mendalam, yang anda sangat suka. Kemudian daripada top 3 ini, pilih 1 yang anda boleh ulas atau huraikan dengan yakin dan rasa teruja untuk bercakap mengenainya.

Teknik #2 – Selesaikan Masalah

Tahukah anda, ebook jenis penyelesaian masalah adalah antara ebook yang paling disukai ramai?

Cuba anda fikirkan, apa perkara yang sering mengganggu aktiviti harian anda? Apa perkara yang banyak menyusahkan anda? Lihat juga di sekeliling anda, apa permasalahan yang dihadapi oleh ramai orang?

Kita selalu diingatkan supaya sentiasa berfikiran positif, tetapi dalam konteks ini, walaupun bunyinya janggal, anda terpaksa berfikir secara negatif untuk seketika supaya anda dapat mengenal pasti masalah yang mengganggu hidup anda dan juga orang lain.

Setelah anda senaraikan masalah-masalah yang ada, anda switch semula kepada fikiran positif dan senaraikan pula penyelesaian kepada masalah-masalah tersebut.

Teknik #3 – Cerpen dan Novel

Anda suka bercerita?

Jika ya, mungkin anda boleh pertimbangkan untuk menulis cerpen atau novel dalam bentuk ebook.

Apa beza cerpen dan novel?

Cerpen adalah singkatan kepada cerita pendek. Perbezaan utama cerpen dan novel adalah pada bilangan patah perkataan. Cerpen lebih sedikit jumlah perkataan berbanding novel, sekitar 5,000 hingan 20,000 patah perkataan. Watak cerpen lebih sedikit daripada watak novel. Fokus cerpen hanya pada watak utama, manakala novel pula luas jangkauannya kerana plot yang lebih kompleks.

Antara genre yang popular adalah kisah seram dan kisah romantis. Anda boleh pilih untuk menulis cereka (cerita rekaan) atau berdasarkan kisah benar. Pastikan anda buat penafian pada mukasurat awal ebook anda tentang ini.

Teknik #4 – Adaptasi

Adaptasi adalah teknik di mana anda memberi nafas baru kepada topik ebook atau apa-apa jenis produk informasi sedia ada. Anda persembahkan semula topik berkenaan dalam bentuk yang lebih segar dan menarik sama ada dari segi susunan konten, penggunaan ayat dan juga grafik.

Kami harap teknik-teknik yang kami jelaskankan di atas dapat memudahkan dan memendekkan proses pemilihan topik dan tajuk ebook anda supaya anda tidak tersekat terlalu lama pada fasa ini.

Cara Kumpul Leads & Buat Follow Up Email Secara Automatik Dalam Ordersini

Cara Kumpul Leads & Buat Follow Up Email Secara Automatik Dalam Ordersini

Anda Boleh Kumpul Leads & Buat Email Follow Up Secara Automatik Dengan Fungsi Email Autoresponder Dalam Ordersini
 
👉 Kami dah sediakan email autoresponder
👉 Kami dah sediakan fungsi free produk untuk kumpul list
 
Anda hanya perlu gabungkan sahaja dua fungsi ni dan terus boleh jalankan kempen email marketing secara automatik.

 

Tips Tulis Ebook: Teknik Pilih Tajuk & Topik Ebook

Tips Tulis Ebook: Persiapan Awal

Pada bulan lepas, kami ada kongsikan 4 idea bisnes tanpa modal atau modal rendah yang anda boleh buat tanpa perlu keluar dari rumah, sangat sesuai dengan situasi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekarang ini.

Salah satu daripada idea bisnes itu ialah buat dan jual ebook.

Baca sini:  4 Idea Bisnes Modal Rendah Tanpa Perlu Keluar Dari Rumah

Idea bisnes ebook ini nampak ringkas dan mudah dibuat, tetapi tanpa persediaan dan teknik yang betul, hasrat untuk memiliki bisnes ebook sendiri mungkin akan terbantut.

Apa itu ebook?

Ebook adalah singkatan kepada ‘electronic book’ yang membawa maksud ‘buku elektronik’. Ia adalah buku yang diterbitkan dalam bentuk digital dan memerlukan peranti elektornik seperti pembaca ebook (ebook reader), telefon pintar (smartphone), tablet, komputer riba (laptop) atau komputer untuk dibaca.

Ebook boleh diterbitkan dalam beberapa format iaitu TXT (.txt), EPUB (.epub), MOBI (.mobi), AZW (.azw), AZW3 (.azw3) dan PDF (.pdf). Idea bisnes ebook yang kami cadangkan sebelum ini akan menggunakan format ebook dalam bentuk fail PDF kerana format ini adalah yang paling mudah untuk dibuat dan boleh dibaca di kebanyakan peranti elektronik.

Apakah yang anda perlu untuk menulis ebook jenis PDF?

Laptop atau komputer, tablet juga boleh.

Microsoft Word (untuk Windows), Pages (untuk macOS) atau tulis dalam talian (online) menggunakan Google Docs.

PDF reader seperti Adobe Acrobat Reader.

Jika tiada laptop atau komputer, bolehkah menulis ebook menggunakan smartphone?

Boleh memang boleh, asalkan smartphone itu ada perisian menulis seperti Microsoft Word atau Pages tetapi proses menulis akan menjadi sukar kerana kekangan saiz skrin dan papan kekunci (keyboard).

Apa persiapan yang perlu dibuat sebelum mula menulis ebook?

Perkara pertama yang anda perlu buat sebelum mula menulis ebook ialah..

Kaji siapa pembaca sasaran anda.

Ya, inilah langkah pertama yang anda wajib buat. Ramai yang membuat kesilapan dengan terus memerah otak memikirkan tajuk ebook. Pemilihan topik dan tajuk ebook adalah langkah kedua selepas anda kaji pembaca sasaran anda. Jika anda skip langkah ini, besar kemungkinan ebook yang anda hasilkan itu tidak akan mendapat sambutan.

Dengan membuat kajian sasaran pembaca, anda dapat mengenalpasti kelompok pembaca yang akan suka dan mahu membaca ebook anda, anda dapat memahami keperluan, keinginan, harapan dan bermacam-macam lagi aspek lain daripada perspektif mereka. Ia juga membantu anda menyesuaikan gaya penulisan anda senada dengan ‘suara pembaca’.

Anda harus ingat, orang ramai membeli ebook kerana mereka mahukan maklumat yang ada di dalam ebook tersebut. Jika anda hanya menulis daripada perspektif anda, tanpa mengambil kira apa kehendak pembaca sasaran, anda akan bazirkan masa hasilkan ebook yang tidak mendapat tempat di hati orang ramai.

Selepas anda kenal siapa pembaca sasaran anda, anda sudah boleh mula memilih topik dan tajuk ebook anda. Bagaimana nak cari idea untuk tulis ebook?

Baca teknik cari idea topik ebook di sini.