fbpx

Tips Tulis Ebook: Persiapan Awal

April 06, 2020

Pada bulan lepas, kami ada kongsikan 4 idea bisnes tanpa modal atau modal rendah yang anda boleh buat tanpa perlu keluar dari rumah, sangat sesuai dengan situasi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekarang ini.

Salah satu daripada idea bisnes itu ialah buat dan jual ebook.

Baca sini:  4 Idea Bisnes Modal Rendah Tanpa Perlu Keluar Dari Rumah

Idea bisnes ebook ini nampak ringkas dan mudah dibuat, tetapi tanpa persediaan dan teknik yang betul, hasrat untuk memiliki bisnes ebook sendiri mungkin akan terbantut.

Apa itu ebook?

Ebook adalah singkatan kepada ‘electronic book’ yang membawa maksud ‘buku elektronik’. Ia adalah buku yang diterbitkan dalam bentuk digital dan memerlukan peranti elektornik seperti pembaca ebook (ebook reader), telefon pintar (smartphone), tablet, komputer riba (laptop) atau komputer untuk dibaca.

Ebook boleh diterbitkan dalam beberapa format iaitu TXT (.txt), EPUB (.epub), MOBI (.mobi), AZW (.azw), AZW3 (.azw3) dan PDF (.pdf). Idea bisnes ebook yang kami cadangkan sebelum ini akan menggunakan format ebook dalam bentuk fail PDF kerana format ini adalah yang paling mudah untuk dibuat dan boleh dibaca di kebanyakan peranti elektronik.

Apakah yang anda perlu untuk menulis ebook jenis PDF?

Laptop atau komputer, tablet juga boleh.

Microsoft Word (untuk Windows), Pages (untuk macOS) atau tulis dalam talian (online) menggunakan Google Docs.

PDF reader seperti Adobe Acrobat Reader.

Jika tiada laptop atau komputer, bolehkah menulis ebook menggunakan smartphone?

Boleh memang boleh, asalkan smartphone itu ada perisian menulis seperti Microsoft Word atau Pages tetapi proses menulis akan menjadi sukar kerana kekangan saiz skrin dan papan kekunci (keyboard).

Apa persiapan yang perlu dibuat sebelum mula menulis ebook?

Perkara pertama yang anda perlu buat sebelum mula menulis ebook ialah..

Kaji siapa pembaca sasaran anda.

Ya, inilah langkah pertama yang anda wajib buat. Ramai yang membuat kesilapan dengan terus memerah otak memikirkan tajuk ebook. Pemilihan topik dan tajuk ebook adalah langkah kedua selepas anda kaji pembaca sasaran anda. Jika anda skip langkah ini, besar kemungkinan ebook yang anda hasilkan itu tidak akan mendapat sambutan.

Dengan membuat kajian sasaran pembaca, anda dapat mengenalpasti kelompok pembaca yang akan suka dan mahu membaca ebook anda, anda dapat memahami keperluan, keinginan, harapan dan bermacam-macam lagi aspek lain daripada perspektif mereka. Ia juga membantu anda menyesuaikan gaya penulisan anda senada dengan ‘suara pembaca’.

Anda harus ingat, orang ramai membeli ebook kerana mereka mahukan maklumat yang ada di dalam ebook tersebut. Jika anda hanya menulis daripada perspektif anda, tanpa mengambil kira apa kehendak pembaca sasaran, anda akan bazirkan masa hasilkan ebook yang tidak mendapat tempat di hati orang ramai.

Selepas anda kenal siapa pembaca sasaran anda, anda sudah boleh mula memilih topik dan tajuk ebook anda. Bagaimana nak cari idea untuk tulis ebook?

Baca teknik cari idea topik ebook di sini.

By AJ Joseph

AJ is an engineer by qualification, a digital marketer as profession. She enjoys creating content for blogs and social media.

Related Articles

Manfaat LMS Untuk Bisnes

Manfaat LMS Untuk Bisnes

Pada awal bulan ini, Ordersini telah menambah satu fungsi baru untuk membantu pemilik produk digital menjual panduan video secara atas talian dengan lebih mudah. Fungsi yang dimaksudkan ialah LMS. Penambahan fungsi baru ni mendapat sambutan yang memberangsangkan...

read more
Cara Embed Form Ordersini Ke Web WordPress

Cara Embed Form Ordersini Ke Web WordPress

Fungsi ni dah lama wujud dalam Ordersini tetapi tak pernah buat tutorial mengenainya. Jadi hari ini kami sediakan tutorial baru untuk pengguna Ordersini. Lihat video di bawah:   https://www.youtube.com/watch?v=67-aV3sIdjk

read more

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Shares

Aik, Takkan Baca Je?

Jom share artikel ni supaya lebih ramai orang tahu :D

Shares