fbpx

4 Idea Bisnes Modal Rendah Tanpa Perlu Keluar Dari Rumah

Tutup kedai. Duduk di rumah. Tidak boleh berniaga seperti biasa.

Pertama kali dalam sejarah, Malaysia menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan atau singkatannya PKP (Movement Control Order) berkuatkuasa mulai 18 Mac 2020 hingga 31 Mac 2020 bagi mengekang penularan wabak COVID-19. Objektif utama PKP ini dilaksanakan adalah untuk mengurangkan pergerakan orang ramai dan memastikan penjarakan sosial (social distancing) dapat dilakukan.

Ramai yang terpaksa menutup premis perniagaan dan menghentikan operasi buat sementara waktu untuk mematuhi arahan PKP ini. Keadaan ini sedikit sebanyak telah menjejaskan pendapatan sebilangan besar rakyat Malaysia.

“Macam mana kami nak teruskan kehidupan seharian?”

Begitulah luahan sedih daripada para peniaga yang terkesan dengan PKP.

Adakah anda juga turut terkesan dengan keadaan ini?

Apa yang kita boleh lakukan untuk jana pendapatan apabila kita dikerah untuk duduk di rumah, hanya boleh keluar untuk urusan penting saja?

Dalam kesulitan pasti ada jalan keluar. Artikel kali ini kami mahu kongsikan kepada anda idea bisnes yang anda boleh buat tanpa keluar dari rumah, sangat sesuai untuk situasi PKP sekarang.

 

#1 – Buat Kelas Online

Anda ada kemahiran? Pandai memasak? Pandai menjahit? Pakar dalam sesuatu bidang? Inilah masa yang sesuai untuk anda buat kelas online dari rumah. Modal? Tiada. Hanya guna apa yang sudah ada dengan anda. Jika ada sekalipun, kosnya rendah.

Apa yang anda perlukan?

  1. Smartphone (Ini wajib!)
  2. Komputer/Laptop*
  3. Peralatan berkaitan dengan kemahiran
  4. Alat bantu mengajar seperti whiteboard, marker dll*

Nota *:
Bagus jika ada tapi jika tiada tidak mengapa.

Macam mana nak buat kelas online?

  1. Buat FB group, beri akses kepada peserta, buat FB live atau muat naik video rakaman di dalam FB group.
  2. Buat Whatsapp group, masukkan ahli ke dalam group, kongsi video rakaman kelas di dalam Whatsapp group.

Anda juga boleh sediakan nota kepada peserta kelas online anda. Nota boleh dibuat dengan menggunakan smartphone atau lebih mudah jika guna komputer atau laptop.

 

#2 – Jadi Tutor Online

Tutor online ini lebih kurang sama konsepnya dengan kelas online. Bezanya, tutor online ini dibuat secara 1-to-1, tumpuan diberikan kepada satu pelajar saja melalui video call terus daripada smartphone atau menggunakan perisian seperti Skype, Zoom dan Google Hangout.

Contoh tutor online seperti belajar mengaji Al-Quran, kelas tambahan sekolah rendah/menengah, belajar bahasa dan macam-macam lagi.

 

#3 – Buat & Jual Ebook

Anda juga boleh bukukan kemahiran atau kepakaran anda menjadi ebook. Buat panduan step-by-step, tutorial bergambar, nota dan buku kerja.. Cara paling mudah membuat ebook adalah dengan menulis di Microsoft Word kemudian tukar format fail doc atau docx kepada format pdf.

Cara ini sesuai untuk mereka yang kurang gemar menonjolkan diri di media sosial, rasa kekok rakam video sendiri atau malu buat FB live.

 

#4 – Buat Servis Social Media Manager

Dalam sehari, berapa lama anda luangkan masa melayari media sosial? 1 jam? 2 jam? 6 jam? Sepanjang hari? Jika anda peruntukkan masa yang lama untuk media sosial, apa kata anda manfaatkan masa itu untuk jana pendapatan?

Tahukah anda ada satu ‘kerjaya online’ yang dipanggil sebagai Social Media Manager? Tugas seorang Social Media Manager adalah menguruskan segala yang berkaitan dengan media sosial sesebuah syarikat, organisasi atau individu. Anda hanya perlu mahir selok belok media sosial dan sudah boleh mula tawarkan servis anda.

 

Ada banyak lagi idea bisnes lain yang anda boleh buat tanpa perlu keluar dari rumah. 4 contoh di atas adalah antara yang paling mudah untuk dibuat. Anda boleh buat keempat-empat idea bisnes ini hanya dengan menggunakan smartphone, jadi modalnya kosong atau minima.

Tidak dinafikan jika diuruskan secara manual terutamanya idea bisnes 1 hingga 3, ianya agak renyah. Cara yang lebih efisien menguruskan pendaftaran peserta kelas/tutor online atau menjual produk digital seperti ebook adalah dengan membuat laman web (website) tetapi kosnya tinggi. Ia bercanggahan dengan objektif kita mahu mencari solusi yang tidak perlukan modal besar dalam keadaan PKP sekarang.

Di sinilah Ordersini dapat membantu anda. Dengan Ordersini, anda boleh menerima tempahan dan menguruskan perniagaan online anda dengan sistem yang mudah digunakan. Harganya juga sangat berpatutan. Anda boleh klik sini untuk melihat fungsi-fungsi Ordersini.

Anda dapat sesuatu daripada artikel ini? Kongsikan dengan lebih ramai orang di luar sana, semoga mereka dapat cetusan idea untuk jana pendapatan dari rumah.

By AJ Joseph

AJ is an engineer by qualification, a digital marketer as profession. She enjoys creating content for blogs and social media.

Related Articles

Manfaat LMS Untuk Bisnes

Manfaat LMS Untuk Bisnes

Pada awal bulan ini, Ordersini telah menambah satu fungsi baru untuk membantu pemilik produk digital menjual panduan video secara atas talian dengan lebih mudah. Fungsi yang dimaksudkan ialah LMS. Penambahan fungsi baru ni mendapat sambutan yang memberangsangkan...

read more
Cara Embed Form Ordersini Ke Web WordPress

Cara Embed Form Ordersini Ke Web WordPress

Fungsi ni dah lama wujud dalam Ordersini tetapi tak pernah buat tutorial mengenainya. Jadi hari ini kami sediakan tutorial baru untuk pengguna Ordersini. Lihat video di bawah:   https://www.youtube.com/watch?v=67-aV3sIdjk

read more

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Shares

Aik, Takkan Baca Je?

Jom share artikel ni supaya lebih ramai orang tahu :D

Shares