fbpx
Alternatif Waveapp – Ordersini Sediakan Sistem Invoice Yang Boleh Bayar Guna Gateway Malaysia

Alternatif Waveapp – Ordersini Sediakan Sistem Invoice Yang Boleh Bayar Guna Gateway Malaysia

Ramai freelancer suka gunakan waveapp, sistem akaun yang sangat mesra pengguna. Dulu siap boleh bayar guna FPX dan sync dengan bank Malaysia. Namun sekarang semua tu dah tak ada, kena la bayar manually.

Jangan risau, Ordersini dah sediakan sistem invoice generator yang mudah digunakan dengan output yang hampir sama seperti Waveapp. Berikut ialah beberapa kelebihan sistem invoice generator dalam Ordersini:

Kelebihan Invoice Generator Dalam Ordersini #1 : Simple & Mudah Guna

Nak guna invoice generator dalam Ordersini sangat mudah. Hanya perlu isi beberapa ruangan yang diperlukan sahaja, dan klik butang save untuk generate invoice. Perlukan beberapa minit sahaja dah boleh dapat invoice yang nak dihantar kepada client.

 

Kelebihan Invoice Generator Dalam Ordersini #2 : Email atau Link

Anda boleh send terus invoice yang sudah approve ke email client. Mereka akan menerima email yang mengandungi invoice dan boleh teruskan pembayaran untuk mulakan projek.

Atau, anda boleh ambil link invoice tersebut dan berikannya secara manual melalui whatsapp atau telegram. Kami sediakan pilihan tersebut untuk anda pilih mengikut kesesuaian.

Kelebihan Invoice Generator Dalam Ordersini #3 : Bayar Guna Gateway Malaysia

Anda boleh setup dan aktifkan payment gateway Malaysia seperti Billplz & Toyyibpay. Selain dari payment gateway, anda juga boleh menerima payment dari client melalui pembayaran manual transfer. Namun mereka masih perlu bayar melalui sistem yang disediakan.

Fungsi ini ialah fungsi yang paling penting kerana ia dapat memudahkan proses pembayaran. Client anda hanya perlu klik butang pay now & pilih sahaja cara pembayaran yang mereka selesa gunakan.

Kelebihan Invoice Generator Dalam Ordersini #4 : Pengurusan Invoice Yang Efisien

Pengurusan invoice lebih tersusun dan teratur dengan adanya sistem ini. Anda tidak lagi perlu generate invoice secara manual & hantar kepada client secara manual. Melalui sistem ini juga, anda boleh lihat data setiap invoice yang dikeluarkan sama ada sudah dibayar atau masih pending.

Jika masih pending atau overdue, anda boleh klik resend invoice untuk hantar invoice peringatan kepada client anda. Tak perlu lagi whatsapp mereka dengan segan silu untuk dapatkan bayaran.

Kelebihan Invoice Generator Dalam Ordersini #5 : Layout Yang Moden

Layout invoice dalam Ordersini mempunyai rupa yang moden dan mudah. Invoice yang mudah difahami akan memberi impak berbeza kepada client anda nanti. Mereka lebih mudah untuk buat bayaran dan teruskan dengan projek yang dipersetujui.

Tuntas

Untuk gunakan fungsi ini, anda perlu langgan pakej bulanan kerana hanya pakej bulanan sahaja yang boleh setup payment gateway. Jika anda mahu terima bayaran melalui payment gateway, maka anda perlu subscribe pakej bulanan dan mudahkan kerja anda.

Bukan itu sahaja, selepas subscribe pakej bulanan anda boleh gunakan fungsi lain yang ada dalam sistem Ordersini. Ianya tidak akan merugikan anda kerana terdapat pelbagai fungsi menarik yang disediakan untuk anda dalam platform Ordersini. Anda boleh masuk produk atau servis ke dalam sistem ini dan mula terima tempahan dari client.

Anda juga boleh gunakan fungsi blog yang terdapat dalam sistem ordersini untuk naikkan awareness mengenai servis dan produk anda. Terdapat juga fungsi ejen affiliate untuk anda jana lebih banyak jualan dengan mengerahkan ejen-ejen affiliate mempromosikan servis anda.

Ianya adalah pelaburan yang sangat berbaloi.

Untuk melihat walkthrough sistem invoice generator & bagaimana ianya berfungsi untuk menerima bayaran, anda boleh lihat video di bawah. Jangan lupa klik butang share untuk kongsikan fungsi ini kepada rakan anda yang lain, mereka pasti sukakannya.

 

Goodluck!

Apa Itu Sales Letter Dan Kepentingannya Dalam Bisnes Online?

Apa Itu Sales Letter Dan Kepentingannya Dalam Bisnes Online?

Lebih kurang tujuh dekad yang lepas, semasa komputer pertama kali dihasilkan secara besar-besaran untuk dijual kepada orang awam, ramai pakar industri meramalkan tidak ada sesiapa yang akan menginginkan kotak gergasi yang hanya berfungsi untuk menguruskan data dan mengambil ruang penyimpanan yang sangat besar.

Walaupun menerima kritikan teruk daripada pakar-pakar industri, rancangan penghasilan komputer secara-secara besar-besaran tetap diteruskan. Jualan komputer mula dibuka kepada orang awam.

Kini di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat hampir setiap isi rumah mempunyai sekurang-kurangnya sebuah komputer, bahkan ada yang mempunyai dua atau tiga buah komputer. Ternyata pakar-pakar industri itu silap.

Bayangkan jika pengeluar komputer membatalkan rancangan mereka hanya kerana maklumbalas yang negatif, mungkin hari ini orang awam masih belum dapat menggunakan komputer.

Apa sebenarnya yang berlaku? Bagaimana jualan komputer mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan walaupun ditentang oleh pakar-pakar industri pada ketika itu?

Kuncinya ialah pada JURUJUAL yang cekap, yang mampu meyakinkan orang awam tentang kebaikan dan manfaat komputer kepada kehidupan mereka seterusnya mempengaruhi mereka untuk membuat pembelian.

Daripada cebisan sejarah ini, kita dapat pelajari bahawa sehebat mana pun produk kita, tanpa ada jurujual yang cekap, susah untuk kita dapatkan jualan walau seunit. Begitulah juga dengan bisnes online, kita punya produk yang sangat bagus tetapi jika sales letter kita lemah, kita akan susah untuk mendapat jualan.

Apa itu sales letter?

Sales letter bermaksud surat jualan atau surat tawaran. Ia adalah seumpama jurujual atau wakil bisnes kita. Walaupun tujuan utama surat jualan adalah untuk menjual, ia sebenarnya adalah komponen terpenting dalam komunikasi di antara penjual dan pembeli.

Surat jualan merupakan satu medium perantara antara kita dan prospek atau pelanggan kita.

Melalui surat jualan inilah penjual akan cuba meyakinkan prospek untuk membeli produk atau melanggan perkhidmatan. Sekalipun orang tidak berminat dengan produk yang dijual, peranan surat jualan adalah untuk sekurang-kurangnya membuatkan orang rasa tertarik apabila membaca surat jualan itu.

Macam mana rupa surat jualan ini? Adakah formatnya seperti surat?

Jika anda menjalankan bisnes online, pastinya anda mewar-warkan produk/perkhidmatan anda di media sosial, menulis di blog, menulis butiran produk di marketplace.. anda sebenarnya sudah pun membuat surat jualan.

Cara terbaik untuk membuat surat jualan adalah dengan membina landing page. Ya, anda perlukan website.

Tidak bolehkah buat di media sosial saja?

Boleh, cuma anda kena ingat, media sosial bukan milik mutlak anda. Semuanya tertakluk kepada terma dan syarat pemilik platform media sosial.

Baca lebih lanjut tentang risiko bisnes online di media sosial di sini.

Jadi apa pilihan lain yang ada?

Dengan Ordersini, anda boleh buat surat jualan secara percuma dan hanya akan dikenakan caj jika berlaku transaksi jualan. Anda juga boleh menggunakan fungsi blog yang baru diperkenalkan di dalam sistem Ordersini untuk menulis surat jualan kemudian sambungkan dengan borang tempahan. Fungsi blog ini adalah percuma.

Borang tempahan percuma. Blogging percuma. Hanya dengan Ordersini. Anda hanya perlu buka akaun Ordersini di sini & mula tulis surat jualan anda tanpa sebarang bayaran.

Apa Itu Email Marketing?

Apa Itu Email Marketing?

“Email Marketing sudah tidak relevan.”

Persoalan yang selalu menjadi perdebatan sesama marketer, tidak kira di Malaysia atau pun luar negara, sama saja isunya.

Benarkah email marketing (pemasaran emel) sudah tidak relevan? Ada yang setuju. Ada yang tidak setuju. Relevan atau tidak, ia bergantung kepada strategi dan cara ianya dilaksanakan.

Ya, artikel kali ni adalah berkenaan dengan email marketing. Tetapi, bukan isu kontroversi email marketing masih relevan atau tidak yang akan kami bincangkan. Kami khaskan artikel ini kepada mereka yang belum tahu kewujudan email marketing atau yang baru mula mengenal email marketing.

Dalam kelompok penggiat bisnes online di Malaysia, sangat sangat ramai yang menggunakan Facebook Ads sebagai medium pemasaran. Sampaikan ada yang tersalah anggap pemasaran = Facebook Ads. Ada banyak lagi cabang lain dalam pemasaran khususnya pemasaran internet, salah satunya ialah email marketing.

Apa itu email marketing?

Dari segi asasnya, email marketing adalah penggunaan email untuk mempromosikan produk atau perkhidmatan. Namun jika kita perhalusi lagi, definisi email marketing yang lebih baik adalah penggunaan email untuk menjalin hubungan dengan bakal pelanggan atau pelanggan.

Dalam artikel Apa Itu Content Marketing, kami ada menyebut email newsletter (buletin emel) sebagai salah satu jenis konten yang anda boleh buat untuk bisnes anda.

Sebelum kewujudan internet, berita dan promosi terkini sesuatu bisnes atau produk/perkhidmatan disampaikan melalui surat yang dihantar ke alamat rumah atau tempat kerja. Email marketing masih menggunapakai konsep yang sama, cuma dalam bentuk elektronik dan dihantar ke dalam inbox email anda.

Apa kelebihan email marketing?

Email marketing membolehkan anda menyasarkan konten kepada kumpulan pelanggan tertentu, bahkan kepada individu tertentu. Contohnya seperti memberi tawaran ulang tahun khas untuk barangan atau perkhidmatan kepada pelanggan individu.

Cara ini dipanggil sebagai ‘personalization’. Konten yang dihantar lebih bersifat peribadi walaupun sebenarnya ia adalah konten yang sama dihantar kepada ramai orang lain. Jika dibuat dengan cara yang betul, konten seperti ini boleh membantu anda mengekalkan hubungan dengan pelanggan seterusnya menyumbang kepada peningkatan penjualan dan kesetiaan pelanggan.

Siapa patut buat email marketing?

Mana-mana pemilik syarikat atau pengusaha bisnes yang mahu berhubung dan berinteraksi dengan bakal pelanggan atau pelanggan sedia ada boleh pertimbangkan email marketing sebagai medium komunikasi. Bilangan pengguna yang akan membaca email anda bergantung kepada apa yang terkandung dalam email yang anda hantar.

Seperti yang kami sebut awal-awal tadi, soal relevan atau tidak, email marketing bergantung kepada strategi dan cara ianya dilaksanakan. Pastikan konten newsletter yang anda hantar tidak terhad kepada promosi semata-mata. Variasikan dengan jenis-jenis konten lain.

Tahukah anda, pada awal bulan ini, Ordersini telah menyediakan email autoresponder berserta dengan fungsi produk percuma untuk kumpul list?

Anda hanya perlu gabungkan sahaja kedua-dua fungsi ini dan terus boleh jalankan kempen email marketing secara automatik. Tidak perlu serabutkan kepala untuk setup sendiri.

Baca lebih lanjut tentang fungsi email autoresponder dan produk percuma di sini.

Apa Itu Content Marketing?

Apa Itu Content Marketing?

Content marketing. Pernah dengar istilah ini?

Ada juga yang menggunakan istilah ‘pemasaran konten’ atau ‘pemasaran kandungan’.

Sebenarnya content marketing ini bukanlah sesuatu yang baru. Jika anda buat bisnes online, mungkin saja anda sudah pun buat content marketing untuk bisnes anda tanpa anda sedar.

Apakah itu content marketing?

Menurut Content Marketing Institue, content marketing adalah satu strategi pemasaran yang memfokuskan kepada penghasilkan dan pegedaran konten yang berharga, relevan dan konsisten untuk menarik audiens seterusnya mendorong mereka untuk membuat tindakan yang menguntungkan sesebuah bisnes.

Fuh! Panjang definisinya.

Apa kata Digital Marketer pula?

“Content marketing adalah penciptaan dan pengedaran konten berharga untuk membina dan berinteraksi dengan audiens kepada jenama anda.”

Definisi yang lebih pendek, tetapi apa yang dimaksudkan dengan ‘membina audiens’?

Maksud membina audiens ialah mengumpulkan golongan orang yang suka membaca konten anda. Mereka ini adalah bakal pelanggan yang berpotensi tinggi untuk membeli produk atau melanggan servis anda di kemudian hari.

Untuk memahami definisi di atas dengan lebih jelas, elok jika kita fahamkan terlebih dahulu maksud ‘content’.

Berdasarkan laman Dewan Bahasa dan Pustaka, perkataan ‘content’ lebih tepat diterjemahkan kepada ‘kandungan’, namun pengunaan istilah ‘konten’ lebih meluas dalam dunia pemasaran. Artikel ini menggunakan istilah ‘konten’.

Dalam konteks komunikasi dan media, konten adalah mesej atau informasi yang disajikan melalui media seperti televisyen, radio dan internet. Jadi dalam bahasa mudah, content marketing adalah proses menarik dan mengumpul bakal pelanggan menggunakan konten yang berkualiti dan informatif.

Anda perlu berfikir seperti seorang penerbit. Siapa audiens sasaran? Siapa bakal pelanggan? Apa yang mereka mahu tahu? Apa yang mereka perlu tahu? Apa yang menarik daripada pandangan mata mereka?

2 kunci utama content marketing adalah PENGHASILAN atau pencipataan dan PENGEDARAN konten.

Konten yang dihasilkan mestilah konten yang berkualiti, bermanfaat dan memberi solusi masalah kepada pembaca. Tidak cukup dengan itu, konten juga perlu diedarkan kepada orang yang betul pada waktu yang tepat.

JENIS-JENIS KONTEN

Sekarang anda sudah jelas dengan definisi content marketing, kita kenali pula jenis-jenis konten yang anda boleh buat untuk bisnes anda.

#1 – Blog

Bila sebut saja content marketing, perkara pertama yang terlintas dalam fikiran kebanyakan orang adalah blog. Ya, anggapan ini benar. Menulis artikel di blog sememangnya boleh membantu anda membina audiens dan menyampaikan informasi tentang bisnes anda.

Walaupun begitu, content marketing sebenarnya adalah lebih daripada sekadar blogging. Ada banyak lagi jenis konten lain yang anda boleh buat.

#2 – Video

Video adalah konten yang sangat bagus dan semakin menjadi perhatian tahun demi tahun. Ditambah pula dengan perang smartphone yang berlumba-lumba teknologi siapa lebih canggih terutama pada fungsi kamera, kini anda boleh merakam video berkualiti tinggi dan sunting terus video anda dengan hanya menggunakan smartphone.

Apa yang paling menarik tentang konten jenis video ialah ia boleh diedarkn di pelbagai platform. Sudah tentu platform yang paling sinonim dengan video adalah YouTube. Platform media sosial lain seperti Facebook dan Instagram, malahan di website dan blog juga adalah tempat yang sangat sesuai untuk edarkan video.

#3 – Podcast

Podcast adalah konten jenis audio. Anda hanya dengar suara orang bercakap, seperti anda mendengar radio. Konten jenis podcast masih agak baru di Malaysia. Ramai orang lebih suka konten jenis video berbanding audia saja.

#4 – Email Newsletter

Ramai syarikat dan pengusaha bisnes menggunakan emel hanya untuk mempromosikan produk dan servis mereka. Ianya langkah yang amat merugikan kerana emel berpotensi untuk dijadikan sebagai medium penyampaian maklumat dalam bentuk yang lebih peribadi.

Emel adalah surat elektronik. Jika digunakan dengan cara yang betul, anda boleh membina audiens yang setia dan ternanti-nanti hantaran emel daripada anda.

#5 – Ebook

Jika podcast adalah konten jenis audio, ebook adalah konten jenis teks bertulis berserta lakaran, ilustrasi atau gambar.

Jika emel adalah surat elektornik, ebook adalah buku elektornik.

Baca tips menulis ebook persediaan awal dan teknik memilih tajuk di pautan berikut:

Tips Tulis Ebook: Persiapan Awal

Tips Tulis Ebook: Teknik Pilih Tajuk & Topik Ebook

Ada banyak lagi jenis konten yang lain, apa yang kami senaraikan di atas adalah antara konten yang paling biasa dibuat untuk content marketing.

Jika anda berminat untuk jadikan content marketing sebagai salah satu strategi bisnes anda, kami sarankan anda bermula dengan blog. Kami baru saja lancarkan fungsi baru Ordersini di mana anda boleh menulis blog dan buat konten secara percuma di Ordersini. Ya, PERCUMA. Tidak perlu bayar hosting, tidak perlu beli domain.

Anda hanya perlu daftar akaun Ordersini dan mula hasilkan penulisan anda tanpa perlu bayar apa-apa.

Tak Perlu Ada Website, Kini Anda Boleh Menulis Blog & Buat Content Di Ordersini

Tak Perlu Ada Website, Kini Anda Boleh Menulis Blog & Buat Content Di Ordersini

Kebanyakan peniaga online mengalami kesukaran untuk melakukan promosi kerana ketiadaan website terutamanya kepada ejen affiliate & dropship. Oleh itu Ordersini mengambil inisiatif memberikan ruang untuk mereka menulis blog & masukkan content tanpa perlu ada website.

Anda hanya perlu daftar akaun di Ordersini dan mula hasilkan penulisan anda di sana tanpa perlu bayar apa-apa.

Jadi ini ialah huraian ringkas mengenai fungsi tersebut.

#1 Anda boleh tulis apa sahaja

Anda buka menu Blog > post > add new untuk mula masukkan content. Anda boleh menulis perkataan, masukkan gambar & masukkan video dari youtube dengan mudah.

 

 

Selepas selesai menulis, anda boleh upload featured image di bawahnya. Featured image akan menjadi gambar meta yang akan ditunjukkan apabila anda sebarkan link blog di media sosial & chat app.

 

#2 Fungsi Password Protected Page

Bagi pemilik produk digital yang mahu berikan akses digital kepada pembeli, anda boleh gunakan fungsi password protected page ini bagi memudahkan anda memberi ebook.

Anda hanya perlu masukkan produk anda ke Google Drive dan letakkan link di blog post, kemudian letakkan password yang anda mahu di kotak password.

Kemudian anda boleh berikan link halaman tersebut berserta password kepada pembeli produk anda. Mereka perlu masukkan password untuk akses ke halaman download.

Anda tidak lagi perlu ada password untuk hasilkan funnel anda selepas ini. Semuanya boleh dilakukan dengan fungsi blog post ini sahaja.

 

#3 BONUS PAGE AFFILIATE & EJEN DROPSHIP

Sebagai ejen affiliate & dropship, anda memerlukan laman bonus untuk memudahkan anda membuat promosi & jualan. Jadi anda boleh hasilkan halaman bonus menggunakan fungsi Blog ini.

Anda boleh letakkan senarai bonus yang anda akan berikan & letakkan link affiliate anda di situ. Berikut ialah contoh halaman bonus yang saya sediakan.

Fungsi ini akan memudahkan anda memberikan bonus kepada prospek anda walaupun anda tidak ada laman web sendiri.

 

Untuk dapatkan lebih pemahaman mengenai fungsi ini, anda boleh lihat video ini

 

Jangan lupa share artikel ni kepada rakan anda yang mempunyai bisnes online. Ianya fungsi yang akan membantu mereka mendapatkan jualan serta naikkan branding dengan mudah.

Buka akaun Orderdini di sini & mula tulis artikel anda tanpa sebarang bayaran.

5 Perbezaan Utama Ejen vs Dropship

5 Perbezaan Utama Ejen vs Dropship

Musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini kita dapat lihat kemunculan peniaga-peniaga kecil online bak cendawan tumbuh selepas hujan. Ramai yang jadi ‘peniaga bidan terjun’. Ada yang sekadar suka-suka ikut trend semasa, ada yang terdesak demi kelangsungan hidup.

Walau apa pun tujuan memulakan bisnes online semasa tempoh PKP, satu persamaan di antara majoriti mereka ini ialah mereka bermula dengan modal yang sangat rendah atau tiada modal langsung.

Bagaimana nak mulakan perniagaan dengan segera tanpa modal yang besar?

Caranya ialah dengan menjual produk orang lain, sebagai ejen atau secara dropship.

Pada asasnya, ejen dan dropshipper (orang yang membuat bisnes secara dropship) kedua-duanya tidak menjual produk sendiri, tetapi menjual produk yang dihasilkan oleh orang lain. Inilah sebabnya mereka boleh memulakan bisnes dengan modal minima atau tiada langsung kerana semuanya telah diuruskan oleh pengasas produk, mereka hanya perlu promosikan produk kepada orang ramai.

Persoalan seterusnya, mana satu yang lebih bagus? Macam mana nak pilih?

Jom kita lihat 5 perbezaan utama antara ejen dan dropship.

PERBEZAAN #1 – PENDAFTARAN

Sebagai permulaan, untuk mendaftar sebagai ejen, anda perlu membayar yuran pendaftaran dalam lingkungan puluhan hingga ratusan ringgit di mana anda akan mendapat ‘starter kit’ seperti produk dalam kuantiti tertentu dan bahan promosi untuk memulakan jualan.

Manakala bagi dropship pula, selalunya tiada yuran pedaftaran dikenakan tetapi ada juga pengasas produk yang masih mengenakan yuran pendaftaran yang rendah RM20-RM50 sebagai tanda komitmen.

PERBEZAAN #2 – STOK

Selain daripada membayar yuran pendaftaran, ejen perlu membeli stok daripada HQ sebelum boleh mula menjual. Ada sesetengah HQ mewajibkan belian stok minimum yang ejen perlu buat pada setiap bulan. Kegagalan untuk mencapai belian minimum ini boleh menyebabkan ejen disingkirkan daripada senarai ejen.

Berbeza dengan ejen, dropshipper tidak perlu keluarkan modal untuk membeli stok daripada HQ, tidak perlu simpan dan urus stok sendiri. Dropshipper boleh terus mula menjual dan hanya perlu rujuk HQ untuk status stok semasa produk.

PERBEZAAN #3 – PENGHANTARAN

Ejen perlu uruskan sendiri penghantaran produk kepada pelanggan. Dari ambil tempahan, terima bayaran sampailah kepada pembungkusan dan penghantaran, semuanya ejen uruskan sendiri.

Dropshipper hanya perlu ambil tempahan daripada pelanggan, beri butiran tempahan kepada HQ dan HQ akan uruskan penghantaran produk kepada pelanggan.

PERBEZAAN #4 – KEUNTUNGAN

Biasanya margin keuntungan ejen adalah sekitar 40%-50%, adakalanya boleh mencecah sehingga 60%-70%, bergantung kepada ‘pricing structure’ yang dibuat oleh pihak HQ.

Komisen daripada jualan dropship pula adalah pada sekitar 10%-20%. Walaupun nampak sedikit, tetapi ianya berpatutan dengan kerja-kerja dropshipper yang hanya berperanan seperti ‘promoter’.

PERBEZAAN #5 – RISIKO

Walaupun keuntungan menjual sebagai ejen adalah lebih tinggi berbanding secara dropship, namun risiko sebagai ejen juga adalah lebih tinggi kerana ejen perlu menyimpan stok serta menguruskan tempahan dan penghantaran sendiri kepada pelanggan. Ejen berdepan  dengan risiko produk tidak terjual, penghantaran yang lambat, pelanggan yang tidak puas hati dan bermacam-macam lagi risiko lain.

Kesimpulannya, anda tidak perlu hasilkan produk sendiri untuk mula buat bisnes online. Anda boleh bermula dengan menjual produk orang lain. Antara ejen dan dropship, sukar untuk dinyatakan yang mana satu lebih baik kerana ia bergantung kepada apa yang anda mampu beri komitmen sama ada dari segi modal atau cara kerja. Pilihan di tangan anda.