fbpx
Cara Gunakan Editor Baru Untuk Tulis Deskripsi Produk Dalam Ordersini

Cara Gunakan Editor Baru Untuk Tulis Deskripsi Produk Dalam Ordersini

Perubahan kali ni merupakan perubahan kecil, tetapi ianya membawa impak besar kepada pengguna Ordersini.

Sejak 2016, Ordersini menggunakan editor lama yang kurang fungsi. Ada beberapa fungsi penting tidak wujud dalam editor lama dan ianya menyukarkan pengguna untuk hasilkan deskripsi produk yang menarik.

Selepas lesen editor lama expired, maka kami bertukar kepada editor yang baharu dan popular iaitu CKEditor5 dengan User Interface yang lebih simplified serta mudah digunakan. Yang lebih penting, editor baharu mempunyai pelbagai fungsi untuk jadikan deskripsi produk lebih cantik.

Walaubagaimanapun, perubahan ini memberi impak besar kepada pengguna sedia ada Ordersini kerana semua description product yang dibuat sebelum ini telah menjadi default (standard text).

Anda perlu edit semula description product menggunakan editor baharu.

CKeditor5 ialah editor standard yang digunakan diseluruh dunia, jadi ini ialah kali pertama & terakhir pihak Ordersini membuat pertukaran editor.

Ini ialah tutorial yang anda boleh lihat untuk fahamkan sedikit mengenai fungsi editor baru:

 

Goodluck!

Kini Semua Orang Mampu Guna Sistem Pengurusan Bisnes Ordersini Tanpa Bayaran Bulanan

Kini Semua Orang Mampu Guna Sistem Pengurusan Bisnes Ordersini Tanpa Bayaran Bulanan

Hi guys!

Kami baru sahaja release pakej baru dalam Ordersini dikenali sebagai Pay Per Transaction (PPT)

Pakej ni memudahkan peniaga online gunakan sistem tanpa bayar bulanan, tetapi anda hanya perlu bayar apa yang anda guna. Setiap transaksi yang berlaku dalam sistem melalui pakej ini, anda akan dikenakan caj RM2 untuk handling & bank fee.

Tak kira berapa harga produk anda, hanya Rm2 akan dikenakan (FPX sahaja). Anda jual produk Rm3000 pun, anda hanya dikenakan caj Rm2 sahaja.

** Nanti kami akan masukkan payment method credit & debit card serta ewallet.

Settlement akan dibuat selepas pembeli sahkan penerimaan barang yang mereka beli. Ianya akan menyukarkan penjual tetapi kami juga harus menjaga keselamatan pembeli (buyer security) supaya tidak ditipu oleh penjual yang tidak bertanggungjawab.

Flow mudah dalam pakej ini ialah:
  1. Penjual masukkan produk
  2. Pembeli buat pembelian
  3. Penjual hantar produk
  4. Pembeli kena sahkan penerimaan produk
  5. Penjual terima duit (settlement)
Siapa yang sesuai gunakan pakej ini?

Ada beberapa golongan yang sesuai nak gunakan pakej pay per transaction ni.

  1. Peniaga yang baru bermula & belum mampu nak bayar bulanan
  2. Peniaga yang ada kurang 10 produk untuk dijual setiap bulan
  3. Peniaga yang nak guna sistem sekali sahaja bagi satu transaksi jual beli sahaja
  4. Peniaga yang dah mantap tetapi masih tak mahu bayar bulanan
  5. Peniaga yang tak mahu setup / urus payment gateway sendiri
Apa yang tak ada dalam pakej PPT?

Pakej PPT ialah pakej bayaran mengikut transaksi, oleh itu ada beberapa feature disembunyikan untuk kegunaan penjual seperti berikut:

  1. Auto approved order – payment yang dibuat oleh pembeli sememangnya sudah berjaya dan diterima oleh pihak Ordersini, tetapi anda tidak boleh buat auto approve dalam sistem. Anda perlu check setiap order & tukar status secara manual.
  2. OS Rotator – link rotator ini hanya diaktifkan di pakej AdvanceOS sahaja buat masa ini. Bagi pengguna pakej PPT, anda tidak ada sistem rotator.
  3. Free Product – Anda tidak boleh beri produk secara percuma kerana anda akan dikenakan caj Rm2 bagi setiap transaksi. Pemberian produk percuma tidak boleh dimasukkan kerana tiada transaksi akan berlaku di sistem.
  4. Dropship system – Buat masa ni hanya sistem affiliate sahaja yang dibuka dalam Pakej PPT. Sistem dropship tidak dibuka buat masa ini untuk pengguna PPT.

 

PENTING !

Anda perlu ingat bahawa bayaran settlement yang dibuat ke akaun penjual akan mengambil masa beberapa hari. Sila baca dan fahamkan setiap fasal dalam Term Of Service di pakej PPT. Anda perlu fahamkan semuanya terlebih dahulu sebelum mula subscribe pakej PPT.

Sebarang cadangan & aduan boleh diberikan terus dalam menu feedback di dashboard anda.  Kami mendengar feedback anda dan bertindak mengikut kesesuaian.

Jika anda nak ubah cara pakej PPT ini dijalankan , sila berikan cadangan anda di sana.

Berikut ialah video tutorial cara subscribe pakej PPT dalam Ordersini.

 

 

Jangan lupa share dengan kawan lain!

Mekanisma URL Terbaru Ordersini Untuk Elak Kena Banned Di Social Media

Mekanisma URL Terbaru Ordersini Untuk Elak Kena Banned Di Social Media

LINK BARU UNTUK PENGGUNA ORDERSINI
 
Baru-baru ni link produk kena banned dengan facebook & ianya sangat menganggu pengguna Ordersini. Jadi kami dah kenalpasti punca dan sudah pun selesaikannya.
 
So apa yang baru dalam sistem Ordersini kali ni (februari 2020) ?
 
1. SUBDOMAIN
Kami dah ubah mekanisma link setiap seller mengikut subdomain masing-masing. Jika subdomain anda masih keluar angka ID, sila tukar di profile setting.
 
Subdomain hanya boleh diubah sekali sahaja dan tidak boleh ditukar. Sila pilih subdomain anda sebaiknya.
 
2. UNBLOCKED LINK
Link baru dah okay dan jika ada lagi produk yang melanggar community standard facebook, maka seller tersebut sahaja yang akan terjejas.
 
Seller lain tidak akan terjejas kerana berbeza subdomain.
 
3. NEW LINK SHORTENER
Kami dah setup 1 site baru khas untuk kegunaan para affiliate,dropship & os rotator di Ordersini bagi memendekkan link.
 
Sistem ni juga boleh digunakan untuk setup whatsapp anda ye.
 
Boleh daftar akaun percuma di osini.co
 
WHAT’S NEXT?
 
Sekarang kami sedang membangunkan sistem PPT (Pay Per Transaction) untuk kegunaan seller public. Dijangka boleh mula digunakan pertengahan Mac 2020.
 
Ios apps juga sedang dibangunkan. Dijangka boleh guna ios apps pada hujung February 2020.
 
Goodluck guys!