fbpx

Strategi Letak Harga Yang Betul

STRATEGI LETAK HARGA YANG BETUL

Dalam sesuatu perniagaan, meletakkan harga yang tepat bagi sesuatu barang yang dijual sangatlah penting. Ia memerlukan beberapa strategi dan peniaga perlulah membuat banyak kajian dan melihat daripada pelbagai sudut.

Beberapa perkara juga perlulah dipertimbangkan. Antaranya ialah dari sudut ikut harga pasaran semasa barang tersebut. Pastikan harga yang kita letakkan tidak terlampau tinggi daripada harga yang ada di pasaran. Kena buat perbandingan harga dengan peniaga yang lain dan keuntungan yang bakal diperolehi.

Oleh itu, strategi yang betul perlulah digunakan agar perniagaan yang dijalankan dapat berjalan dengan baik. Buat bisnes bukan sahaja fokus untuk memperoleh keuntungan tetapi untuk bantu menyelesaikan masalah banyak pihak.

 

Ada pelbagai jenis teknik untuk letakkan harga sesuatu barang.Tetapi, untuk perkongsian kali ini saya akan fokuskan kepada 3 jenis teknik utama yang seharursnya anda pelajari.

 

Pertama sekali adalah strategi premium pricing.

Di bawah strategi ini, peniaga akan meletakkan harga yang paling maksimum iaitu harga yang paling tinggi kepada produk mereka. Jika difikirkan secara logik, sekiranya peniaga meletakkan harga yang tinggi kepada produk mereka, kemungkinan yang akan berlaku ialah tiada siapa yang akan membeli produk mereka.

Namun, dalam menjalankan strategi ini, sebenarnya banyak kebaikan yang bakal diperolehi oleh peniaga. Antaranya ialah, sekiranya peniaga meletakkan harga yang paling tinggi pada sesuatu produk, ia akan memberikan tanggapan kualiti yang bagus dan tinggi.

Apabila pembeli melihat sesuatu produk itu dengan harga yang tinggi, pastinya mereka mempunyai tanggapan bahawa ia pastinya produk yang berkualiti tinggi dan sangat eksklusif.Inia akan menjadikan lebih mudah untuk kita jual dengan pada segmen audience yang betul-betul ada duit.

Tambahan pula, Ia juga akan menjadikan sesuatu produk itu sebagai satu produk yang hanya mampu dimiliki oleh sesetengah orang sahaja dan pastinya ramai pembeli yang akan berebut untuk membeli produk ini kerana mereka tidak mahu ketinggalan.

Part paling best dengan menggunakan teknik ini, margin keuntungan juga akan menjadi besar dan peniaga dapat memperoleh keuntungan yang lebih tinggi.

Melalui cara ini, peniaga bukan sahaja memperoleh keuntungan yang banyak tetapi juga dapat memuaskan hati pelanggan.

Namun, peniaga harus beringat bahawa strategi ini memerlukan mereka untuk memastikan kualiti barang mereka sentiasa terjaga.

Contoh produk yang menggunakan premium pricing yang dapat dilihat adalah seperti Sketchers yang menjual kasut dengan harga yang tinggi tetapi masih digilai ramai. Kedai kasut terkenal ini sangat jarang bagi diskaun pada kasut yang dijual melainkan pada jualan hujung tahun

 

Strategi yang kedua ialah strategi penetration pricing.

Penetration pricing ialah apabila peniaga meletakkan harga yang rendah pada awal pengeluaran produk tetapi akan menaikkan harga produk tersebut dari semasa ke semasa.

Strategi ini juga merupakan salah satu strategi yang baik bagi menarik ramai pelanggan untuk menggunakan produk dan perkhidmatan mereka. Jika sesuatu produk itu diletakkan dengan harga yang rendah, pasti dapat menarik ramai pelanggan untuk membeli dan menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh peniaga.

Apabila sudah ada ramai pelanggan, kemudian peniaga akan menaikkan harga barang tersebut dari semasa ke semasa. Namun, peniaga harus bijak memilih waktu yang sesuai untuk menaikkan harga barang mereka.

Harga yang dinaikkan tidak boleh secara mendadak dan perlulah sedikit demi sedikit apabila telah mendapat pelanggan yang ramai.

Melalui cara ini, pelanggan yang sedia ada tidak akan rasa terbeban dan akan terus menggunakan perkhidmatan ataupun sesuatu produk itu.

Antara produk ataupun perkhidmatan yang dapat dilihat menggunakan strategi ini ialah perkhidmatan siaran TV dari pihak Astro. Jika dulu kita boleh langgan pelbagai siaran rancangan pada kadar harga yang sangat murah.

Tetapi, sekarang harganya agak mahal dan tidak berbaloi untuk dilanggan.Hal ini juga disebabkan pelanggan mula ada pilihan lain seperti siaran berbayar lain seperti Netflix,Viu dan sebagainya pada kadar harga yang jauh lebih murah.

 

Strategi yang ketiga ialah strategi economy pricing

Strategi ini merupakan strategi yang paling popular dan diminati oleh kalangan usahawan. Hal ini kerana, peniaga yang menggunakan strategi ini akan meletakkan harga yang rendah terhadap produk dan perkhidmatan.

Tujuan menggunakan strategi ini ialah bertujuan untuk menarik pelanggan untuk membeli produk mereka dan menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan.

Strategi mudah ini mampu menarik ramai orang kerana harganya yang mampu milik. Peniaga menggunakan strategi ini juga bertujuan untuk bersaing dengan peniaga peniaga yang lain dengan menawarkan harga yang lebih murah berbanding syarikat dan produk yang lain.

Namun, keburukan menggunakan strategi ini ialah peniaga haruslah bijak dalam mengawal kos pemasaran dan kos untuk menghasilkan sesuatu produk. Tersilap percaturan harga boleh menyebabkan peniaga tidak mendapat sebarang untung akibat harga yang terlampau murah.

Satu perkara yang harus dititikberatkan oleh peniaga yang menggunakan strategi ini ialah mereka harus pastikan produk dan perkhidmatan mereka menawarkan kualiti yang baik supaya agar pelanggan tidak memandang rendah untuk menggunakan produk dan perkhidmatan mereka lagi.

Antara syarikat yang menggunakan strategi ini ialah syarikat AirAsia dimana mereka menawarkan harga penerbangan yang rendah dan mampu milik. Pekara ini dapt diihat melalui tagline mereka iaitu, ‘Now everyone can fly’, dimana harga penerbangan yang murah namun tidak dapat dinafikan juga, mereka turut menjaga kualiti perkhidmatan mereka.

Disebabkan itulah, dapat dilihat syarikat AirAsia masih mampu menawarkan harga-harga yang rendah dan menarik ramai pelanggan memilih perkhidmatan mereka.

 

Strategi yang keempat ialah strategi price skimming.

Strategi price skimming ini ialah apabila peniaga meletakkan harga yang tinggi terhadap produk mereka di awal pelancaran mereka dan kemudian akan menurunkan harga produk tersebut sedikit demi sedikit.

Antara sebab peniaga meletakkan yang tinggi di awal kelancaran adalah kerana produk tersebut mempunyai keunikannya yang tersendiri dan mempunyai persaingan yang hebat di awal pelancaran dan kebiasaannya ditunggu-tunggu oleh pembeli.

Contoh strategi ini digunakan ialah pada produk telefon pintar. Pengeluaran telefon pintar berevolusi dan sangat ditunggu-tunggu pengeluarannya terutama syarikat telefon pintar yang popular seperti produk Apple.

Apabila keluar sahaja iklan daripada Apple untuk mengeluarkan IPhone 11, ramai orang sudah bersedia untuk memiliki telefon tersebut. Namun dari semasa ke semasa, Iphone tersebut akan turun harga dari semasa ke semasa namun keuntungan yang maksimum sudah pun diperolehi oleh peniaga di awal pengeluarannya.

 

Kesimpulannya, peniaga yang ingin memulakan perniagaan mereka ataupun peniaga yang sudahpun mempunyai perniagaan mereka, harus sentiasa membuat kajian dan haruslah bijak dalam memilih strategi yang betul untuk meletakkan harga pada barang mereka.

Mereka yang berniaga harus pastikan produk mereka terjual dengan laku dan mereka mampu memperoleh keuntungan yang besar.

Selain itu, mereka jua perlu memastikan produk mereka mempunyai kualiti yang bagus agar dapat bersaing dengan peniaga yang lain. Orang bisnes haruslah bijak mengatur langkah strategi perniagaan mereka kerana setiap pembeli mempunyai cirinya yang tersendiri.Tugas peniaga adalah untuk mencari dan menyelesaikan masalah pelanggan dengan produk yang ditawarkan oleh mereka.

 

By Iffat Salleh

CEO & Founder Ordersini.com , certified digital marketer for Direct Response Copywriting, Email marketing & Paid Ads Funneling.

Related Articles

Pakej Lifetime Ordersini Akan Ditutup Selamanya

Pakej Lifetime Ordersini Akan Ditutup Selamanya

Dengan kapasiti 35 orang pengguna pakej lifetime sejak dari tahun 2016, maka bulan mac 2023 akan menjadi tarikh akhir pakej ini dibuka kepada umum. Kenapa pakej lifetime akan ditutup? Sebab kami rugi jika ramai guna pakej lifetime Server bayar bulanan Kos email bayar...

read more
Setup Custom Domain Dalam Ordersini

Setup Custom Domain Dalam Ordersini

Sekarang pengguna Ordersini dah boleh gunakan domain sendiri untuk menjual produk melalui sistem Ordersini   ✅ Tukar logo ✅ Upload banner ✅ Masukkan custom domain   Sempoi, semua nampak macam kedai sendiri dah.   -- UNTUK SIAPA?   Buat masa ni custom domain hanya...

read more
Sendparcel Dah Ada Dalam Ordersini!

Sendparcel Dah Ada Dalam Ordersini!

Akhirnya kami dah berjaya masukkan Sendparcel ke dalam Ordersini. Sendparcel by Poslaju mendapat permintaan yang tinggi dari pengguna, maka kami masukkan ke dalam sistem untuk membantu pengguna membuat pengeposan dengan lebih mudah. Boleh layan tutorial di sini...

read more

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Shares

Aik, Takkan Baca Je?

Jom share artikel ni supaya lebih ramai orang tahu :D

Shares