fbpx
7 Cara Peniaga Terima Bayaran Selain Duit Tunai

7 Cara Peniaga Terima Bayaran Selain Duit Tunai

Apa cara anda terima bayaran untuk bisnes anda?

Adakah anda masih mengamalkan ‘cash only’ dalam semua transaksi bisnes anda?

Pembayaran secara cash atau tunai adalah cara yang telah sekian lama digunakan. Walaupun kini sudah ada banyak cara lain untuk membuat pembayaran, ia masih lagi menjadi pilihan utama bagi ramai peniaga untuk menerima bayaran daripada pelanggan.

Sebelum kita bincangkan cara-cara lain itu, jom kita kupas sedikit kelebihan dan kekurangan bayaran cara ‘cash only’ ini.

Dengan menetapkan bayaran hanya secara tunai, 100% hasil jualan diterima oleh peniaga, tiada caj bayaran kepada orang tengah atau penyedia servis, peniaga juga mendapat terus duit jualan semasa urusniaga berlaku.

Walaubagaimanapun, menerima bayaran secara tunai ini ada risikonya. Antaranya ialah:

  1. Risiko duit hilang kerana tersalah letak, tercicir, dicuri atau dirompak.
  2. RIsiko penipuan duit palsu, biasanya duit kertas not besar
  3. Risko dapat duit kertas yang koyak menyebabkan duit kertas itu tidak laku

Selain daripada itu, peniaga perlu sediakan duit kecil dan duit syiling untuk bayaran baki. Kutipan duit jualan juga perlu dibawa ke bank untuk dimasukkan ke dalam akaun.

Mungkin kita rasa selesa dengan cara ‘cash only’ kerana sebab-sebab yang disebut di atas, tetapi kita kena ingat, duit adalah angka yang boleh diterima dalam pelbagai bentuk, bukan hanya duit kertas dan syiling.

Baik, sekarang kita bincangkan pula cara-cara lain untuk terima bayaran.

#1 – Cek

Bayaran menggunakan cek ini biasanya lebih banyak dilakukan oleh pemilik syarikat atau individu yang mempunyai akaun semasa. Pastikan anda periksa tarikh yang ditulis di atas cek. Anda mungkin akan mengalami gangguan aliran tunai jika tarikh yang ditulis adalah tarikh masa depan atau post dated cheque kerana cek sebegini hanya boleh ditunaikan pada tarikh yang tertera pada cek.

#2 – Deposit Tunai di CDM

Walaupun agak mengejutkan, masih ada pelanggan yang menggunakan cara konvensional iaitu pergi ke mesin deposit tunai (CDM) untuk membuat bayaran. Sebab utama yang sering dijawab apabila ditanya ialah mereka tidak ada online banking jadi terpaksa mencari CDM setiap kali mahu membuat pembayaran.

#3 – Online Transfer

Online transfer di sini merujuk kepada ‘manual online transfer’ di mana pelanggan perlu login ke dalam akaun bank menggunakan browser atau melalui apps untuk buat pembayaran. Selepas itu pelanggan akan memaklumkan kepada peniaga butiran pembayaran berserta bukti. Semenjak caj instant interbank fund transfer sudah tidak dikenakan, semakin ramai yang suka membuat online transfer untuk buat pembayaran.

#4 – Kad Debit/Kredit

Kad debit/kredit adalah cara bayaran yang sangat digemari oleh pelanggan. Bukan saja mudah digunakan, pelanggan juga akan mendapat manfaat-manfaat daripada penggunaan kad debit/kredit seperti mata ganjaran (points), pulangan tunai (cashback) dan diskaun. Bagi jumlah yang besar, pengguna juga boleh memilih skim bayaran ansuran (installment).

Walaupun ia adalah cara yang digemari ramai, tidak semua peniaga mahu atau mampu menerima bayaran melaui kad debit/kredit kerana peniaga perlu membayar caj transaksi daripada penyedia servis.

#5 – QR Pay

Ini adalah cara yang semakin mendapat sambutan daripada orang ramai. QR Pay adalah cara bayaran menggunakan kamera smartphone atau aplikasi QR code scanner. Ia mudah digunakan, hanya perlu ada smartphone dengan fungsi kamera atau aplikasi QR code scanner dan sambungan internet.

Contoh QR Pay: Maybank QRPAY.

#6 – E-Wallet

Selain daripada QR Pay, e-Wallet juga adalah trend pembayaran masa kini yang kian popular. Konsepnya sama dengan QR Pay iaitu berbelanja secara tanpa kad dan tanpa tunai (cardless and cashless). Pengguna hanya perlu buka aplikasi dalam smartphone untuk membuat bayaran.

Contoh e-Wallet: Boost, Touch n Go, Wechat Pay, Grab Pay, Setel dll.

#7 – Payment Gateway

Payment gateway atau gerbang pembayaran lebih popular di kalangan peniaga online yang mempunyai website jenis ecommerce. Payment gateway bertindak sebagai orang tengah yang menyediakan servis memproses dan menerima pelbagai jenis bayaran. Ia menjadi penghubung antara 3 pihak iaitu peniaga, pelanggan dan pihak bank.

Kebanyakan payment gateway menerima pelbagai jenis online banking dan kad debit/kredit serta boleh diintegrasi dengan banyak jenis website.

Contoh payment gateway di Malaysia: Billplz, SenangPay, toyyibpay, MOLPay, iPay88, Stripes, Paypal dll.

Begitulah serba ringkas 7 cara terima bayaran selain duit tunai.

Sebagai pengusaha bisnes atau peniaga, mempelbagaikan cara untuk terima bayaran serta memudahkan pelanggan membuat bayaran adalah amat penting kepada kelangsungan bisnes. Semoga perkongsian ini dapat memberi perspektif yang lebih luas kepada peniaga untuk keluar daripada zon selesa “kami terima cash sahaja”.

Risiko Bisnes Online Di Media Sosial

Risiko Bisnes Online Di Media Sosial

Anda buat bisnes online? Di manakah ‘kedai online’ anda? Di Facebook? Instagram?

Jika anda jawab ‘ya’ untuk semua soalan di atas, anda wajib baca apa yang kami akan kongsikan kepada anda.

Sudah menjadi kebiasaan bagi mereka yang mahu menceburkan diri dalam bisnes online untuk memulakan langkah pertama mereka dengan membuka ‘kedai online’ di media sosial seperti Facebook dan Instagram.

Ramai yang berjaya menjana pendapatan lumayan dengan cara ini. Malahan ada yang menjadi jutawan hanya dengan bergantung sepenuhnya dengan bisnes di media sosial. Walaubagaimanapun, kaedah ini terdedah kepada satu risiko besar dan tidak ramai yang menyedarinya.

Apakah risiko besar itu?

Akaun media sosial bukan milik mutlak pengguna akaun. Semuanya tertakluk kepada terma dan syarat pemilik platform media sosial.

Contohnya seperti Facebook. Anda boleh gunakan Facebook sepenuhnya untuk pasarkan produk dan servis anda, anda boleh buat iklan dengan copywriting yang power, disertai dengan gambar yang menarik perhatian atau video yang kreatif tetapi jika anda didapati melanggar polisi, atau pihak Facebook merasakan anda ada melanggar polisi, mereka boleh memadam posting anda atau menggantung akaun anda atau kedua-duanya sekali tanpa perlu persetujuan daripada anda.

Pernah juga berlaku insiden di mana server Facebook down. Bukan saja Facebook, malahan semua laman web dan perisian di bawah Facebook seperti Instargram dan WhatsApp turut terkesan. Bila berlaku insiden seperti ini, mereka yang bergantung 100% kepada Facebook dan platform lain yang dimiliki Facebook, akan mengalami gangguan bisnes.

Waktu inilah ramai akan berpusu-pusu untuk bina website untuk menggantikan ‘kedai online’ mereka di Facebook, Instagram dan platform media sosial lain. Pemilik bisnes yang menggunakan ‘sales team’ untuk buat closing di WhatsApp juga mula mempertimbangkan untuk menggantikan ‘sales team’ kepada website ecommerce di mana semuanya berlaku secara automatik di website.

Namun, umum maklum kos untuk membina website adalah tinggi, apatah lagi website jenis ecommerce yang kosnya boleh mencecah belasan ribu ringgit.

“Saya tahu website ini sangat penting untuk bisnes online tapi saya tak ada bajet untuk buat. Lagipun bisnes saya ini masih baru, saya perlu agihkan bajet untuk buat marketing. Tak ada website, bisnes masih boleh jalan tapi kalau tak buat marketing, macam mana nak dapat sales? Tak ada sales, tak adalah pendapatan.”

Ramai yang mengadu mereka bukan tidak faham kepentingan website, mereka sedar risiko kebergantungan sepenuhnya terhadap platform media sosial seperti Facebook tetapi mereka punya kekangan dari segi modal.

Anda juga dalam situasi yang sama? Teruskan membaca.

Benar kata pengadu di atas, tanpa marketing maka tiadalah sales. Apabila kita membuat marketing atau pemasaran, kita sebenarnya sedang buat kerja-kerja memanggil pelanggan.

Antara elemen yang paling penting sekali dalam marketing adalah ‘surat jualan’. 

Surat jualan merupakan satu medium perantara antara kita dan prospek atau pelanggan kita. Ia adalah seumpama jurujual atau wakil perniagaan kita.

Bezanya, surat jualan adalah dalam bentuk bertulis dan menggunakan seni penulisan surat bagi melakukan jualan bagi pihak kita. Konsep asasnya sama seperti tugas seorang jurujual. Jika kita faham apa yang cuba dipromosikan oleh seorang jurujual, maka kita akan faham dengan ‘selling pitch’ di dalam surat jualan.

Apa kaitan surat jualan dengan website?

Jika selama ini anda membuat banyak posting di Facebook atau Instagram, anda karang ayat iklan untuk meyakinkan orang membeli produk anda, anda sebenarnya sudah pun membuat surat jualan.

Ingat risiko besar yang kami sebut tadi?

Surat jualan anda di media sosial terdedah dengan risiko tersbut.

Jadi apa pilihan yang ada jika anda tiada bajet untuk buat website tapi perlu ada website?

Ordersini adalah alternatif terbaik untuk situasi anda. Kini anda boleh buat surat jualan secara percuma menggunakan Ordersini dan hanya akan dikenakan caj jika berlaku transaksi jualan. Anda juga sudah tidak perlu mengambil tempahan dan bayaran serta update tracking number secara manual kepada pelanggan anda. Semuanya automatik dengan Ordersini.

Setiap masalah ada penyelesaiannya. Ordersini adalah solusi terbaik untuk mereka yang punya kekangan kewangan untuk membina website. Binalah ‘kedai online’ anda dengan Ordersini hari ni.

4 Idea Bisnes Modal Rendah Tanpa Perlu Keluar Dari Rumah

4 Idea Bisnes Modal Rendah Tanpa Perlu Keluar Dari Rumah

Tutup kedai. Duduk di rumah. Tidak boleh berniaga seperti biasa.

Pertama kali dalam sejarah, Malaysia menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan atau singkatannya PKP (Movement Control Order) berkuatkuasa mulai 18 Mac 2020 hingga 31 Mac 2020 bagi mengekang penularan wabak COVID-19. Objektif utama PKP ini dilaksanakan adalah untuk mengurangkan pergerakan orang ramai dan memastikan penjarakan sosial (social distancing) dapat dilakukan.

Ramai yang terpaksa menutup premis perniagaan dan menghentikan operasi buat sementara waktu untuk mematuhi arahan PKP ini. Keadaan ini sedikit sebanyak telah menjejaskan pendapatan sebilangan besar rakyat Malaysia.

“Macam mana kami nak teruskan kehidupan seharian?”

Begitulah luahan sedih daripada para peniaga yang terkesan dengan PKP.

Adakah anda juga turut terkesan dengan keadaan ini?

Apa yang kita boleh lakukan untuk jana pendapatan apabila kita dikerah untuk duduk di rumah, hanya boleh keluar untuk urusan penting saja?

Dalam kesulitan pasti ada jalan keluar. Artikel kali ini kami mahu kongsikan kepada anda idea bisnes yang anda boleh buat tanpa keluar dari rumah, sangat sesuai untuk situasi PKP sekarang.

 

#1 – Buat Kelas Online

Anda ada kemahiran? Pandai memasak? Pandai menjahit? Pakar dalam sesuatu bidang? Inilah masa yang sesuai untuk anda buat kelas online dari rumah. Modal? Tiada. Hanya guna apa yang sudah ada dengan anda. Jika ada sekalipun, kosnya rendah.

Apa yang anda perlukan?

  1. Smartphone (Ini wajib!)
  2. Komputer/Laptop*
  3. Peralatan berkaitan dengan kemahiran
  4. Alat bantu mengajar seperti whiteboard, marker dll*

Nota *:
Bagus jika ada tapi jika tiada tidak mengapa.

Macam mana nak buat kelas online?

  1. Buat FB group, beri akses kepada peserta, buat FB live atau muat naik video rakaman di dalam FB group.
  2. Buat Whatsapp group, masukkan ahli ke dalam group, kongsi video rakaman kelas di dalam Whatsapp group.

Anda juga boleh sediakan nota kepada peserta kelas online anda. Nota boleh dibuat dengan menggunakan smartphone atau lebih mudah jika guna komputer atau laptop.

 

#2 – Jadi Tutor Online

Tutor online ini lebih kurang sama konsepnya dengan kelas online. Bezanya, tutor online ini dibuat secara 1-to-1, tumpuan diberikan kepada satu pelajar saja melalui video call terus daripada smartphone atau menggunakan perisian seperti Skype, Zoom dan Google Hangout.

Contoh tutor online seperti belajar mengaji Al-Quran, kelas tambahan sekolah rendah/menengah, belajar bahasa dan macam-macam lagi.

 

#3 – Buat & Jual Ebook

Anda juga boleh bukukan kemahiran atau kepakaran anda menjadi ebook. Buat panduan step-by-step, tutorial bergambar, nota dan buku kerja.. Cara paling mudah membuat ebook adalah dengan menulis di Microsoft Word kemudian tukar format fail doc atau docx kepada format pdf.

Cara ini sesuai untuk mereka yang kurang gemar menonjolkan diri di media sosial, rasa kekok rakam video sendiri atau malu buat FB live.

 

#4 – Buat Servis Social Media Manager

Dalam sehari, berapa lama anda luangkan masa melayari media sosial? 1 jam? 2 jam? 6 jam? Sepanjang hari? Jika anda peruntukkan masa yang lama untuk media sosial, apa kata anda manfaatkan masa itu untuk jana pendapatan?

Tahukah anda ada satu ‘kerjaya online’ yang dipanggil sebagai Social Media Manager? Tugas seorang Social Media Manager adalah menguruskan segala yang berkaitan dengan media sosial sesebuah syarikat, organisasi atau individu. Anda hanya perlu mahir selok belok media sosial dan sudah boleh mula tawarkan servis anda.

 

Ada banyak lagi idea bisnes lain yang anda boleh buat tanpa perlu keluar dari rumah. 4 contoh di atas adalah antara yang paling mudah untuk dibuat. Anda boleh buat keempat-empat idea bisnes ini hanya dengan menggunakan smartphone, jadi modalnya kosong atau minima.

Tidak dinafikan jika diuruskan secara manual terutamanya idea bisnes 1 hingga 3, ianya agak renyah. Cara yang lebih efisien menguruskan pendaftaran peserta kelas/tutor online atau menjual produk digital seperti ebook adalah dengan membuat laman web (website) tetapi kosnya tinggi. Ia bercanggahan dengan objektif kita mahu mencari solusi yang tidak perlukan modal besar dalam keadaan PKP sekarang.

Di sinilah Ordersini dapat membantu anda. Dengan Ordersini, anda boleh menerima tempahan dan menguruskan perniagaan online anda dengan sistem yang mudah digunakan. Harganya juga sangat berpatutan. Anda boleh klik sini untuk melihat fungsi-fungsi Ordersini.

Anda dapat sesuatu daripada artikel ini? Kongsikan dengan lebih ramai orang di luar sana, semoga mereka dapat cetusan idea untuk jana pendapatan dari rumah.

6 Tips Penting Bekerja Dari Rumah Untuk Lebih Produktif

6 Tips Penting Bekerja Dari Rumah Untuk Lebih Produktif

Bermula pada 18 Mac 2020, arahan bekerja dari rumah kepada pekerja di sektor awam dan swasta telah dilaksanakan selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan COVID-19. Pemilik premis perniagaan kategori bukan keperluan utama juga rata-ratanya mengambil langkah yang sama untuk memastikan kelangsungan perniagaan masing-masing.

Bagi mereka yang sudah biasa dengan rutin kerja harian di pejabat pastinya akan terasa janggal dan tertanya-tanya bagaimana untuk menyiapkan tugasan apabila diminta untuk bekerja dari rumah. Mungkin anda perlukan sedikit masa untuk menyesuaikan diri dengan rutin kerja yang baru ini.

Berikut kami kongsikan 6 tips bekerja dari rumah untuk mereka yang pertama kali melalui pengalaman ini.

 

#1 – Jadual Bekerja

Sebelum PKP diumumkan, sudah tentu pihak pengurusan di tempat anda bekerja telah pun menyediakan senarai dan garis masa kerja untuk disiapkan di pejabat. Namun, apabila anda dikerah untuk bekerja dari rumah, dengan ketiadaan bos untuk menyelia, tanpa rakan kerja di sebelah untuk mengingatkan, anda mungkin tergoda untuk culas bekerja. Demi memudahkan anda fokus, buat jadual dan tetapkan garis waktu bekerja yang jelas, sama seperti anda bekerja di pejabat untuk mengimbangkan kerja dan waktu rehat. Pastikan anda ikut jadual tersebut.

#2 – Gangguan Bekerja

Passtinya akan ada banyak gangguan yang bakal menyukarkan fokus anda semasa bekerja di rumah. Anak-anak kecil yang mahukan perhatian, si kucing comel yang ingin bermanja, rancangan televisyen, lambakan filem dan drama dalam talian, sofa dan katil yang empuk lagi selesa, media sosial yang melekakan dan bermacam-macam lagi gangguan lain.

Anda harus kenalpasti semua gangguan yang bakal menyukarkan anda supaya anda boleh fokus dengan tugasan yang anda sepatutnya siapkan.

#3 – Kawal dan Urus Gangguan

Setelah anda kenalpasti gangguan-gangguan yang boleh mencabar kerja anda, anda perlu fikirkan cara untuk asingkan diri anda daripada gangguan-gangguan tersebut.

Contohnya jika anda mempunyai anak-anak kecil, sediakan tempat untuk mereka bermain, rancang aktiviti yang menyeronokkan untuk mereka supaya mereka tidak mengganggu anda. Kurung kucing belaan anda sepanjang waktu anda bekerja. Tutup dan cabut kabel TV, ‘uninstall’ perisian seperti Netflix jika perlu.

Beritahu rakan-rakan dan keluarga tentang waktu bekerja anda, dan minta supaya mereka tidak menghubungi anda pada waktu tersebut. Jika anda serius tentang kerja anda, orang lain juga akan buat perkara yang sama.

#4 – Pengurusan Kerja

Salah satu perbezaan utama bekerja di rumah, yang juga merupakan kerisauan utama para majikan apabila terpaksa mengarahkan pekerja untuk bekerja di rumah ialah pemantaun dan penyeliaan kerja. Masalah ini boleh diselesaikan dengan menggunakan perisian pengurusan kerja dan pasukan seperti Trello, Slack, Google Tasks dan banyak lagi.

#5 – Komunikasi

Pekerjaan adalah sebuah usaha berpasukan, bekerja dari rumah bukan alasan untuk mengabaikan hubungan komunikasi bersama majikan dan rakan kerja anda. Gunakan telefon atau pesanan ringkas kepada rakan kerja sama seperti anda berada di sebelah mereka. Buat ‘group Whatsapp’ jika perlu. Perisian komunikasi seperti Skype, Google Hangout dan Zoom juga boleh digunakan untuk mengadakan mensyuarat dalam talian.

#6 – Disiplin

Bekerja dari rumah memerlukan disiplin kerja yang tinggi. Ia adalah elemen paling penting untuk memastikan bekerja di rumah menjadi sukses dan produktif. Seteliti mana pun jadual anda, sebagus mana pun rancangan anda, jika tiada disiplin, bekerja di rumah akan menjadi sangat sukar.

Memulakan rutin pejabat di rumah sememangnya mencabar tetapi tidak mustahil untuk dibuat. Malahan jika dilaksanakan dengan betul, langkah bekerja dari rumah boleh memberi banyak manfaat kepada para majikan.

Senarai Perkhidmatan Pos, Kurier dan Penghantaran Barang di Malaysia

Senarai Perkhidmatan Pos, Kurier dan Penghantaran Barang di Malaysia

Bila sebut saja perkhidmatan pos, kurier dan penghantaran barang, pastinya Poslaju adalah perkhidmatan kurier yang paling dikenali ramai. Walaupun begitu, ia bukanlah sesuatu yang di luar jangkaan kerana Poslaju adalah anak syarikat kepada Pos Malaysia.

Sebenarnya ada banyak syarikat lain yang turut menjalankan perkhidmatan pos, kurier dan penghantaran barang di Malaysia. Antaranya seperti Airpak Express, City-Link Express, GD Express, J&T Express, Skynet dan bermacam-macam lagi.

Susulan penularan COVID-19 di negara kita, banyak perniagaan terutama yang mempunyai kedai fizikal terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada sidang akkbar 16 Mac 2020.

Jika sebelum ini anda sebagai pemilik perniagaan bergantung sepenuhnya kepada walk-in customer, inilah masanya anda mempertimbangkan untuk menggunakan khidmat penghantaran daripada syarikat kurier dan juga runner (sama ada syarikat atau persendirian).

Di sini kami senaraikan perkhidmatan pos, kurier dan penghantaran barang yang ada di Malysia pada ketika ini. Senarai ini akan kami kemaskini dari semasa ke semasa.

ABX Express
Website: http://www.abxexpress.com.my/

Airpak Express
Website: https://www.airpak-express.com/

Aramex
Website: https://www.aramex.com/

Asiaxpress
Website: http://www.asiaxpress.net.my/

Bungkusit
Website: https://bungkusit.com.my/

City-Link Express
Website:
http://www.citylinkexpress.com/

CJ Century
Website: https://www.cjcentury.com/

DeliverLah
Website: http://www.deliverlah.my/

DHL Express
Website: https://www.logistics.dhl/my-en/home.html

GD Express
Website: https://www.gdexpress.com/malaysia/home/

GetRunner
Website: https://getrunner.my/v2/

GrabExpress
Website: https://www.grab.com/my/express/

GoGet
Website: https://goget.my/

J&T Express
Website: https://www.jtexpress.my/

Karhoo Express
Website: https://karhooexpress.my/

Lalamove
Website: https://www.lalamove.com/malaysia/kualalumpur/en/home

Lazada eLogistics (LEL)
Website: https://tracker.lel.asia/

Line Clear Express & Logistic
Website: https://lineclearexpress.com/my/

M Xpress
Website: https://www.mxpress2u.com/

MatDespatch
Website: https://matdespatch.com/my/

MayExpress
Website: http://www.mayexpress.com/

MrSpeedy
Website: https://mrspeedy.my/

NationWide Express
Website: http://www.nationwide2u.com/

Ninja Van
Website: https://www.ninjavan.co/en-my

Pgeon
Website: https://www.pgeon.delivery/

Poslaju

Website: https://www.poslaju.com.my/

SF Express
Website: http://www.sf-express.com/my/en/

Skynet
Website: http://www.skynet.com.my/

TA-Q-BIN
Website:  http://my.ta-q-bin.com/v2/

Berikut pula adalah laman web yang menawarkan perkhidmatan pos, kurier dan penghantaran barang berkonsepkan one-stop center, menggabungkan beberapa syarikat kurier di bawah satu bumbung.

EasyParcel
Website: https://easyparcel.com/my/

Delyva
Website: https://delyva.com/my/

Shippop
Website: https://www.shippop.my/

Kami harap senarai ini dapat menjadi panduan kepada anda untuk memilih perkhidmatan penghantaran yang bersesuaian dengan keperluan dan bajet perniagaan anda.