fbpx

6 Tips Penting Bekerja Dari Rumah Untuk Lebih Produktif

March 20, 2020

Bermula pada 18 Mac 2020, arahan bekerja dari rumah kepada pekerja di sektor awam dan swasta telah dilaksanakan selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan COVID-19. Pemilik premis perniagaan kategori bukan keperluan utama juga rata-ratanya mengambil langkah yang sama untuk memastikan kelangsungan perniagaan masing-masing.

Bagi mereka yang sudah biasa dengan rutin kerja harian di pejabat pastinya akan terasa janggal dan tertanya-tanya bagaimana untuk menyiapkan tugasan apabila diminta untuk bekerja dari rumah. Mungkin anda perlukan sedikit masa untuk menyesuaikan diri dengan rutin kerja yang baru ini.

Berikut kami kongsikan 6 tips bekerja dari rumah untuk mereka yang pertama kali melalui pengalaman ini.

 

#1 – Jadual Bekerja

Sebelum PKP diumumkan, sudah tentu pihak pengurusan di tempat anda bekerja telah pun menyediakan senarai dan garis masa kerja untuk disiapkan di pejabat. Namun, apabila anda dikerah untuk bekerja dari rumah, dengan ketiadaan bos untuk menyelia, tanpa rakan kerja di sebelah untuk mengingatkan, anda mungkin tergoda untuk culas bekerja. Demi memudahkan anda fokus, buat jadual dan tetapkan garis waktu bekerja yang jelas, sama seperti anda bekerja di pejabat untuk mengimbangkan kerja dan waktu rehat. Pastikan anda ikut jadual tersebut.

#2 – Gangguan Bekerja

Passtinya akan ada banyak gangguan yang bakal menyukarkan fokus anda semasa bekerja di rumah. Anak-anak kecil yang mahukan perhatian, si kucing comel yang ingin bermanja, rancangan televisyen, lambakan filem dan drama dalam talian, sofa dan katil yang empuk lagi selesa, media sosial yang melekakan dan bermacam-macam lagi gangguan lain.

Anda harus kenalpasti semua gangguan yang bakal menyukarkan anda supaya anda boleh fokus dengan tugasan yang anda sepatutnya siapkan.

#3 – Kawal dan Urus Gangguan

Setelah anda kenalpasti gangguan-gangguan yang boleh mencabar kerja anda, anda perlu fikirkan cara untuk asingkan diri anda daripada gangguan-gangguan tersebut.

Contohnya jika anda mempunyai anak-anak kecil, sediakan tempat untuk mereka bermain, rancang aktiviti yang menyeronokkan untuk mereka supaya mereka tidak mengganggu anda. Kurung kucing belaan anda sepanjang waktu anda bekerja. Tutup dan cabut kabel TV, ‘uninstall’ perisian seperti Netflix jika perlu.

Beritahu rakan-rakan dan keluarga tentang waktu bekerja anda, dan minta supaya mereka tidak menghubungi anda pada waktu tersebut. Jika anda serius tentang kerja anda, orang lain juga akan buat perkara yang sama.

#4 – Pengurusan Kerja

Salah satu perbezaan utama bekerja di rumah, yang juga merupakan kerisauan utama para majikan apabila terpaksa mengarahkan pekerja untuk bekerja di rumah ialah pemantaun dan penyeliaan kerja. Masalah ini boleh diselesaikan dengan menggunakan perisian pengurusan kerja dan pasukan seperti Trello, Slack, Google Tasks dan banyak lagi.

#5 – Komunikasi

Pekerjaan adalah sebuah usaha berpasukan, bekerja dari rumah bukan alasan untuk mengabaikan hubungan komunikasi bersama majikan dan rakan kerja anda. Gunakan telefon atau pesanan ringkas kepada rakan kerja sama seperti anda berada di sebelah mereka. Buat ‘group Whatsapp’ jika perlu. Perisian komunikasi seperti Skype, Google Hangout dan Zoom juga boleh digunakan untuk mengadakan mensyuarat dalam talian.

#6 – Disiplin

Bekerja dari rumah memerlukan disiplin kerja yang tinggi. Ia adalah elemen paling penting untuk memastikan bekerja di rumah menjadi sukses dan produktif. Seteliti mana pun jadual anda, sebagus mana pun rancangan anda, jika tiada disiplin, bekerja di rumah akan menjadi sangat sukar.

Memulakan rutin pejabat di rumah sememangnya mencabar tetapi tidak mustahil untuk dibuat. Malahan jika dilaksanakan dengan betul, langkah bekerja dari rumah boleh memberi banyak manfaat kepada para majikan.

By AJ Joseph

AJ is an engineer by qualification, a digital marketer as profession. She enjoys creating content for blogs and social media.

Related Articles

Pakej Lifetime Ordersini Akan Ditutup Selamanya

Pakej Lifetime Ordersini Akan Ditutup Selamanya

Dengan kapasiti 35 orang pengguna pakej lifetime sejak dari tahun 2016, maka bulan mac 2023 akan menjadi tarikh akhir pakej ini dibuka kepada umum. Kenapa pakej lifetime akan ditutup? Sebab kami rugi jika ramai guna pakej lifetime Server bayar bulanan Kos email bayar...

read more
Setup Custom Domain Dalam Ordersini

Setup Custom Domain Dalam Ordersini

Sekarang pengguna Ordersini dah boleh gunakan domain sendiri untuk menjual produk melalui sistem Ordersini   ✅ Tukar logo ✅ Upload banner ✅ Masukkan custom domain   Sempoi, semua nampak macam kedai sendiri dah.   -- UNTUK SIAPA?   Buat masa ni custom domain hanya...

read more
Sendparcel Dah Ada Dalam Ordersini!

Sendparcel Dah Ada Dalam Ordersini!

Akhirnya kami dah berjaya masukkan Sendparcel ke dalam Ordersini. Sendparcel by Poslaju mendapat permintaan yang tinggi dari pengguna, maka kami masukkan ke dalam sistem untuk membantu pengguna membuat pengeposan dengan lebih mudah. Boleh layan tutorial di sini...

read more

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Shares

Aik, Takkan Baca Je?

Jom share artikel ni supaya lebih ramai orang tahu :D

Shares