fbpx

Cara Terima Bayaran Secara Online Tanpa Website Sendiri

October 08, 2018

Adakah anda seorang peniaga yang perlukan solusi cara terima bayaran online? Jika Ya, kami yakin OrderSini pasti dapat bantu anda. Kami akan kongsikan cara terima bayaran online yang paling mudah dalam abad ini. Pelanggan kita sudah yakin dan percaya dengan sistem belian secara online. Dan masalah bagi kebanyakkan peniaga adalah mereka tidak tahu cara untuk onlinekan perniagaan sedia ada yang beroperasi dari kedai fizikal.

Masalah Kebanyakkan Peniaga Kecil

Bagi kebanyakkan peniaga kecil, anda pasti berdepan dengan masalah hendak terima bayaran secara online, kerana biasanya anda juga perlukan website untuk menjual. Jadi solusi paling mudah bagi para penjual adalah dengan melakukan kerja close sale melalui Whatsapp.

Ini adalah apa yang berlaku sekarang. Sebenarnya anda boleh automasikan proses close sale dengan mudahkan pelanggan buat bayaran sepantas kilat, dari dalam telefon mereka sahaja dengan menggunakan borang pesanan OrderSini, tanpa website.

Apakah Ordersini.com?

OrderSini.com menyediakan khidmat menyediakan borang tempahan atau borang belian secara online. Ianya telah digunakan oleh ramai peniaga untuk terima bayaran secara online. Malah salah satu fungsi Ordersini (OS) yang “Killer” adalah integrasi dengan sistem bayaran Billplz. Billplz ini pula hampir sama dengan OrderSini, tetapi Billplz hanya fokus untuk bayaran online menggunakan telefon bimbit.

Ini menyebabkan jualan menjadi lebih laju kerana pelanggan sekarang sudah “mobile”. Jika kaedah pembayaran online secara tradisional, seperti cash deposit dan online transfer; perkara ini perlu dilakukan secara manual.

Contoh dibawah adalah proses yang perlu dilalui pembeli dengan bayaran manual

  • Pelanggan kena buka new window dalam browser untuk login ke online banking
  • Kemudian pelanggan klik pada menu Transfer
  • Kemudian pelanggan kena pilih jenis transfer dan masukkan no akaun penjual
  • Jika berlainan bank kena tulis nama penjual untuk pengesahan
  • Kemudian kena review detail bayaran
  • Kemudian kena request TAC untuk verifikasi transaksi
  • Lepas bayaran disahkan, anda kena save resit bayaran
  • Lepas tu anda kena kembali ke laman jualan dan isikan borang belian
  • Kena upload resit belian
  • Klik Hantar Pesanan

Ada 10 step yang perlu anda lalui untuk terima bayaran online secara manual. Jika pelanggan ingin membeli, mereka terpaksa gunakan komputer kerana guna telefon, ia satu kerja yang remeh.

Billplz hilangkan masalah diatas dengan singkatkan proses seperti dibawah.

  • Anda perlu isi borang tempahan terlebih dahulu dan pilih cara belian melalui Billplz, Klik submit
  • Anda akan dibawa ke laman Billplz. Masukkan nama, email dan pilih online banking anda
  • Anda akan dibawa ke login page online banking dan review belian
  • Anda request TAC/MSOS Code seperti biasa, lepas bayar anda akan dibawa semula ke laman Pengesahan Belian di Billplz.

Ya, dengan menggunakan Billpiz dan OrderSini, hanya 4 step diperlukan untuk pelanggan melakukan bayaran. Paling best, pelanggan tidak perlu buka site lain, ia automatik berhubung dengan setiap website dari Borang Belian OrderSini ke Billplz ke Online Banking. Kemudian setelah selesai bayaran ia redirect ke Billplz order confirmation page. Pelanggan seterusnya perlu semak email mereka. Kini cara terima bayaran online anda sudah menjadi mudah.

Selain terima bayaran menggunakan Billplz, anda masih boleh sediakan cara bayaran tradisional seperti yang ditunjukkan diatas. Bagi pengguna online banking, apabila adanya fungsi seperti Billplz didalam website anda, biasanya jualan mudah berlaku kerana ia lebih cepat dan menjimatkan masa.

Cara Terima Bayaran Online Dan Offline Dengan Ordersini

Anda juga boleh sediakan cara bayaran “ATM Transfer Atau Cash Deposit” yang mana, pelanggan yang tiada online banking, masih boleh berurusan dan buat belian di menggunakan borang tempahan sahaja. Kelebihannya, anda dapat Track Jualan yang berlaku walaupun pelanggan bayar secara offline banking.

Diatas merupakan contoh sebenar, bahagian Seller Dashboard yang memaparkan transaksi jualan dengan menggunakan borang tempahan belian OrderSini. Ini sememangnya cara terima bayaran online yang sebenar dan terkini.

Jika anda perhatikan pada gambar diatas, dari no 2 hingga no 7 adalah produk yang sama. Tetapi seller telah pelbagaikan borang bayaran mengikut conversion. Sebagai contoh, mereka yang datang membeli dari website, borang jualannya dinamakan sebagai “Front”, manakala pelanggan yang membeli melalui email follow up dinamakan borang belian sebagai “Kandungan”.

Isi didalam borang adalah sama, tetapi nama borang berbeza. Dan ini digunakan untuk track, channel mana yang paling banyak menghasilkan jualan. Sekarang anda lihat pula menu bayaran. Ini merupakan akaun sebenar milik penulis sendiri yang berniaga online service. Hampir 80% pembeli service yang saya tawarkan, dibeli menggunakan billplz. Ini menunjukkan yang pelanggan suka cara ini yang mudahkan mereka membeli. Dan pihak penjual pula dengan mudah menerima bayaran tanpa tertangguh.

Borang Belian OrderSini Mudahkan Conversion

OrderSini merupakan cara terima bayaran online yang efisyen. Ini kerana jika semasa pelanggan mempunyai halangan semasa sedang mood ingin membeli, pelanggan mungkin akan terlupa beli. Kerana halangan tersebut mungkin memerlukan mereka login ke komputer. Dengan penyelesaian yang dibawakan oleh OrderSini, anda dengan mudah mendapat jualan cepat kerana fungsi Billplz didalam OrderSini tidak ada halangan kenapa pelanggan perlu bertangguh.

Jom Baca Lagi : Cara Buka Akaun Ordersini
Jom Baca Lagi : OrderSini Gergasi Marketplace Dropship Malaysia

Jika anda masih mencari kaedah sebenar cara terima bayaran online, anda sudahpun berada di tempat yang betul. Didalam OrderSini, terdapat ramai advertiser yang menggunakan khidmat kami sehingga akhirnya kami wujudkan marketplace tempat semua penjual dan ejen dropship berkumpul. Didalam Affiliate Dan Dropship Marketplace para ejen boleh mengakses produk yang anda jual. Jangan lupa baca lagi artikel – artikel kami supaya anda lebih jelas tentang kelebihan yang ditawarkan oleh OrderSini dalam menyelesaikan masalah cara terima bayaran online yang cepat dan berkesan.

 

By Iffat Salleh

CEO & Founder Ordersini.com , certified digital marketer for Direct Response Copywriting, Email marketing & Paid Ads Funneling.

Related Articles

Pakej Lifetime Ordersini Akan Ditutup Selamanya

Pakej Lifetime Ordersini Akan Ditutup Selamanya

Dengan kapasiti 35 orang pengguna pakej lifetime sejak dari tahun 2016, maka bulan mac 2023 akan menjadi tarikh akhir pakej ini dibuka kepada umum. Kenapa pakej lifetime akan ditutup? Sebab kami rugi jika ramai guna pakej lifetime Server bayar bulanan Kos email bayar...

read more
Setup Custom Domain Dalam Ordersini

Setup Custom Domain Dalam Ordersini

Sekarang pengguna Ordersini dah boleh gunakan domain sendiri untuk menjual produk melalui sistem Ordersini   ✅ Tukar logo ✅ Upload banner ✅ Masukkan custom domain   Sempoi, semua nampak macam kedai sendiri dah.   -- UNTUK SIAPA?   Buat masa ni custom domain hanya...

read more
Sendparcel Dah Ada Dalam Ordersini!

Sendparcel Dah Ada Dalam Ordersini!

Akhirnya kami dah berjaya masukkan Sendparcel ke dalam Ordersini. Sendparcel by Poslaju mendapat permintaan yang tinggi dari pengguna, maka kami masukkan ke dalam sistem untuk membantu pengguna membuat pengeposan dengan lebih mudah. Boleh layan tutorial di sini...

read more

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Shares

Aik, Takkan Baca Je?

Jom share artikel ni supaya lebih ramai orang tahu :D

Shares