fbpx

Bisnes Online sering dikaitkan dengan perniagaan atas talian. Akan tetapi hakikat sebenar bisnes online di Malaysia adalah berkaitan banyak jenis perniagaan online yang ada sebenarnya. Ramai orang mempunyai salah tanggap tentang bisnes online di Malaysia. Penulis Blog Ordersini akan bantu anda para pembaca untuk memahami dengan lebih mendalam tentang bisnes online dari rumah yang boleh anda lakukan.

Anda Bisnes Online Jual Apa?

Bila disebut bisnes sahaja, mesti kena jual ye? Hahaha, itulah pandangan masyarakat kita tentang perniagaan secara online. Apabila masuk kepada istilah berniaga online, sebenarnya ia tidak semestinya dikaitkan dengan perniagaan. Sebenarnya istilah “bisnes online” ini merujuk kepada kerja – kerja online dan tidak terhad kepada istilah berniaga.

Terdapat banyak jenis bisnes online, namun saya akan senaraikan 5 jenis perkara yang dikaitkan dengan bisnes online.

  1. Ambil upah buat website
  2. Kerja menulis blog dan artikel
  3. Khidmat jaga social media
  4. Berniaga produk
  5. Video Reviewer

Sememangnya terdapat banyak perkara yang anda boleh lakukan apabila anda menggunakan internet sebagai media untuk memasarkan bisnes atau perkhidmatan anda. Anda tidak semestinya menjadi seorang peniaga baru boleh di katakan buat bisnes online. Apa sahaja kerja online yang anda lakukan, akan di istilahkan sebagai bisnes online.

Jom Lihat Senarai 5 Bisnes Online Pilhan Blog OrderSIni

Blog OrderSini kupaskan serba sedikit tentang kelebihan dan cara buat duit bagi setiap bisnes online yang kami senaraikan diatas. Diharap anda akan lebih jelas tentang konsep bisnes online ini.

Ambil Upah Buat Website

Ini adalah bisnes online yang berikan pulangan dan hasil lumayan. Jika anda masih baru, memang banyak perkara yang perlu anda ambil tahu untuk belajar cara membuat website. Kebanyakkan web developer pro yang admin kenal mengenakan caj sekitar RM5,000 bagi sebuah website yang pelanggan tempah.

Jika anda masih baru, anda boleh memulakan service pasang blog yang mana kosnya lebih murah dan memberi pulangan yang tinggi. Terdapat kos untuk mengadakan sebuah blog. Perkara terpenting mestilah nama domain dan juga website hosting. Kosnya adalah sekitar RM150 setahun dan ia dikira berasingan.

Untuk pembinaan blog pula, anda tidak perlu rasa terbeban untuk mengadakan website yang canggih sekiranya anda tiada kretiviti untuk melakukan design. Perkara yang anda perlu lakukan hanyalah menyediakan 4 muka surat wajib seperti

  • Homepage
  • Product & Services
  • Privacy Policy
  • Contact Us

Untuk 4 page blog, 1 gambar header, anda boleh caj pelanggan sekitar RM400. Jika termasuk nama domain dan hosting, itu sudah RM550 bagi sebuah blog. Bagi blog biasanya pelanggan yang perlu update content didalamnya. Namun jika mereka meminta anda sediakan artikel, anda boleh dapat sekitar RM100 bagi sebuah artikel. Dan jika anda tidak tahu menulis, anda boleh minta orang lain membuatkan artikel untuk pelanggan anda.

Ini baru cerita tentang service bina blog, belum masuk kepada service bina kedai online (RM1000 minima), jadikan blog sebuah website dengan fully design (tambahan RM1500 minima). Memang banyak sekali perkara yang boleh anda dapat apabila membuat model bisnes online sebagai Website Designer.

Ambil Upah Menulis Blog

Ini satu lagi bentuk kerja online yang memberikan hasil lumayan kepada penulis sendiri. Sebagai seorang penulis blog, saya mengenakan antara RM70 ke RM200 bagi sebuah artikel. Semua ini bergantung kepada keperluan pelanggan yang mahukan artikel yang bagaimana. Ada artikel yang ditulis, tidak mempunyai fokus untuk ranking. Kerja penulisan seperti ini biasanya untuk majalah dan bahan bercetak.

Akan tetapi jika menulis untuk blog, ia mempunyai fokus pada sesuatu keyword yang hendak di target pelanggan. Jika pelanggan menjual produk sakit lutut, maka saya akan tuliskan artikel yang fokus kepada keyword sakit lutut, yang mana artikel ini boleh ranking ke muka pertama Google. Pelanggan yang berblog, target pelanggannya adalah dari Google. Ini juga bentuk bisnes online yang saya lakukan dengan menyediakan khidmat menulis artikel untuk blog pelanggan.

Khidmat Menjaga Social Media

Ini kerja yang besar tanggungjawabnya. Namun upah yang diterima adalah lebih besar dari sekadar menulis di blog. Jika di social media pula, pelanggan anda datang dari social media seperti Facebook, Twitter, Youtube dan Instagram. Sebenarnya ada banyak lagi social media diluar sana. Namun ini yang paling popular di Malaysia.

Secara amnya dengan menjadi tukang jaga Facebook Business Page client, anda kena pastikan setiap pertanyaan dijawab dan anda juga perlu menulis atau update social media pelanggan. Tujuannya supaya page milik client sentiasa aktif. Bayaran untuk menjadi seorang Social Media Specialist adalah sekitar RM300 seminggu hingga RM500 seminggu.

Berniaga Produk Orang Lain

Ini salah satu bisnes kerana menggunakan istilah berniaga. Secara amnya anda berbisnes online, tetapi barang yang anda niagakan itu bukan milik anda sendiri. Sebaliknya ia mungkin milik kilang atau pemborong. Program Dropship juga merupakan salah satu contoh kerja berniaga produk orang lain. Anda tiada produk di tangan tetapi boleh memulakan bisnes dengan membuat promosi terlebih dahulu.

Bila ada pelanggan nak beli, anda terima bayaran dahulu. Selepas itu bila duit dah dapat, anda bank in kepada company dropship yang menjual produk tersebut bersama nama dan alamat pembeli. Untung anda simpan dan syarikat dropship tersebut akan menghantar produk bagi pihak anda.

Baca Disini : ApakahProgram Dropship Malaysia Dari Ordersini

Bisnes Online Dengan Video Produk Review

Ada banyak jenis bisnes online yang anda boleh usahakan dengan telefon berkelas tinggi yang anda miliki. Sebagai contoh anda membuat produk review untuk orang lain. Atau mungkin juga anda melakukan produk review secara suka rela sehingga ada yang minta bayarkan.

Contohnya anda boleh review tempat makan yang menarik dan viralkannya di Facebook. Ini sebagai permulaan sahaja. Apabila anda sudah mempunyai pengikut, anda boleh saja tawarkan service video review tempat makan bagi advertiser yang berminat. Harga bagi review tempat makan adalah sekitar RM1500 sehingga RM5000.

Bayangkan sehari anda dapat job review 2-3 tempat makan. Dahlah dapat makan semua yang sedap-sedap, dibayar pulak lagi.. Ini adalah kelebihan konsep bisnes online. Walaupun konsep bisnes online di Malaysia telah mula difahami oleh golongan berusia, namun ada masanya golongan muda malu nak cerita lebih terutama jika mereka berniaga sesuatu yang sukar nak difahamkan. Jadi cara lebih mudah dengan cakap buat bisnes online jelah..