fbpx

Dropship Malaysia Marketplace – Pusat Segala Dropship

October 01, 2018

Cari Program Dropship Malaysia? Ordersini.com merupakan tempat dimana semua company dropship malaysia dikumpulkan. Anda tidak harus terlepas menggunakan Ordersini sebagai One Stop Center bagi Dropship Marketplace yang menghimpunkan banyak sekali peniaga online, syarikat dropship malaysia dan juga para ejen dropship yang mencari pendapatan sambilan.

Apakah Program Dropship Malaysia?

Bagi yang masih buntu dan tidak faham tentang apakah program dropship ini, saya akan huraikan serba sedikit.

Program Dropship Malaysia biasanya melibatkan 3 pihak.

  1. Syarikat Dropship
  2. Anda (Peniaga)
  3. Pelanggan

Dalam situasi biasa, pihak syarikat pengeluar produk perlu melantik “orang tengah” untuk memasarkan produk mereka. Pengeluar produk terpaksa set harga rendah supaya orang tengah boleh mendapat untung. Dalam situasi biasa ia melibatkan 4 entiti atau lebih, contohnya boleh dilihat seperti berikut:

  1. Syarikat Pengeluar/Pengilang
  2. Vendor (orang tengah)
  3. Peniaga Borong
  4. Peniaga Runcit
  5. Pelanggan

Apa yang berlaku disini, untung pengeluar produk terpaksa dikurangkan dan untung bagi level kedua sehingga keempat, adalah kecil. Kedua bisnes seperti ini hanya di monopoli oleh syarikat berstatus Jerung. Kita ikan – ikan kecil tak dapat peluang berniaga bagi mencari pendapatan sampingan.

Jika di luar negara, program seperti Dropship Malaysia ini sudah lama ujud bagi mengekang dominasi syarikat besar. Melaluinya orang biasa yang mempunyai sedikit modal pun boleh memulakan perniagaan atas talian.

Dari sinilah idea program dropship malaysia ini tercipta. Ia di wujudkan supaya pemilik syarikat kecil – kecilan tempatan dapat memasarkan produk mereka kepada ejen – ejen dropship yang kehausan punca pendapatan. Ejen Dropship Malaysia di Ordersini sentiasa mengintai peluang kerja sama dengan anda.

Ordersini Marketplace Dropship Malaysia

Ordersini pada asalnya adalah sistem menerima bayaran online. Masalah bagi kebanyakkan pemilik perniagaan, mereka tidak mempunyai website untuk melakukan urusan jual beli. Mereka terpaksa menyediakan laman web yang bernilai ribuan ringgit. Bagi peniaga kecil – kecilan, tentu sekali ianya diluar kemampuan.

Oleh sebab itu Ordersini diujudkan bagi membolehkan anda, para peniaga dapat membuat borang belian online besarta detail produk. Apabila ada ramai penjual, ordersini buka pula fungsi marketplace bagi Dropship Malaysia dan Affiliate Malaysia..Dari sini, sesiapa saja yang berminat untuk promosikan produk yang anda jual, boleh secara mudah mendapatkan ejen yang berminat untuk tolong promosi produk anda.

Maka ordersini menjadi tempat pertembungan antara Ejen Affiliate dan Ejen Dropship yang mencari peluang untuk promosikan sesuatu produk, lantas berjumpa dengan Peniaga Online seperti anda. Anda ada produk, dan perlukan ejen jualan.

Marketplace Dropship Malaysia di Ordersini telah membuka lembaran baru untuk peniaga dan ejen dropship untuk berkerja sama. Namun jika anda mahu privatekan borang anda, fungsi beri komisyen kepada ejen anda boleh di matikan. Dengan cara ini, ejen affiliate dan dropship tidak akan dapat melihat borang anda dan ia tidak disenaraikan di Marketplace Dropship Malaysia Ordersini.

Ini bersesuaian jika anda berniaga menggunakan Facebook dan Whatsapp. Apabila pelanggan mahu membeli, anda cuma serahkan “Link Belian” yang mengandungi detail seperti gambar diatas. Kadang-kala produk yang anda jual, untungnya kecil sahaja. Jadi tidak sesuai diberikan komisyen. Jadi dengan privatekan borang anda, secara mudah anda boleh simpan semua untung jualan.

Masa Depan Bisnes Dropship Malaysia

Bagi rakyat Malaysia yang bercita – cita ingin berniaga tanpa website, anda tidak perlu tunggu lagi kerana masa depan bisnes dropship di malaysia bermula SEKARANG! Anda boleh pilih untuk jadi ejen dropship dan ejen affiliate serentak. Atau anda boleh jadi penjual yang hauskan pelanggan. Sementara para ejen promosi Ordersini akan menjadi sahabat baik anda.

Jom Semak : Cara Daftar Ordersini Untuk Ejen Dropship, Affiliate Dan Peniaga

Bagi yang berminat untuk mengetahui pakej yang kami tawarkan, serta cara mendaftar Ordersini, pastikan anda semak pada link diatas. Marketplace Ordersini adalah Pusat Dropship Malaysia!

By Iffat Salleh

CEO & Founder Ordersini.com , certified digital marketer for Direct Response Copywriting, Email marketing & Paid Ads Funneling.

Related Articles

Pakej Lifetime Ordersini Akan Ditutup Selamanya

Pakej Lifetime Ordersini Akan Ditutup Selamanya

Dengan kapasiti 35 orang pengguna pakej lifetime sejak dari tahun 2016, maka bulan mac 2023 akan menjadi tarikh akhir pakej ini dibuka kepada umum. Kenapa pakej lifetime akan ditutup? Sebab kami rugi jika ramai guna pakej lifetime Server bayar bulanan Kos email bayar...

read more
Setup Custom Domain Dalam Ordersini

Setup Custom Domain Dalam Ordersini

Sekarang pengguna Ordersini dah boleh gunakan domain sendiri untuk menjual produk melalui sistem Ordersini   ✅ Tukar logo ✅ Upload banner ✅ Masukkan custom domain   Sempoi, semua nampak macam kedai sendiri dah.   -- UNTUK SIAPA?   Buat masa ni custom domain hanya...

read more
Sendparcel Dah Ada Dalam Ordersini!

Sendparcel Dah Ada Dalam Ordersini!

Akhirnya kami dah berjaya masukkan Sendparcel ke dalam Ordersini. Sendparcel by Poslaju mendapat permintaan yang tinggi dari pengguna, maka kami masukkan ke dalam sistem untuk membantu pengguna membuat pengeposan dengan lebih mudah. Boleh layan tutorial di sini...

read more

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Shares

Aik, Takkan Baca Je?

Jom share artikel ni supaya lebih ramai orang tahu :D

Shares