Selepas sekian lama Ordersini bertapak dalam industri, kini kami mengumumkan kerjasama bersama penyedia servis penghantaran produk (shipment & fulfillment), MyParcelAsia
MyParcelAsia menjadi orang tengah yang akan menguruskan jadual pengambilan bungkusan anda dari rumah. Anda hanya perlu create shipment & syarikat kurier akan datang ke rumah anda mengambil parcel untuk dihantar kepada pelanggan.
Dengan adanya integrasi MyParcelAsia dalam Ordersini, pengguna Ordersini boleh menggunakan fungsi MyParcelAsia dengan hanya 1 klik sahaja. Sangat mudah dan lebih menjimatkan masa.
Berikut ialah langkah demi langkah untuk lakukan integrasi & penggunaan MyParcelAsia dalam Ordersini.
#1 Buka menu Account Setting > Shipment Integration
Kemudian pilih MyParcelAsia
Anda perlu masukkan api key & secret key yang digenerate dalam sistem MyParcelAsia.
#2 Masuk ke dalam sistem MyParcelAsia, kemudian klik menu Integration > Api Docs
#3 Skrol ke bawah sehingga jumpa section Authentication. Klik kepada ‘create new’
#4 Tulis ‘ordersini’ pada label & tekan submit untuk generate api key.
#5 Ambil API KEY & SECRET KEY yang diberikan dalam sistem MyParcelAsia
#6 Paste keys yang diberikan ke dalam Ordersini dan klik update.
#7 Pergi kepada menu Product setting > Order List
Setiap produk fizikal yang anda jual, akan keluar button MyParcelAsia di column Actions. Butang ini akan keluar dengan 2 syarat:
a) Produk mesti required address (untuk tujuan shipping)
b) Produk mesti enable shipping & saiz dimensi produk
Jika ada kedua-dua syarat ini, maka order tersebut akan mempunyai butang MyParcelAsia.
#8 Pilih provider & order untuk create shipment
Anda boleh pilih tarikh untuk buat penghantaran dan buat pilihan courier yang anda mahu berdasarkan pilihan yang diberi. Pastikan anda sudah topup kredit dalam dasboard MyParcelAsia sebelum gunakan integrasi ini.
#9 Video Tutorial
Untuk lebih mudah faham cara untuk lakukan integrasi ini, anda boleh lihat tutorial di bawah
0 Comments