fbpx
3 Cara Buat Duit Online Dari Rumah Tanpa Modal Besar

3 Cara Buat Duit Online Dari Rumah Tanpa Modal Besar

Anda cari cara buat duit online? Atau anda mungkin sedang intai peluang buat duit online dari rumah yang boleh dilakukan secara sambilan sahaja. Ok mana – mana pun anda, pertama sekali, saya nak ucapkan selamat datang ke Blog OrderSini. Blog kami menghimpunkan teknik dan cara buat duit online yang mudah nak di aplikasikan.

Ada banyak sekali cara buat duit online yang boleh anda cuba. Akan tetapi fokus kami untuk artikel harini ini adalah untuk membantu anda pilih cara buat duit online dari rumah atau dari mana-mana sahaja tanpa modal besar. Memang ada kerja online untuk anda buat duit tanpa modal, namun hal ini sebenarnya akan menyusahkan anda kelak.

3 Cara Buat Duit Online Tanpa Modal Besar

Ya didalam blog ini, penulis akan senaraikan beberapa cara buat duit tanpa modal besar. Jika anda cuba bermula tanpa modal, perkara adalah mustahil. Contohnya jika anda mahu buat duit tanpa modal dengan handphone, itu perlukan modal telefon dan internet. Jadi betul tak saya nyatakan yang anda akan buat duit tanpa modal besar. Dengan kata lain, barang seperti telefon dan internet merupakan modal anda untuk bermula. Sebab kalau orang tiada telefon, kenalah ada telefon dulukan?

Namun didalam teknik buat duit online yang akan saya tunjukkan ini masih memerlukan modal untuk bermula. Contohnya adalah seperti

  • Modal Masa
  • Modal Tenaga
  • Modal Ilmu

3 Modal ini perlu ada seiring untuk anda nak laksanakan sesuatu kerja online. Tanpa salah satu darinya, anda akan kecundang melakukannya tanpa modal wang ringgit. Selain itu, dalam perniagaan internet, perkara asas yang wajib ada adalah

  • Email
  • Blog Berbayar
  • Blog Percuma Tidak Disarankan Sama Sekali

Kos untuk mengadakan blog berbayar adalah sekitar RM150 setahun. Anda akan mendapat web hosting dan juga nama domain yang akan digunakan untuk membina blog, membina landing page, membina review page malah membina kedai online secara percuma seandainya anda berilmu.

Tujuan anda mempunyai blog sendiri, adalah untuk memudahkan proses promosi bagi sesuatu produk yang anda sedang promosikan. Di bawah ini saya tunjukkan contoh, cara buat duit dari rumah tanpa modal besar; dengan menggunakan blog.

Buat Duit Sebagai Ejen Affiliate

Pernah dengar istilah Affiliate?

Ok Affiliate ni adalah istilah yang digunakan oleh pemilik produk digital. Produk digital ni seperti:

  • Video Tutorial
  • Ebook Panduan
  • Software
  • Membership Site
  • Audio Dan MP3

Ini adalah contoh produk digital. Produk yang dijual biasanya bukan produk fizikal. Produk digital tidak boleh di pegang. Produk digital biasanya didapati dengan bentuk Download. Anda boleh download Ebook, Software, Audio Dan MP3 ke telefon atau ke komputer anda. Manakala Video dan Membership site biasanya diberi dalam bentuk akses ke member area.

Dengan mempunyai Blog sendiri, anda dengan mudah boleh berblog tentang produk yang anda promosikan sebagai ejen affiliate. Anda hanya perlu berdaftar Akaun Ordersini untuk mengakses Affiliate Malaysia Marketplace yang menghimpunkan ramai penjual produk digital. Kelebihan ini tidak harus disia-siakan kerana potensi untuk buat duit secara online adalah terbuka luas.

Kelebihan Buat Duit Sebagai Ejen Affiliate

Kelebihan terbesar adalah jumlah komisyen yang besar diberikan kepada ejen affiliate. Jika anda lihat, produk digital ini memerlukan modal sekali sahaja semasa ingin publish produk tersebut. Selepas itu apabila ada orang membeli panduan tersebut, penjual akan serahkan link download. Ya hanya link download dan link ke support group yang akan diterima pelanggan.

Jumlah komisyen yang diberikan adalah sekitar 40% hingga 60% dan jumlah ini adalah tinggi. Katakan anda mempromosikan sebuah ebook berharga RM80 dan seller memberikan 50% komisyen. Ini bermakna, setiap jualan yang anda buat, mampu berikan komisyen jualan sebanyak RM40. Jika sebulan anda refer 10 orang pelanggan, itu sudah RM400 ringgit.

Namun didalam OrderSini Affiliate Marketplace, anda boleh buat duit lebih besar kerana ada banyak produk yang berharga mahal dan memberikan komisyen antara RM100 hingga RM300 bagi satu jualan.

Buat Duit Dengan Program Dropship

Didalam OrderSini, selain mempunyai Affiliate Marketplace, anda juga boleh membuat duit online dengan promosikan produk fizikal iaitu produk – produk yang boleh dipegang. Ia dinamakan Program Dropship Malaysia OrderSini. Ia juga adalah sebuah Marketplace bagi produk dropship.

Terdapat dropship produk kesihatan, kecantikan dan juga dropship baju  yang boleh anda promosikan. Kelebihannya, harga dropship ni, sama maksud dengan “harga ejen“, ini bermakna anda boleh membeli sesuatu produk lebih rendah berbanding harga pasaran. Untuk berniaga sesuatu produk, tips paling baik adalah dengan menggunakan produk tersebut terlebih dahulu.

Selepas itu anda sudah mempunyai testimoni keberkesanan produk. Lebih mudah nak cerita dan review didalam blog anda nanti. Cara buat duit dengan dropship semestinya lebih menarik bagi mereka yang susah nak faham konsep ejen affiliate. Dengan satu login OrderSini, anda boleh sertai kedua – dua program sekaligus.

Kelebihan Cara Buat Duit Dengan Dropship

Kelebihan terbesar bagi anda yang bercadang nak buat duit dengan program dropship tentulah kerana pulangan income. Dengan adanya blog dan fungsi kedai online yang boleh dipasang secara percuma, anda boleh memiliki butik online sendiri sekiranya bercita – cita memiliki bisnes butik. Lagipun sudah ramai usahawan wanita yang mempamerkan rekaan mereka tanpa menggunakan kedai fizikal. Semuanya guna online je.

Buat Duit Dengan Teknik Arbitrage

Ini merupakan satu lagi katogeri baru iaitu menjadi peniaga. Teknik Arbitrage ini merupakan cara anda buat duit seolah berniaga dropship juga, yang mana penjual akan hantarkan produk belian bagi pihak anda. Namun anda tidak mendapat harga ejen, sebaliknya anda beli pada harga yang dipaparkan oleh peniaga, kemudian anda jualkan mahal sedikit dari harga anda beli.

Terpulang kepada anda, sama ada nak letak untung sedikit atau untung banyak kerana itu semua berdasarkan income yang anda mahukan. Teknik buat duit online yang kami kongsikan ini bergantung kepada kesungguhan anda yang mahu keluar dari masalah kewangan. Mencipta pendapatan yang lebih stabil dan kehidupan yang lebih selesa.

Blog Sebagai Hub Buat Duit Online

Dengan adanya blog anda sendiri, anda boleh menulis promosi dan juga memasukkan senarai produk dropship pakaian yang anda join ke sistem kedai online, didalam blog buat duit anda sendiri. Sama seperti ejen affiliate, anda boleh hasilkan review produk yang di promosikan bagi tujuan mendapatkan pendapatan sampingan secara online. Ini adalah cara buat duit yang ternyata berkesan dan hasilkan banyak income.

Jom Semak : 5 Lagi Bisnes Online Yang Boleh Dilakukan Dari Rumah

Jika anda lihat, cara buat duit online ini tidak terhad. Tidak semestinya kena ada modal besar baru boleh bermula. Akan tetapi dengan sedikit modal untuk membina blog dotcom anda sendiri sudah memadai untuk anda mula buat duit online. Dengan adanya blog anda sendiri, anda tiada halangan dan rules yang perlu dipatuhi.

Contohnya situasi bagi pengiklan di Google atau Facebook, anda tidak boleh menjual sembarangan produk. Produk ubat-ubatan contohnya, walaupun mempunyai KKM selalunya tidak lepas untuk iklan di FB. Tetapi dengan adanya blog anda sendiri, perkara ini tiada larangan sama sekali. Dan jika tidak menggunakan iklan, content – content seperti ini masih boleh beredar secara percuma di Facebook dan Google.

Kesimpulan Cara Buat Duit Online

Itu adalah kelebihan apabila anda memiliki blog sendiri untuk tujuan berniaga. Tiada sekatan dan halangan untuk anda buat duit, tapi awas! Jangan cari pasal dengan teknik buat duit online tanpa modal kerana kelak anda akan susah kerana ketiadaan hub untuk mempromosikan produk jualan anda.