fbpx

Manfaat LMS Untuk Bisnes

May 18, 2020

Pada awal bulan ini, Ordersini telah menambah satu fungsi baru untuk membantu pemilik produk digital menjual panduan video secara atas talian dengan lebih mudah. Fungsi yang dimaksudkan ialah LMS.

Penambahan fungsi baru ni mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada pengguna Ordersini terutama pemilik produk digital. Rata-rata memberikan maklumbalas positif dan rasa teruja untuk mencuba fungsi terkini daripada Ordersini.

Apa sebenarnya yang membuatkan mereka ini teruja? Bagaimana LMS berfungsi? Macam mana nak gunakan LMS untuk bisnes anda walaupun anda bukan dalam niche produk digital?

Dalam artikel ini, kami akan kongsikan kepada anda apa itu LMS dan bagaimana ia dapat membantu bisnes anda.

LMS pertama telah dibangunkan oleh Sidney Pressey pada tahun 1924. Ia menyerupai mesin taip yang mempunyai tingkap yang dapat mengajukan soalan jenis MCQ (multiple choice question). Lima tahun kemudian, pencipta M.E. Lazerte membuat silinder masalah.

Selama hampir 100 tahun, LMS banyak berevolusi, penambahbaikan demi penambahbaikan dilalkukan. Pada awalnya LMS hanya digunakan dalam skala kecil, perlahan-lahan ia berkembang menjadi platform pembelajaran digital seperti yang kita lihat pada hari ini.

Susur masa penting evolusi LMS ialah pada dua tahun ini. Pertama, pada tahun 1970, Hewlett-Packard telah memperkenalkan komputer peribadi pertama kepada orang awam. Ini telah membuka jalan kepada e-learning atau pembelajaran elektornik dengan lebih meluas. Yang kedua ialah pada tahun 1982 di mana TCP/IP diperkenalkan, inilah detik lahirnya world wide web, yang telah membolehkan pembelajaran elektronik dibuat secara atas talian.

Pada asasnya, LMS adalah satu sistem pengurusan pembelajaran. Ia dicipta untuk memudahkan proses mengatur, mengurus dan menyampaikan sesuatu topik.

Ciri-ciri utama LMS boleh dihuraikan seperti berikut:

L – Learning (Pembelajaran)

Menyampaikan kursus dan program latihan secara atas talian kepada peserta.

M – Management (Pengurusan)

Mengatur silibus kursus dan program latihan, memantau kemajuan peserta, memeriksa keberkesanan kursus atau latihan.

S – System (Sistem)

Satu perisian untuk memudahkan menguruskan pembelajaran secara digital.

Siapa yang menggunakan LMS?

LMS dapat digunakan untuk semua jenis kegiatan pembelajaran. Sesiapa saja yang terlibat dengan e-learning adalah pengguna LMS.

Contoh pengguna LMS:

Institusi pendidikan tradisional seperti sekolah, kolej, universiti.

Institusi pendidikan secara atas talian seperti Udemy, Teachable, Skillshare, Lynda.

Perniagaan dari industri kecil dan sederhana sehinggalah ke perusahaan multinasional.

Organisasi bukan kerajaan dan bukan berasaskan keuntungan dari koperasi tempatan sehinggalah ke peringkat antarabangsa.

Agensi kerajaan.

Seperti yang disenaraikan di atas, LMS tidak hanya tertumpu kepada institusi pendidikan, ia juga adalah alat yang sangat berguna kepada perusahaan dan organisasi sama ada kecil atau besar.

Kita tidak akan membincangkan penggunaan LMS dalam institusi pendidikan pada kali ni. Fokus artikel ini lebih kepada aplikasi LMS dalam perniagaan berskala kecil.

LMS sangat sinonim dengan produk digital. Seperti yang disebut pada awal artikel ini, pemilik produk digital adalah golongan yang paling teruja dengan fungsi baru LMS dalam sistem Ordersini. Tambahan pula Ordersini tidak mengenakan sebarang caj tambahan selain daripada caj transaksi apabila menggunakan fungsi LMS.

Bagaimana pula dengan mereka yang bukan di dalam niche produk digital? Bagaimana mereka boleh memanfaatkan fungsi LMS ini di dalam perniagaan mereka?

Seringkali apabila topik LMS dibincangkan, ramai yang menganggap ia adalah topik yang berat dan kompleks. Sebenarnya ia tidaklah serumit yang disangka. Ya, ia mungkin rumit, sangat rumit dan memerlukan kos yang tinggi jika anda mahu membina dan menyelenggara sendiri platform LMS untuk perniagaan anda.

Tetapi dengan adanya fungsi LMS di dalam sistem Ordersini, anda tidak perlu peningkan kepala memikirkan soal teknikal dan kos. Anda hanya perlu daftar akaun Ordersini dan sudah boleh mula muat naik video course anda untuk jualan.

Sebelum kita pergi lebih mendalam dalam topik ini, apa kita kita buat sedikit ulangkaji tentang video course terlebih dahulu.

Video course adalah kursus dalam bentuk video. Anda buat rakaman video untuk menjelaskan tentang sesuatu perkara. Anda hasilkan panduan video yang membantu orang menguasai sesuatu kemahiran. Ia sama seperti seorang guru, pensyarah atau tutor sedang mengajar di dalam kelas. Bezanya semua sesi pembelajaran disampaikan melalui video.

Baik, berbalik semula kepada objektif artikel ini, bagaimana anda boleh mengaplikasikan LMS dalam perniagaan anda?

#1 – Proses Onboarding

Adakah anda menggunakan sistem ejen?

Jika ya, anda pasti tahu bagaimana keadaanya semasa menerima ejen-ejen baru. Kekeliruan, pertanyaan tanpa henti, soalan yang sama berulang-kali.. Sebelum mereka boleh mula menjual, mereka perlu terlebih dahulu mendapatkan gambaran umum cara bisnes anda beroperasi, dan lebih penting lagi memahami produk apa yang mereka akan jual. Proses ini dikenali sebagai ‘onboarding’.

Cara konvensional yang biasa digunakan untuk proses obboarding ini ialah melalui WhatsApp group, Telegram group atau Facebook group. Walaupun cara ini nampak mudah dan murah, it gets the job done bak kata mat salleh tetapi ia sbenarnya tidak efisien.

Daripada anda menggajikan admin atau fasilitator untuk menguruskan group onboarding ini 24/7 untuk tempoh yang anda sendiri tidak pasti, adalah lebih baik anda mengupah video editor untuk menukar semua material onboarding kepada video yang menarik dan mudah difahami.

Ejen-ejen baru boleh menonton video-video onboarding ini pada bila-bila masa, berulang-kali, mengikut rentak sendiri, sehingga mereka benar-benar faham.

#2 – Program Latihan (Training)

Apa beza training dan onboarding? Bukankah sama sahaja?

Kedua-duanya bertujuan untuk memberi maklumat kepada ejen, untuk melatih ejen. Proses onboarding khusus untuk mengalu-alukan kemasukan ejen baru, seperti program orientasi. Manakala program latihan pula lebih tertumpu kepada siri pembelajaran dan latihan yang merangkumi semua aspek berkaitan bisnes.

Bagaimana program latihan ini dijalankan? Cara yang sama seperti proses onboarding, WhatsApp group, Telegram group dan Facebook group adalah cara popular yang digunakan sebagai medium menyampaikan bahan latihan. Dan ya, cara begini tidak efisien.

#3 – Pengekalan Pengetahuan (Knowledge Retention)

Pernahkah anda menghadapai situasi di mana ada perkara yang tidak dapat disempurnakan, kerja yang yang tidak dapat disiapkan, proses tertentu tersekat dan tidak dapat diteruskan kerana orang yang bertanggungjawab (person in charge) tidak dapat dihubungi atau tidak dapat bekerja pada ketika itu?

Inilah yang berlaku apabila pengetahuan kritikal mengenai sesuatu perkara hanya diketahui dan dikuasai oleh orang tertentu, tiada sebarang rekod untuk rujukan, tidak diajar kepada orang lain. Jika ada rekod sekalipun, menggunakan medium yang tidak efisien. Ya, sangkaan anda tepat. WhatsApp group, Telegram group, Facebook group sekali lagi menjadi pilihan.

Kami faham kenapa ramai memilih untuk menggunakan WhatsApp group, Telegram group dan Facebook group untuk ketiga-tiga perkara di atas. Ianya percuma, walaupun leceh tetapi ia masih dapat memenuhi keperluan bisnes.

Persoalannya sampai bila?

Kini dengan adanya fungsi LMS dalam sistem Ordersini, sudah sampai msanya untuk beralih kepada cara yang lebih efektif. Anda tidak perlu risau soal kos dan teknikal, support team kami sentiasa komited untuk membantu anda.

By AJ Joseph

AJ is an engineer by qualification, a digital marketer as profession. She enjoys creating content for blogs and social media.

Related Articles

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Shares

Aik, Takkan Baca Je?

Jom share artikel ni supaya lebih ramai orang tahu :D

Shares