fbpx

Letak watermark pembeli di Ebook & generate password secara automatik

April 01, 2020

Bermula 1 April, kami sudah memasukkan satu lagi fungsi baharu dalam Ordersini. Kali ini fungsinya adalah untuk menjadikan setiap ebook yang dijual melalui Ordersini dapat dijaga privasinya dengan lebih selamat.

Sebelum ini, semua peniaga online & penjual ebook akan menghadapi kesukaran untuk mengelakkan ebook daripada diedarkan tanpa kebenaran. Pembeli menyebarkan ebook tersebut secara percuma kepada rakan-rakan.

Malah ada yang lebih teruk menjualnya di Shopee dengan lebih murah. 

Bagaimana mahu atasi 2 perkara ini?

Ada 2 cara sahaja untuk menjaga privasi setiap ebook yang terjual iaitu dengan cara:

1. Watermark

PDF Watermarking: Dos and Donts - Independent Security Evaluators

Watermark ialah meletakkan maklumat pembeli di ebook mereka. Jadi mereka tidak lagi boleh memberinya kepada orang lain tanpa kebenaran. Jika mereka masih memberikan kepada orang lain, anda boleh tahu dengan mudah dari mana sumber mereka mendapatkannya.

2. Password

How to Remove Password from PDF Files with Google Chrome - Digital ...

Ini juga cara yang sering digunakan oleh penjual ebook iaitu dengan cara meletakkan password kepada pdf. Jadi setiap pembeli perlu gunakan password tersebut untuk buka & baca.

Namun kedua-dua ini juga mempunyai masalah yang sama iaitu sangat sukar nak buat untuk bilangan yang banyak.

Jika ada 200 pembeli ebook, anda sanggup nak watermark 200 ebook dengan 200 maklumat pembeli yang berbeza?

Maka hari ini Ordersini telah menyediakan satu lagi fungsi menarik untuk membantu anda menjaga privasi ebook yang dijual.

 

Anda hanya perlu upload file PDF kemudian enable fungsi password protected & PDF stamping.

Apabila pembeli mahu buka ebook yang dibeli, ianya akan minta mereka masukkan password terlebih dahulu.

PDF stamping akan meletakkan maklumat pembeli di footer setiap page ebook anda. Ianya akan menjadikan setiap ebook anda adalah eksklusif kepada pembeli tersebut sahaja.

 

Bagaimana Akses Diberikan Kepada Pembeli?

Link download & password akan diberikan sejurus selepas pembeli membuat tempahan. Jika mereka buat pembayaran menggunakan payment gateway, ianya akan dihantar secara automatik selepas pembayaran selesai.

Jika mereka buat secara manual atau online transfer, email tersebut dihantar selepas anda menukar status order daripada pending kepada approved.

 

Jika pembeli terlupa password atau mahu download semula ebook mereka, mereka hanya perlu login akaun Ordersini & pergi ke menu Purchased Record untuk download semula ebook serta dapatkan password di sana.

 

Berikut ialah video tutorial untuk gunakan fungsi ini.

 

Hanya perlu 3 klik sahaja untuk pastikan setiap ebook yang anda jual terjaga privasinya. Gunakan fungsi ini untuk jualan ebook anda nanti.

Fungsi ini boleh didapati dalam semua pakej di Ordersini. Daftar akaun anda hari ini & mula menjual ebook tanpa perlu risau ianya diberikan kepada orang lain tanpa kebenaran anda.

By Iffat Salleh

CEO & Founder Ordersini.com , certified digital marketer for Direct Response Copywriting, Email marketing & Paid Ads Funneling.

Related Articles

Pakej Lifetime Ordersini Akan Ditutup Selamanya

Pakej Lifetime Ordersini Akan Ditutup Selamanya

Dengan kapasiti 35 orang pengguna pakej lifetime sejak dari tahun 2016, maka bulan mac 2023 akan menjadi tarikh akhir pakej ini dibuka kepada umum. Kenapa pakej lifetime akan ditutup? Sebab kami rugi jika ramai guna pakej lifetime Server bayar bulanan Kos email bayar...

read more
Setup Custom Domain Dalam Ordersini

Setup Custom Domain Dalam Ordersini

Sekarang pengguna Ordersini dah boleh gunakan domain sendiri untuk menjual produk melalui sistem Ordersini   ✅ Tukar logo ✅ Upload banner ✅ Masukkan custom domain   Sempoi, semua nampak macam kedai sendiri dah.   -- UNTUK SIAPA?   Buat masa ni custom domain hanya...

read more
Sendparcel Dah Ada Dalam Ordersini!

Sendparcel Dah Ada Dalam Ordersini!

Akhirnya kami dah berjaya masukkan Sendparcel ke dalam Ordersini. Sendparcel by Poslaju mendapat permintaan yang tinggi dari pengguna, maka kami masukkan ke dalam sistem untuk membantu pengguna membuat pengeposan dengan lebih mudah. Boleh layan tutorial di sini...

read more

2 Comments

  1. Abdullah Idris

    Memang terbaik lah ordersini. Terima kasih tuan kerana menyediakan satu sistem sayang sangat membantu para peniaga kecil seperti saya.

    Yang bestnya ialah pada harga yang berpatutan. Saya mula menggunakan sistem ordersini.com dari sistem ini hanya menyediakan beberapa fungsi sahaja.

    Tapi alhamdulillah, tuan Iffat Salleh sangat kerap update sistem ini dengan fungsi-fungsi premium yang sangat membantu.

    Terima kasih sekali lagi. Saya doakan ordersini.com akan semakin maju untuk membantu lebih ramai peniaga2 kecil.

    Reply
    • Iffat Salleh

      Terima kasih kerana setia bersama Ordersini. Kami juga upgrade sistem berdasarkan feedback pengguna. Teruskan memberi feedback berguna untuk kami upgrade. Thanks!

      Reply

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Shares

Aik, Takkan Baca Je?

Jom share artikel ni supaya lebih ramai orang tahu :D

Shares