fbpx

Jana Income Bulanan (recurring) Dengan Memperkenalkan Sistem Ordersini

April 15, 2019

Tak banyak sistem atau produk yang memberikan komisen recurring (bulanan) di Malaysia. Sekarang Ordersini memberikan pilihan tersebut kepada anda. Pihak Ordersini sudah pun memperkenalkan User Interface terbaru pada 15 April 2019 berserta dengan harga bulanan yang baharu.

Sebelum ni pakej Ordersini mempunyai variasi dari Rm10 sehingga RM69 sebulan. Namun sekarang hanya ada 2 variasi harga iaitu RM49 sebulan untuk sistem asas. Satu lagi pakej ialah untuk pengguna advance dengan harga Rm99 sebulan yang mempunyai sistem email autoresponder (email marketing)

Yang paling menarik ialah, sempena dengan pakej terbaru ni, anda boleh menerima komisen sebanyak 30% setiap bulan selagi client anda kekal menggunakannya setiap bulan.

RM49/sebulan = RM14.7

RM99/sebulan = Rm29.7

Jika client anda melanggan pakej 6 bulan atau 12 bulan, maka komisen anda akan jadi lebih besar (30% juga).

Jadi berikut ialah step by step untuk anda mula memperkenalkan sistem Ordersini kepada rakan atau pelanggan anda.

1. DAFTAR AKAUN / LOGIN

Perkara pertama anda perlu lakukan ialah daftar akaun Ordersini. Anda hanya perlukan pakej percuma untuk mula menerima pendapatan daripada sistem ini. Tak perlu langgan mana-mana pakej Ordersini.

REGISTER AKAUN OS

LOGIN AKAUN OS

 

2. VERIFY AKAUN

Selepas daftar, anda perlu verify akaun ordersini anda. Anda akan menerima satu email daripada pihak ordersini seperti berikut.

Proses verify ialah untuk menentukan email yang digunakan ialah email yang betul. Kesilapan ejaan email akan menyebabkan anda tidak menerima notifikasi pembelian daripada pelanggan anda.

 

3. AMBIL LINK AFFILIATE

Buka menu affiliate, kemudian pergi ke menu Ordersini Package.

Anda akan dapat lihat link affiliate anda di bahagian atas. Anda perlu simpan link tersebut dan berikan kepada pelanggan anda. Nilai komisen anda akan dikemaskini secara live apabila ada pelanggan membuat langganan pakej ordersini.

4. PENDEKKAN LINK

Anda boleh gunakan perkhidmatan link shortener seperti Goo.gl, tinyurl atau bit.ly untuk menutup link affiliate anda. Pastikan anda simpan link affiliate anda yang sudah dipendekkan tu untuk kegunaan masa hadapan.

5. SEBARKAN

Anda boleh mula sebarkan link anda kepada pelanggan atau rakan bisnes yang lain. Satu pelanggan yang mendaftar akaun melalui link anda dan buat langganan pakej, akan melayakkan anda menerima komisen sebanyak 30% daripada harga langganan yang dibuat.

Berikut ialah apa yang akan keluar selepas anda mula mendapat pelanggan affiliate

 

POTENSI PENDAPATAN

Anda hanya perlu buat promosi kepada orang yang betul untuk mula dapatkan komisen. Komisen yang anda akan terima ialah recurring iaitu secara bulanan selagi pelanggan anda kekal membuat langganan pakej.

Andaikan sebulan anda boleh dapatkan 10 orang yang membuat langganan, anda sudah mendapat RM147 (atau Rm297 untuk pakej advance).

Setiap bulan, fokus untuk mendapatkan pelanggan baru sebanyak mungkin. Semakin banyak orang yang mendaftar melalui link anda, pendapatan anda juga akan bertambah banyak. Lihat ejen sebelum ni yang dah buat referral mereka

PEMBAYARAN KOMISEN & MINIMUM

Pembayaran komisen akan dibuat pada setiap hujung bulan secara automatik, tak perlu buat request pengeluaran. Sampai masa, duit akan dipindahkan ke akaun anda.

Had minimum untuk komisen mula dibayar ialah selepas anda mendapat 2 orang pelanggan yang melanggan pakej. Limit ini diletakkan untuk mengelakkan individu tertentu yang salahguna link affiliate untuk mendaftar diri sendiri dan menerima komisen.

Bagi ejen yang sudah mendapatkan 2 pelanggan pertama, komisen akan dibayar terus pada bulan tersebut. Pada bulan seterusnya, limit tersebut sudah tiada, walaupun anda hanya mendapat Rm14.70, ianya akan tetap dibayar. Limit minimum tersebut hanya untuk pembayran komisen kali pertama sahaja.

Goodluck !

Saya menyediakan group facebook khas untuk anda yang berminat nak hasilkan pendapatan melalui affiliate sistem Ordersini.

Boleh join di sini  JOIN GROUP FB

 

By Iffat Salleh

CEO & Founder Ordersini.com , certified digital marketer for Direct Response Copywriting, Email marketing & Paid Ads Funneling.

Related Articles

Pakej Lifetime Ordersini Akan Ditutup Selamanya

Pakej Lifetime Ordersini Akan Ditutup Selamanya

Dengan kapasiti 35 orang pengguna pakej lifetime sejak dari tahun 2016, maka bulan mac 2023 akan menjadi tarikh akhir pakej ini dibuka kepada umum. Kenapa pakej lifetime akan ditutup? Sebab kami rugi jika ramai guna pakej lifetime Server bayar bulanan Kos email bayar...

read more
Setup Custom Domain Dalam Ordersini

Setup Custom Domain Dalam Ordersini

Sekarang pengguna Ordersini dah boleh gunakan domain sendiri untuk menjual produk melalui sistem Ordersini   ✅ Tukar logo ✅ Upload banner ✅ Masukkan custom domain   Sempoi, semua nampak macam kedai sendiri dah.   -- UNTUK SIAPA?   Buat masa ni custom domain hanya...

read more
Sendparcel Dah Ada Dalam Ordersini!

Sendparcel Dah Ada Dalam Ordersini!

Akhirnya kami dah berjaya masukkan Sendparcel ke dalam Ordersini. Sendparcel by Poslaju mendapat permintaan yang tinggi dari pengguna, maka kami masukkan ke dalam sistem untuk membantu pengguna membuat pengeposan dengan lebih mudah. Boleh layan tutorial di sini...

read more

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Shares

Aik, Takkan Baca Je?

Jom share artikel ni supaya lebih ramai orang tahu :D

Shares