SMS Marketing is back!
Tak dinafikan SMS mempunyai open rate yang sangat tinggi kerana setiap sms mesti masuk ke telefon, tak ada saringan walaupun ianya spam. Jadi sms marketing dah jadi channel yang kembali popular selepas sekian lama teknologi mendahului melalui whatsapp & telegram.
Ordersini dah ada fungsi SMS Marketing untuk memudahkan pengguna Ordersini membuat promosi kepada prospek & pembeli. Dalam sistem SMS Marketing Ordersini ini mempunyai beberapa fungsi yang pastinya membuat anda teruja mahu menggunakannya
1. BRAND NAME
Dalam sms anda akan disertakan sekali brand anda supaya penerima tahu dari siapa mereka terima sms tersebut. Anda boleh set dan tukar brand anda pada bila-bila masa sahaja tetapi ianya adalah compulsory (wajib). Jika tak ada brand name, anda tak boleh jalankan sms marketing.
2. AUTOMATION
Fungsi automation digunakan untuk buat follow up secara automatik kepada prospek atau pembeli anda. Dalam automation, anda boleh set beberapa flow yang boleh ditetapkan selang hari. Anda juga boleh set masa untuk dihantar sms seterusnya.
3. LEAD FORM UNTUK KUMPUL PROSPEK & SYNCHRONIZE
Dalam sms marketing di Ordersini, fungsi lead form adalah fungsi yang paling penting kerana ia melibatkan beberapa integration dan synchronization. Dalam menu lead form, anda boleh hasilkan landing page & juga letakkan fb pixel untuk retargeting semula prospek yang masuk ke form.
Dalam setting lead form, anda boleh pilih sama ada nak kutip database melalui borang atau nak synchronize dengan produk anda yang sedia ada dalam Ordersini. Jika sync dengan produk, maka setiap database pembeli akan automatik masuk ke dalam form tersebut.
SYNC DENGAN AUTOMATION
Semasa create lead form, anda juga boleh connect dengan automation yang anda sudah buat sebelum ini. Jadi, setiap prospek yang mengisi borang akan terus menerima sms berperingkat (drip sms) mengikut flow yg anda dah tetapkan dalam automation.
AUTO SYNC AUTORESPONDER
Perkara yang membuatkan sms marketing dalam Ordersini sebagai sistem yang menarik ialah ada fungsi autoresponder integration. Anda boleh synchronize database prospek anda yang dikumpul melalui form terus masuk ke autoresponder popular seperti Mailchimp, Mailerlite, Sendfox, Moosend & getresponse (buat masa ini 5 sahaja, akan ditambah pada masa hadapan)
4. SEND BULK / SMS BLASTER
Fungsi ini adalah fungsi yang menjadi tarikan utama dalam SMS marketing di Ordersini kerana anda boleh hantar promosi melalui SMS kepada prospek & pembeli anda dengan mudah. Ada 3 pilihan untuk anda buat sms blast iaitu:
a) Add new contact
Klik butang hijau, kemudian kotak database akan keluar. Anda boleh isi nama & no phone secara manual di dalam kotak tersebut.
b) Upload CSV
Anda boleh upload CSV yang ada nama & phone penerima.
c) Import database (dari form)
Anda hanya perlu pilih database form mana yang anda nak import untuk dihantar sms.
TUTORIAL:
Berikut ialah tutorial video yang akan memudahkan anda memahami fungsi & cara penggunaan yang betul.
video 1 : Pengenalan Fungsi
Video 2 : Tutorial Automation
Video 3 : Tutorial Lead Form
Video 4 : Tutorial Send Bulk
TUNGGU APA LAGI?
Sekarang anda dah pun jumpa sistem sms blaster yang paling power dengan harga kredit yang sangat murah berbanding platform lain. Daftar akaun anda sekarang & mula gunakan sms marketing untuk letupkan jualan bisnes anda.
Goodluck!
Jangan lupa share artikel ni supaya lebih ramai orang boleh gunakan fungsi sms marketing ini untuk bisnes mereka.
Boleh saya tahu kadar harga kredit/SMS
Harga kredit sms ada banyak, boleh refer di ordersini.com, skroll di bhgn sms