fbpx
5 Perbezaan Utama Ejen vs Dropship

5 Perbezaan Utama Ejen vs Dropship

Musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini kita dapat lihat kemunculan peniaga-peniaga kecil online bak cendawan tumbuh selepas hujan. Ramai yang jadi ‘peniaga bidan terjun’. Ada yang sekadar suka-suka ikut trend semasa, ada yang terdesak demi kelangsungan hidup.

Walau apa pun tujuan memulakan bisnes online semasa tempoh PKP, satu persamaan di antara majoriti mereka ini ialah mereka bermula dengan modal yang sangat rendah atau tiada modal langsung.

Bagaimana nak mulakan perniagaan dengan segera tanpa modal yang besar?

Caranya ialah dengan menjual produk orang lain, sebagai ejen atau secara dropship.

Pada asasnya, ejen dan dropshipper (orang yang membuat bisnes secara dropship) kedua-duanya tidak menjual produk sendiri, tetapi menjual produk yang dihasilkan oleh orang lain. Inilah sebabnya mereka boleh memulakan bisnes dengan modal minima atau tiada langsung kerana semuanya telah diuruskan oleh pengasas produk, mereka hanya perlu promosikan produk kepada orang ramai.

Persoalan seterusnya, mana satu yang lebih bagus? Macam mana nak pilih?

Jom kita lihat 5 perbezaan utama antara ejen dan dropship.

PERBEZAAN #1 – PENDAFTARAN

Sebagai permulaan, untuk mendaftar sebagai ejen, anda perlu membayar yuran pendaftaran dalam lingkungan puluhan hingga ratusan ringgit di mana anda akan mendapat ‘starter kit’ seperti produk dalam kuantiti tertentu dan bahan promosi untuk memulakan jualan.

Manakala bagi dropship pula, selalunya tiada yuran pedaftaran dikenakan tetapi ada juga pengasas produk yang masih mengenakan yuran pendaftaran yang rendah RM20-RM50 sebagai tanda komitmen.

PERBEZAAN #2 – STOK

Selain daripada membayar yuran pendaftaran, ejen perlu membeli stok daripada HQ sebelum boleh mula menjual. Ada sesetengah HQ mewajibkan belian stok minimum yang ejen perlu buat pada setiap bulan. Kegagalan untuk mencapai belian minimum ini boleh menyebabkan ejen disingkirkan daripada senarai ejen.

Berbeza dengan ejen, dropshipper tidak perlu keluarkan modal untuk membeli stok daripada HQ, tidak perlu simpan dan urus stok sendiri. Dropshipper boleh terus mula menjual dan hanya perlu rujuk HQ untuk status stok semasa produk.

PERBEZAAN #3 – PENGHANTARAN

Ejen perlu uruskan sendiri penghantaran produk kepada pelanggan. Dari ambil tempahan, terima bayaran sampailah kepada pembungkusan dan penghantaran, semuanya ejen uruskan sendiri.

Dropshipper hanya perlu ambil tempahan daripada pelanggan, beri butiran tempahan kepada HQ dan HQ akan uruskan penghantaran produk kepada pelanggan.

PERBEZAAN #4 – KEUNTUNGAN

Biasanya margin keuntungan ejen adalah sekitar 40%-50%, adakalanya boleh mencecah sehingga 60%-70%, bergantung kepada ‘pricing structure’ yang dibuat oleh pihak HQ.

Komisen daripada jualan dropship pula adalah pada sekitar 10%-20%. Walaupun nampak sedikit, tetapi ianya berpatutan dengan kerja-kerja dropshipper yang hanya berperanan seperti ‘promoter’.

PERBEZAAN #5 – RISIKO

Walaupun keuntungan menjual sebagai ejen adalah lebih tinggi berbanding secara dropship, namun risiko sebagai ejen juga adalah lebih tinggi kerana ejen perlu menyimpan stok serta menguruskan tempahan dan penghantaran sendiri kepada pelanggan. Ejen berdepan  dengan risiko produk tidak terjual, penghantaran yang lambat, pelanggan yang tidak puas hati dan bermacam-macam lagi risiko lain.

Kesimpulannya, anda tidak perlu hasilkan produk sendiri untuk mula buat bisnes online. Anda boleh bermula dengan menjual produk orang lain. Antara ejen dan dropship, sukar untuk dinyatakan yang mana satu lebih baik kerana ia bergantung kepada apa yang anda mampu beri komitmen sama ada dari segi modal atau cara kerja. Pilihan di tangan anda.

Tips Jual Produk Harga Rendah Margin Tipis Online

Tips Jual Produk Harga Rendah Margin Tipis Online

“Buat bisnes online memang bagus ada website sendiri tapi kalau jual barang murah tidak berbaloi dengan kos bina website yang tinggi.”

Sejauh manakah kebenaran pernyataan ini?

Ramai yang tahu peranan penting website dalam mengautomasikan bisnes online tetapi masih memilih untuk tidak mempunyai website sendiri kerana risau ianya tidak berbaloi dengan modal yang dilaburkan, terutama mereka yang menjalankan bisnes kecil-kecilan atau menjual produk harga rendah, margin untung kecil.

Ya, memang benar kos untuk bina website tinggi, apatah lagi jika website yang ada fungsi menjual, boleh buat bayaran on the spot seperti website jenis ecommerce. Sekilas pandang, ada benarnya pernyataan di atas ini.

Walaupun begitu, anda tidak perlu ketepikan terus soal website ini anya kerana isu tidak berbaloi ini. Masih ada cara lain untuk automasikan bisnes anda tanpa kos yang tinggi, termasuklah jika anda menjual produk harga rendah, margin untung kecil sekalipun.

Apakah caranya?

Katakan Makcik Senah, sepupu kepada Makcik Kiah, mempunyai sebuah kedai menjual aksesori mesin jahit dan aneka barang jahitan seperti jarum, benang, gunting, tapak mesin, pita pegukur dan bermacam-macam lagi barang berkaitan dunia jahitan yang lain.

Sebelum PKP, Makcik Senah memperolehi jualan daripada pelanggan yang datang ke kedai dan juga daripada tempahan online. Apabila kedai terpaksa ditutup untuk mematuhi arahan PKP, Makcik Senah tiada pilihan lain melainkan menjual sepenuhnya secara online.

Jika sebelum ini pelanggan boleh datang ke kedai hanya untuk membeli beberapa batang jarum atau gelung benang, apabila beroperasi 100% online, belian jarum atau benang dalam kuantiti yang sedikit terasa mahal kerana penambahan kos penghantaran. Ini membuatkan jualan kedai makcik Senah jatuh merundum. Makcik Senah juga penat melayan pertanyaan-pertanyaan pelanggan di WhatsApp.

Apa yang Makcik Senah boleh buat dalam situasi ini?

Pertama sekali, Makcik Senah boleh perkenalkan jualan aksesori mesin jahit dan barang jahitan dalam bentuk pakej. Teknik ini dipanggil Bundle Pricing Strategy di mana Makcik Senah gabungkan beberapa produk untuk dijual dalam satu pakej. Contohnya pakej jarum + benang + penggulung benang (bobbin) dan tetapkan harga jualan yang lebih rendah berbanding jika membeli ketiga-tiga produk ini secara berasingan.

Kedua, Makcik Senah boleh menggunakan servis penyedia perkhidmatan pos, kurier dan penghantaran barang berkonsepkan one-stop center yang menggabungkan beberapa syarikat kurier di bawah satu bumbung seperti EasyParcel, Delyva dan Shippop. Caj penghantaran yang dikenakan di website ini lebih murah daripada jika berurusan langsung dengan pihak kurier. Servis pick up juga disediakan secara percuma.

Ketiga, Makcik Senah boleh upah seorang pembantu khas untuk menjawab pertanyaan-pertanyaan pelanggan di WhatsApp dan seorang lagi untuk uruskan pembungkusan dan pengeposan tempahan.

Keempat, Makcik Senah boleh guna sistem menguruskan tempahan seperti Ordersini. Masukkan pakej-pakej yang Makcik Senah mahu jual, tuliskan detail pakej sejelas-jelas yang mungkin. Makcik Senah tidak perlu risau soal terima bayaran dan penghantaran kerana kedua-duanya sudah diintegrasikan di dalam sistem Ordersini.

Makcik Senah juga boleh rujuk rekod jualan untuk melihat pakej mana yang banyak terjual dan boleh sesuaikan inventori stok mengikut data rekod jualan. Selain daripada itu, Makcik Senah boleh buka peluang perniagaan dengan menawarkan program affiliate dan dropship.

Yang paling penting sekali, Makcik Senah tidak perlu keluarkan modal awal untuk semua kemudahan ini, ianya percuma. Makcik Senah hanya dikenakan caj apabila berlaku transaksi. Jadi Makcik Senah sudah tidak perlu pembantu khas, atau mungkin hanya perlu staf untuk buat kerja membungkus tempahan.

Jika anda juga seperti Makcik Senah, jual produk harga rendah, margin untung kecil, anda boleh cuba tips yang kami kongsikan di atas. Semoga urusan bisnes anda dipermudahkan.

Pembelian Tak Selesai? Follow Up Jer Guna Whatsapp Dalam Ordersini

Pembelian Tak Selesai? Follow Up Jer Guna Whatsapp Dalam Ordersini

Dalam sistem Ordersini, kami sudah letakkan butang khas untuk anda buat follow up kepada pembeli yang tidak selesaikan pembelian.

Tak semua orang akan buat pembelian selepas mereka klik butang buy now, mungkin ada yang terlupa, mungkin ada kerja lain semasa nak buat payment, TAC tak terima, phone terpadam dan sebagainya.

Jadi menjadi tugas anda untuk follow up semula pembayaran yang gagal itu. Dalam Ordersini, kami jadikan proses follow up kepada pelanggan menjadi lebih mudah. Hanya perlu klik butang whatsapp follow up dan 1 mesej whatsapp akan dihantar kepada pelanggan.

STEP 1: Buka Pending List

Anda pergi ke menu product setting > pending list

 

Anda akan dapat lihat senarai pembeli yang masih pending & rejected. Anda buat semakan terlebih dahulu pembeli mana yang anda perlu follow up. Jangan follow up semua, berkemungkinan ada yang sudah bayar dengan buat tempahan semula. Jadi pastikan dahulu senarai yang anda perlu follow up.

 

STEP 2: Klik Butang Whatsapp Follow Up

Anda klik butang whatsapp di hujung sekali untuk hantar mesej whatsapp kepada pelanggan tersebut.

STEP 3: Terima Whatsapp Follow Up

Pelanggan anda akan menerima 1 mesej whatsapp yang mengandungi nama produk & juga link pembayaran. Jika mereka masih berminat, mereka akan terus buat pembelian melalui link tersebut.

 

Tutorial video anda boleh lihat di bawah ni:

 

Jangan lupa share fungsi ni kepda rakan peniaga yang lain. Kami perlukan feedback daripada anda untuk kami tambahbaik sistem whatsapp follow up ni.

Jom buka akaun di Ordersini

Pindahkan Data Pembeli Secara Automatik Ke Google Sheet Dengan Fungsi Webhook

Pindahkan Data Pembeli Secara Automatik Ke Google Sheet Dengan Fungsi Webhook

Bagi pengguna Ordersini, anda boleh pindahkan maklumat pembeli dari Ordersini ke google sheet secara automatik dengan menggunakan fungsi webhook yang telah disediakan.

Webhook ialah satu fungsi yang berperanan untuk memindahkan maklumat dari Ordersini ke luar. Jika anda nak kumpul data tersebut masuk ke google sheet, anda boleh gunakan webhook ni.

Boleh lihat penerangan mengenai webhook yang disediakan oleh Zakaria Ghazali :

 

Berikut ialah step by step yang anda perlu buat untuk integrate webhook Ordersini & pindahkan ke dalam Google Sheet. Sangat mudah, anda perlu setup sekali sahaja dan ianya akan berjalan secara automatik selepas ini.

 

 

Webhook dalam Ordersini mempunyai lebih banyak fungsi.

Ianya tidak terhad kepada google sheet sahaja, tetapi boleh digabung & pindahkan data ke pelbagai jenis platform lain seperti autoresponder (Aweber, getresponse, mailerlite dll), social media (Facebook, instagram, twitter dll), messaging app (whatsapp, telegram, sms dll) dan banyak lagi sistem lain yang disediakan dalam Integromat , zapier dan sebagainya.

Dengan adanya fungsi begini, anda boleh buat apa sahaja (yang penting anda kena faham dahulu cara guna sistem integromat & zapier).

Cara Kumpul Leads & Buat Follow Up Email Secara Automatik Dalam Ordersini

Cara Kumpul Leads & Buat Follow Up Email Secara Automatik Dalam Ordersini

Anda Boleh Kumpul Leads & Buat Email Follow Up Secara Automatik Dengan Fungsi Email Autoresponder Dalam Ordersini
 
👉 Kami dah sediakan email autoresponder
👉 Kami dah sediakan fungsi free produk untuk kumpul list
 
Anda hanya perlu gabungkan sahaja dua fungsi ni dan terus boleh jalankan kempen email marketing secara automatik.

 

Bazar Ramadhan 2020, Bagaimana Peniaga Makanan Boleh Buat Bazar Dari Rumah?

Bazar Ramadhan 2020, Bagaimana Peniaga Makanan Boleh Buat Bazar Dari Rumah?

Lagi beberapa hari kita mendekati ramadhan untuk tahun 2020, namun disebabkan peperangan Covid-19 yang masih berlarutan, ianya adalah perkara baru bagi rakyat seluruh dunia mengharungi Ramadhan dengan serba sederhana.

Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula, kebanyakan peniaga jalanan dan peniaga pasar malam mula menerima tamparan hebat kerana kedai tidak boleh dibuka sepanjang 28 hari sehingga 14 April. Mereka tiada pendapatan.

Malah lebih teruk lagi apabila kerajaan mula mengumumkan bahawa tahun ini tiada bazar ramadhan.

Bazar ramadhan memberikan pendapatan 4 kali ganda kepada peniaga makanan. Jika berniaga di pasar malam boleh menjana Rm1000 sehari, maka mereka boleh menjana Rm4000 sehari di bazar ramadhan.

Senarai Bazar Ramadan Di Kuala Lumpur Dan Selangor 2018

Jika tiada bazar, bagaimana golongan peniaga ini nak jana pendapatan? Jika tiada pendapatan, bagaimana dengan sambutan hari raya mereka?

Berikut ialah beberapa langkah untuk peniaga bazar ramadhan menjana jualan sepanjang bulan ramadhan nanti.

 

#1 ORDER & HANTAR

How Are Food Delivery Apps Revolutionizing The Restaurant Industry ...

Tiada pilihan lain yang boleh digunakan oleh peniaga kecuali menggunakan cara order dan hantar makanan. Cara ini sama seperti buka gerai di Bazar juga , cuma kali ini peniaga yang pergi menghantar makanan ke rumah pembeli.

Namun untuk lakukan proses ini, ianya memerlukan Standard Operation Procedure (SOP) yang ketat untuk mengelakkan kerugian. Ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian terutamanya cara pembayaran, tempoh tempahan dan cara penghantaran dibuat.

 

#2 MULA SEKARANG & ATUR JADUAL

Jangan tunggu bazar bermula baru nak mula buat. Anda perlu buat sekarang untuk buat SOP sendiri.

Untuk perniagaan online, anda perlukan jadual pembelian barang mentah, jadual tempahan, sistem tempahan dan jadual penghantaran yang teratur untuk pastikan semua proses ini berjalan lancar.

Jika anda tunggu ramadhan bermula, ianya sudah terlambat. Anda perlu bermula hari ini dan biasakan diri dengan suasana perniagaan baru sebelum tiba Ramadhan. Pastikan anda buat catatan dan sediakan jadual serta SOP dari pagi sampai penghantaran makanan kepada pembeli.

 

#3 ORDER SEHARI AWAL

Untuk memudahkan anda menyediakan bekalan bahan mentah serta mengelakkan kerugian, anda perlu ambil order sehari awal. Tempahan yang dibuat sepanjang hari ini akan dihantar pada keesokan hari. Jika makanan anda mudah untuk disediakan, anda boleh buka tempahan sehingga jam 3 petang dan penghantaran dibuat pada hari yang sama.

Ianya terpulang kepada jenis makanan yang anda jual. Jika ianya mudah untuk disiapkan, anda boleh buka sehingga tengahari hari yang sama. Jika makanan tersebut sukar untuk disiapkan, maka anda perlu buka tempahan sehari awal.

Jika tempahan dibuat sehari awal, anda lebih kurang risiko untuk kerugian. Berapa jumlah order yang anda terima, anda boleh masak mengikut jumlah tersebut & hantar pada petangnya.

 

#4 BAYAR TERUS

What is an E-Payment System?

Jangan buat pembayaran tunai semasa penghantaran (Cash on delivery). Ianya berisiko untuk anda dan perniagaan anda kerana jika pembeli tidak muncul semasa penghantaran atau batalkan tempahan secara tiba-tiba, anda tidak akan menerima bayaran jika anda mahu mereka bayar secara cash.

Pembayaran atas talian lebih mudah. Mereka buat tempahan dan terus kepilkan resit untuk anda. Jika anda boleh sediakan payment gateway, lebih mudah. Pembayaran dijamin 100% dibuat untuk makanan anda.

Anda boleh gunakan pakej PERCUMA dalam Ordersini untuk menerima pembayaran secara atas talian daripada pembeli anda. Berikut ialah panduan untuk masukkan makanan ke dalam Ordersini.

 

#5 SISTEM TEMPAHAN

Anda perlukan sistem untuk memudahkan pengurusan tempahan yang diterima. Pembeli boleh bayar dengan mudah, anda boleh uruskannya dengan mudah.

Dalam sistem Ordersini, anda boleh masukkan produk makanan anda tanpa had. Dan pembeli  juga boleh beli tanpa had. Mereka boleh beli sebanyak mana yang mereka mahu dan anda juga boleh jual sebanyak mana produk yang anda mahu.

Sistem Ordersini akan memudahkan anda untuk membuat penghantaran kepada alamat yang telah dimasukkan. Selepas anda menghantar makanan, anda hanya perlu tandakan tempahan tersebut sebagai ‘selesai’ atau ‘dihantar’.

Setiap hari, anda boleh lihat laporan jualan yang anda telah buat. Setiap duit yang masuk akan dicatat ke dalam sistem secara automatik dan ianya memudahkan anda untuk menyediakan makanan yang ditempah.

Resit juga akan dihantar terus kepada pembeli melalui email. Notifikasi whatsapp juga dihantar kepada pembeli berkenaan tempahan yang dibuat. Tak perlu lagi buat secara manual, semuanya automatik.

 

#6 BUAT GROUP PEMBELI

How to delete a WhatsApp group on iPhone or Android - Business Insider

Anda boleh sediakan group whatsapp khas untuk pembeli anda. Setiap kali ada tempahan baru, masukkan mereka ke dalam group pembeli. Orang yang pernah membeli dan sukakan produk anda, mereka cenderung untuk membeli di tempat yang sama sahaja.

Itu ialah lumrah psikologi dalam jual beli. Sekali mereka suka, mereka akan terus sukakannya. Perkara ini juga berlaku di bazar ramadhan. Orang akan pergi ke kedai yang pernah mereka beli sahaja.

Group whatsapp menjadi satu medan terbaik untuk anda menerima tempahan tanpa perlu promosikan produk makanan anda secara keterlaluan. Anda boleh berikan link group whatsapp tersebut di dalam group komuniti facebook dan sebagainya. Ajak lebih ramai orang masuk ke group whatsapp dan tunjukkan makanan anda di situ.

Semua tempahan perlu dibuat dan dibayar terus secara online menggunakan Ordersini. Ianya lebih memudahkan anda untuk uruskan semua tempahan berbanding buat secara manual.

 

#7 BANTUAN ORANG MUDA

Bagi peniaga yang sudah berumur, mereka pastinya kurang gunakan sistem dan tidak pandai uruskan perniagaan atas talian. Maka mereka perlukan bantuan orang muda. Jika ada anak-anak yang pandai gunakan teknologi, gunakan kemahiran mereka untuk uruskan perniagaan.

Jika anda mempunyai ibu bapa yang berniaga di bazar, bantulah mereka. Gunakan segala kelebihan teknologi yang anda tahu untuk bantu mereka hasilkan pendapatan sepanjang bulan ramadhan.

 

Akhir kata

Peniaga makanan bazar ramadhan perlu bijak bertindak. Jangan pula disebabkan pengumuman tiada bazar tahun ini membuatkan anda lemah semangat. Anda juga perlukan wang untuk menyambut hari raya nanti. Gunakan cadangan yang diberi di atas untuk mula jana pendapatan atas talian.

Jika ianya berjalan lancar, anda mungkin tak perlu lagi buka gerai di tepi jalan dan pasar malam. Semuanya dijalankan secara online dari rumah sahaja. Ianya lebih menguntungkan & tidak terlalu memenatkan badan.

Jangan tunggu inisiatif dari kerajaan atau badan berwajib, keuntungan dalam perniagaan tidak akan menunggu anda ke saat itu. Siapa yang mula lebih awal, mereka akan dapat lebih banyak keuntungan.

Jangan takut untuk mulakan bisnes makanan atas talian. Mula hari ini untuk kemudahan hari esok.

Daftar akaun percuma anda di Ordersini dah lihat tutorial berikut untuk masukkan makanan anda ke dalam sistem.