Hari ini saya akan kongsikan cara buka akaun ordersini untuk ejen affiliate, ejen dropship dan peniaga yang ingin hasilkan pendapatan dengan OrderSini. Ordersini merupakan sebuah platform yang menghimpunkan pelbagai produk. Ada produk fikizal dan produk digital. Kalau produk fizikal, ia adalah produk yang boleh dipegang dan akan dihantar secara pos laju dan sebagainya. Bagi produk digital pula, proses penghantaran adalah lebih cepat, hanya melalui email sahaja.
Produk Digital biasanya terdiri dari
- PDF Ebook
- Audio MP3
- Video
- Software
- Membership Akses
Sebagai contoh, anda menjual software antivirus, anda hanya berikan pelanggan link download antivirus dan siri number untuk di activatekan. Biasanya setelah bayaran disahkan, Biasanya apabila bayaran telah disahkan, barulah anda menghantar link download dan siri number kepada email pembeli. Ini adalah contoh produk digital.
Selain produk digital, ada juga jualan produk fizikal seperti
- Pakaian
- Permainan
- Alat Bantu Belajar
- Produk Kecantikan & Kesihatan
Sebenarnya anda boleh menjual 1001 barang dengan menggunakan borang tempahan dari OrderSini. Lebih menarik lagi, anda boleh menjual tiket seminar, acara dan jualan harga untuk perkhidmatan.
Itu adalah fungsi asas yang terdapat didalam website OrderSini. Didalam OS mempunyai Marketplace yang menghimpunkan senarai produk yang dijual oleh semua seller. Pada masa yang sama, anda sebagai seller berdaftar juga boleh mempromosikan produk seller lain.
Sebagai contoh anda menjual produk kecantikan dan berminat untuk dapatkan ejen untuk pasarkan produk anda. Anda mungkin sudah atau mungkin belum mempunyai website. Itu tidak mengapa, tetapi jika ada lebih baik untuk tujuan branding sebenarnya sangat baik. Jika tiada, anda boleh gunakan borang belian produk anda di OS sebagai Minisites (Mini Website) untuk menjual. Itu adalah kelebihan dan keistimewaan borang pesanan Ordersini. Anda boleh berniaga tanpa menggunakan website.
Jadi Pasti Anda Tertanya Bagaimana Cara Buka Akaun OrderSini?
Proses buka akaun Ordersini sangatlah simple dan mudah. Untuk penjual, affiliate dan ejen dropship, anda hanya perlukan Nama, Email dan Password sahaja untuk bermula.
Berikut Adalah Cara Buka Akaun Ordersini
Masuk Laman Register OrderSini seperti gambar dibawah. Isikan Nama, Email Primary dan set Password 2 kali.
Langkah seterusnya, anda akan dibawa Dashboard. Seperti anda dapat lihat, akaun anda ini masih belum verify lagi. Proses seterusnya anda kena semak email.
Anda perlu semak email. Kebiasaannya, jika anda menggunakan Gmail, email Ordersini akan masuk under “Promotion” tab. Klik pada promotion tab dan anda akan lihat email pendaftaran Ordersini anda.
Setelah klik email tersebut, anda akan melihat paparan dibawah. Anda perlu klik pada butang “Verify Email” akaun.
Anda seterusnya akan dibawa kelaman dashboard semula. Dan kali ini anda akan dapat lihat status akaun anda kini sudah Verify. Ini bermakna anda sudah boleh bersiap sedia untuk melakukan kerja promosi. Namun sebelum itu ada langkah terakhir dalam proses buka akaun ordersini ini.
Seperti gambar diatas, anda perlu klik pada Tetapan dan klik pada Profile. Manakala pada gambar dibawah, anda perlu mengisi detail anda seperti alamat dan support number di whatsapp dan telegram. Fungsi support number dan alamat ini berguna kelak apabila anda ingin membuat belian dari seller OS. Dengan login akaun OS anda, semua detail berkaitan alamat penghantaran terpapar tanpa perlu isi semula.
Part kedua ini pula wajib bagi affiliate yang ingin mempromosikan produk – produk affiliate yang terdapat didalam affiliate marketplace. Dengan cara ini penjual produk dapat membayar komisyen jualan on time. Jadi pastikan anda mengisi detail akaun bank anda dan klik pada kemaskini.
Itu adalah caranya untuk buka akaun Ordersini. Ia tidak sukar untuk dilakukan. Anda hanya perlukan nama, email dan detail bank akaun. Ini akan mudahkan seller membayar on time apabila anda melakukan jualan.
Assalammualaikum dan selamat sejahtera,
Saya berminat nak memiliki sistem affiliate saya sendiri,
Saya mempunyai kedai fizikal menjual buku rujukan kegunaan pelajar IPTA dan IPTS di sekitar Kota Kinabalu,
Soalan saya,
Adakah sistem order sini mempunyai sistem affiliate ini ?
Ini kerana saya bercadang menggunakan sistem affiliate untuk menjual dan mempromosikan buku rujukan ini.
boleh gunakan sistem affiliate yg ada dalam ordersini
Saya hakimi, boleh saya dapatkan no tel admin. Saya dari NGO…nak tanya berkaitan payment gateway ordersini. 016 9569664
Hi, boleh whatsapp admin 0134417042