fbpx

Blogging Untuk Bisnes: Jenis-jenis Artikel Yang Anda Boleh Tulis

April 25, 2020

Jika ada sudah membaca artikel kami tentang apa itu content marketing, anda pasti tahu blogging adalah salah satu jenis konten yang anda boleh buat untuk bisnes anda. Walaupun blogging sering menjadi perkara pertama yang terlintas dalam fikiran apabila topik content marketing dibincangkan, persepsi terhadap blogging masih lagi bias ke arah penulisan diari.

Ada yang tidak mahu membina blog untuk bisnes mereka kerana mereka merasakan yang blogging ini hanyalah seperti menulis diari di internet, tidak sesuai untuk bisnes. Ada pula yang sudah tahu potensi blogging untuk bisnes tetapi tidak mahu membina blog sendiri kerana faktor kos dan teknikal. Tidak kurang juga yang tiada idea bagaimana mahu menggunakan blog sebagai alat untuk membantu bisnes.

Jika blogging untuk bisnes itu bukan seperti menulis diari online, artikel yang bagaimanakah patut ditulis di blog untuk menyokong bisnes anda?

#1 – Pengenalan Produk

Anda boleh mula blogging untuk bisnes anda dengan menulis artikel pengenalan tentang produk anda secara umum. Sebut secara ringkas bahan-bahan yang digunakan dalam produk anda, bagaimana ia dihasilkan, apa kebaikan produk, apa manfaat produk kepada pengguna dan sebagainya.

Jika anda buat bisnes jenis servis, tulislah serba ringkas servis apa yang anda buat, apa prosesnya, kenapa prosesnya begitu, apa manfaatnya kepada yang melanggan dan sebagainya.

Tidak perlu menulis secara terperinci, cukup sekadar pengenalan saja, introduction bak kata mat salleh.

#2 – Bahan Aktif

Selepas anda menulis artikel pengenalan, anda kupas pula satu-persatu poin dalam artikel pengenalan itu. Dalam artikel inilah anda akan tulis dengan lebih mendalam. Terangkan satu-persatu. Anda boleh mula dengan bahan aktif produk anda, bahan aktif ini adalah bahan utama produk anda.

Contohnya produk berasaskan kurma. Jadi anda boleh tulis tentang kurma, apa kebaikan kurma. Boleh juga selitkan kenapa kurma dipilih sebagai bahan utama produk anda.

#3 – Pain Point

Buat satu atau beberapa artikel daripada kaca mata pelanggan sasaran. Produk atau servis anda selesaikan masalah pelanggan bukan? Artikel ‘pain point’ ini menggunakan konsep ‘saya faham masalah awak’.

Anda perlu letakkan diri anda sebagai orang yang mempunyai masalah yang produk atau servis anda selesaikan. Selami keperitan yang mereka alami akibat daripada masalah itu, anda zahirkan dalam bentuk artikel.

#4 – Solusi

Kemudian, anda seimbangkan pula artikel ‘pain point’ dengan artikel ‘solusi’. Senaraikan cara-cara untuk selesaikan masalah yang anda kongsi dalam artikel ‘pain point’ dalam bentuk tips. Terpulang kepada anda mahu jadikan artikel itu ‘educational’ sahaja atau selitkan softselling produk anda sekali dalam artikel.

#5 – Promosi

Artikel promosi adalah artikel jenis hardsell. Ia adalah artikel menjual. Anda bagitahu promosi apa yang akan dibuat atau sedang berlangsung. Untuk jadikan artikel promosi anda menjadi lebih menarik, kami rekomen anda baca tentang ‘direct advertising’, ia sangat membantu penulisan artikel sebegini.

#6 – Storytelling

Artikel jenis bercerita yang berkait dengan produk/servis anda. Boleh jadi kisah benar, semi-fiksyen atau fiksyen. Fiksyen maksudnya rekaan.

Kisah benar – penceritaan semula kisah pelanggan sebelum, sedang dan selepas menggunakan produk/servis anda.

Semi-fiksyen – inspirasi daripada kisah benar, anda olah semula supaya ia menjadi lebih menarik.

Fiksyen – watak, situasi, jalan cerita.. semuanya anda cipta daripda imaginasi anda.

Ada banyak lagi jenis artikel yang boleh anda tulis untuk menyokong bisnes anda. Sebagai permulaan, anda boleh cuba buat artikel dalam senarai ini dahulu.

Risau tentang kos dan isu teknikal bina website? Tahukah anda Ordersini ada fungsi blogging? Percuma saja. Anda tidak perlu bayar apa-apa. Hanya daftar akaun Ordersini dan anda sudah boleh mula blogging untuk bisnes anda. Selamat mencuba!

By AJ Joseph

AJ is an engineer by qualification, a digital marketer as profession. She enjoys creating content for blogs and social media.

Related Articles

Pakej Lifetime Ordersini Akan Ditutup Selamanya

Pakej Lifetime Ordersini Akan Ditutup Selamanya

Dengan kapasiti 35 orang pengguna pakej lifetime sejak dari tahun 2016, maka bulan mac 2023 akan menjadi tarikh akhir pakej ini dibuka kepada umum. Kenapa pakej lifetime akan ditutup? Sebab kami rugi jika ramai guna pakej lifetime Server bayar bulanan Kos email bayar...

read more
Setup Custom Domain Dalam Ordersini

Setup Custom Domain Dalam Ordersini

Sekarang pengguna Ordersini dah boleh gunakan domain sendiri untuk menjual produk melalui sistem Ordersini   ✅ Tukar logo ✅ Upload banner ✅ Masukkan custom domain   Sempoi, semua nampak macam kedai sendiri dah.   -- UNTUK SIAPA?   Buat masa ni custom domain hanya...

read more
Sendparcel Dah Ada Dalam Ordersini!

Sendparcel Dah Ada Dalam Ordersini!

Akhirnya kami dah berjaya masukkan Sendparcel ke dalam Ordersini. Sendparcel by Poslaju mendapat permintaan yang tinggi dari pengguna, maka kami masukkan ke dalam sistem untuk membantu pengguna membuat pengeposan dengan lebih mudah. Boleh layan tutorial di sini...

read more

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Shares

Aik, Takkan Baca Je?

Jom share artikel ni supaya lebih ramai orang tahu :D

Shares