fbpx

Apa Itu Content Marketing?

Content marketing. Pernah dengar istilah ini?

Ada juga yang menggunakan istilah ‘pemasaran konten’ atau ‘pemasaran kandungan’.

Sebenarnya content marketing ini bukanlah sesuatu yang baru. Jika anda buat bisnes online, mungkin saja anda sudah pun buat content marketing untuk bisnes anda tanpa anda sedar.

Apakah itu content marketing?

Menurut Content Marketing Institue, content marketing adalah satu strategi pemasaran yang memfokuskan kepada penghasilkan dan pegedaran konten yang berharga, relevan dan konsisten untuk menarik audiens seterusnya mendorong mereka untuk membuat tindakan yang menguntungkan sesebuah bisnes.

Fuh! Panjang definisinya.

Apa kata Digital Marketer pula?

“Content marketing adalah penciptaan dan pengedaran konten berharga untuk membina dan berinteraksi dengan audiens kepada jenama anda.”

Definisi yang lebih pendek, tetapi apa yang dimaksudkan dengan ‘membina audiens’?

Maksud membina audiens ialah mengumpulkan golongan orang yang suka membaca konten anda. Mereka ini adalah bakal pelanggan yang berpotensi tinggi untuk membeli produk atau melanggan servis anda di kemudian hari.

Untuk memahami definisi di atas dengan lebih jelas, elok jika kita fahamkan terlebih dahulu maksud ‘content’.

Berdasarkan laman Dewan Bahasa dan Pustaka, perkataan ‘content’ lebih tepat diterjemahkan kepada ‘kandungan’, namun pengunaan istilah ‘konten’ lebih meluas dalam dunia pemasaran. Artikel ini menggunakan istilah ‘konten’.

Dalam konteks komunikasi dan media, konten adalah mesej atau informasi yang disajikan melalui media seperti televisyen, radio dan internet. Jadi dalam bahasa mudah, content marketing adalah proses menarik dan mengumpul bakal pelanggan menggunakan konten yang berkualiti dan informatif.

Anda perlu berfikir seperti seorang penerbit. Siapa audiens sasaran? Siapa bakal pelanggan? Apa yang mereka mahu tahu? Apa yang mereka perlu tahu? Apa yang menarik daripada pandangan mata mereka?

2 kunci utama content marketing adalah PENGHASILAN atau pencipataan dan PENGEDARAN konten.

Konten yang dihasilkan mestilah konten yang berkualiti, bermanfaat dan memberi solusi masalah kepada pembaca. Tidak cukup dengan itu, konten juga perlu diedarkan kepada orang yang betul pada waktu yang tepat.

JENIS-JENIS KONTEN

Sekarang anda sudah jelas dengan definisi content marketing, kita kenali pula jenis-jenis konten yang anda boleh buat untuk bisnes anda.

#1 – Blog

Bila sebut saja content marketing, perkara pertama yang terlintas dalam fikiran kebanyakan orang adalah blog. Ya, anggapan ini benar. Menulis artikel di blog sememangnya boleh membantu anda membina audiens dan menyampaikan informasi tentang bisnes anda.

Walaupun begitu, content marketing sebenarnya adalah lebih daripada sekadar blogging. Ada banyak lagi jenis konten lain yang anda boleh buat.

#2 – Video

Video adalah konten yang sangat bagus dan semakin menjadi perhatian tahun demi tahun. Ditambah pula dengan perang smartphone yang berlumba-lumba teknologi siapa lebih canggih terutama pada fungsi kamera, kini anda boleh merakam video berkualiti tinggi dan sunting terus video anda dengan hanya menggunakan smartphone.

Apa yang paling menarik tentang konten jenis video ialah ia boleh diedarkn di pelbagai platform. Sudah tentu platform yang paling sinonim dengan video adalah YouTube. Platform media sosial lain seperti Facebook dan Instagram, malahan di website dan blog juga adalah tempat yang sangat sesuai untuk edarkan video.

#3 – Podcast

Podcast adalah konten jenis audio. Anda hanya dengar suara orang bercakap, seperti anda mendengar radio. Konten jenis podcast masih agak baru di Malaysia. Ramai orang lebih suka konten jenis video berbanding audia saja.

#4 – Email Newsletter

Ramai syarikat dan pengusaha bisnes menggunakan emel hanya untuk mempromosikan produk dan servis mereka. Ianya langkah yang amat merugikan kerana emel berpotensi untuk dijadikan sebagai medium penyampaian maklumat dalam bentuk yang lebih peribadi.

Emel adalah surat elektronik. Jika digunakan dengan cara yang betul, anda boleh membina audiens yang setia dan ternanti-nanti hantaran emel daripada anda.

#5 – Ebook

Jika podcast adalah konten jenis audio, ebook adalah konten jenis teks bertulis berserta lakaran, ilustrasi atau gambar.

Jika emel adalah surat elektornik, ebook adalah buku elektornik.

Baca tips menulis ebook persediaan awal dan teknik memilih tajuk di pautan berikut:

Tips Tulis Ebook: Persiapan Awal

Tips Tulis Ebook: Teknik Pilih Tajuk & Topik Ebook

Ada banyak lagi jenis konten yang lain, apa yang kami senaraikan di atas adalah antara konten yang paling biasa dibuat untuk content marketing.

Jika anda berminat untuk jadikan content marketing sebagai salah satu strategi bisnes anda, kami sarankan anda bermula dengan blog. Kami baru saja lancarkan fungsi baru Ordersini di mana anda boleh menulis blog dan buat konten secara percuma di Ordersini. Ya, PERCUMA. Tidak perlu bayar hosting, tidak perlu beli domain.

Anda hanya perlu daftar akaun Ordersini dan mula hasilkan penulisan anda tanpa perlu bayar apa-apa.

By AJ Joseph

AJ is an engineer by qualification, a digital marketer as profession. She enjoys creating content for blogs and social media.

Related Articles

Pakej Lifetime Ordersini Akan Ditutup Selamanya

Pakej Lifetime Ordersini Akan Ditutup Selamanya

Dengan kapasiti 35 orang pengguna pakej lifetime sejak dari tahun 2016, maka bulan mac 2023 akan menjadi tarikh akhir pakej ini dibuka kepada umum. Kenapa pakej lifetime akan ditutup? Sebab kami rugi jika ramai guna pakej lifetime Server bayar bulanan Kos email bayar...

read more
Setup Custom Domain Dalam Ordersini

Setup Custom Domain Dalam Ordersini

Sekarang pengguna Ordersini dah boleh gunakan domain sendiri untuk menjual produk melalui sistem Ordersini   ✅ Tukar logo ✅ Upload banner ✅ Masukkan custom domain   Sempoi, semua nampak macam kedai sendiri dah.   -- UNTUK SIAPA?   Buat masa ni custom domain hanya...

read more
Sendparcel Dah Ada Dalam Ordersini!

Sendparcel Dah Ada Dalam Ordersini!

Akhirnya kami dah berjaya masukkan Sendparcel ke dalam Ordersini. Sendparcel by Poslaju mendapat permintaan yang tinggi dari pengguna, maka kami masukkan ke dalam sistem untuk membantu pengguna membuat pengeposan dengan lebih mudah. Boleh layan tutorial di sini...

read more

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Shares

Aik, Takkan Baca Je?

Jom share artikel ni supaya lebih ramai orang tahu :D

Shares