fbpx

2 Integrasi Baru Email Autoresponder Ini Akan Buatkan Pengguna AdvanceOS Jana Lebih Banyak Income

Bermula 8 Jun 2020, Ordersini dan mula release 2 integrasi baru dengan email autoresponder popular Mailchimp & Mailerlite.

Dua integrasi ni akan memudahkan pengguna kedua-dua sistem ini membuat synchronization data pembeli dari Ordersini ke autoresponder. Selepas order approved, email pembeli akan secara automatik masuk ke dalam autoresponder.

Jika ada setup automation, maka semua automation itu akan bergerak secara automatik selepas order bertukar status menjadi approved. Ianya sangat memudahkan pengguna Ordersini untuk jana lebih banyak income dengan memberikan tawaran istimewa kepada pelanggan mereka.

Fungsi ni ada beberapa kelebihan tetapi ianya hanya dibuka untuk pengguna AdvanceOS je. Jadi ini beberapa kelebihan kepada anda:
 

1. AUTO SYNC BUYER

Selepas anda approved order, email pembeli akan terus subscribe ke dalam list autoresponder anda melalui API. Tugas anda hanya perlu pastikan order approve sahaja untuk sync.
 

2. AUTOMATION TRIGGER

Selepas dah masuk dalam list, segala automation yang anda set untuk list tu akan berjalan secara automatik juga. Jadi email2 follow up yang anda set akan terus berjalan selepas order approved.
 
Boleh la buat automation follow up untuk jual produk lain kepada pembeli.
 

3. FREE PRODUCT + AUTO APPROVED

Jika anda nak kumpul database, anda boleh set free product + auto approved. Selepas prospek isi borang & submit, secara atomatik order akan approved. Once order approved, mereka akan terus masuk dalam list autoresponder..
 
Apa lagi, follow up kaw2 sampai dia beli produk yang lebih mahal je. 😀
 

4. MULTIPLE SYNC

Ni antara feature paling power yang ada dalam feature baru ni iaitu anda boleh auto sync dengan banyak autoresponder.
 
Jika anda activate Mailchimp & Mailerlite, anda boleh sync data buyer ke dalam dua2 autoresponder ni. So boleh la satu jadikan backup in case autoresponder satu lagi kena banned.
 
Kalau lepas ni ada 6-8 autoresponder, anda boleh sync dengan semua autoresponder sekaligus untuk setiap product. Padu tak?
 
Tetapi, setiap autoresponder hanya limit kepada 1 list sahaja. Ianya syarat yang ditetapkan oleh API Provider. Kena follow the rules ye 😀
 
 

5. UNLIMITED LIST INTEGRATION

Melalui integration autoresponder ni, anda boleh create seberapa banyak list yang anda nak dalam autoresponder & boleh sync dengan produk anda. Anda boleh integrate 1 produk dengan 1 list, lebih mudah anda nak follow up mengikut prospek atau pembeli produk tertentu sahaja.
 
 
Anda dah boleh start gunakannya bermula hari ini. Jangan lupa berikan feedback jika ada sebarang error atau bug.
 
Dan pastikan anda test order produk sendiri dahulu untuk lihat integration menjadi atau tidak.
 
Berikut ialah tutorial untuk integration API ke dalam Mailchimp & Mailerlite

 

 

Jangan lupa share ye supaya lebih ramai orang tahu tentang kegunaan integrasi baru ni.

By Iffat Salleh

CEO & Founder Ordersini.com , certified digital marketer for Direct Response Copywriting, Email marketing & Paid Ads Funneling.

Related Articles

Manfaat LMS Untuk Bisnes

Manfaat LMS Untuk Bisnes

Pada awal bulan ini, Ordersini telah menambah satu fungsi baru untuk membantu pemilik produk digital menjual panduan video secara atas talian dengan lebih mudah. Fungsi yang dimaksudkan ialah LMS. Penambahan fungsi baru ni mendapat sambutan yang memberangsangkan...

read more

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Shares

Aik, Takkan Baca Je?

Jom share artikel ni supaya lebih ramai orang tahu :D

Shares